tadika

Jan 9, 2009

berbanding dua abgnya yg belajar di tadika private, tahun lepas eyerin dihantar ke tadika .....(tk perlu tulisla). mengikut kata kawan/jiran, semua tadika sama saja. asalkan anak kita kenal huruf & boleh membaca mengira bila masuk sekolah nanti, kira oklah. bajet pun tk banyak. jadi, TS pun hantarlah.
ttp yg mengecewakan, selepas setengah tahun, takda kemajuan. kemudahannya pun ala kadar shj. saban hari asyik belajar menyanyi & melukis. tak pernah ada homework. bila kita komplen, cikgu di situ tarik muka. ttp terpaksalah pendamkan hati hingga hujung tahun. lagipun eyerin masih 5 tahun.
tahun ni, TS masukkan eyerin ke tadika private. lebih sikitlah bajetnya. tak mengapalah asalkan tak menyakitkan hati, banyak kelengkapan & dia pun seronok belajar. mlm tadi eyerin bagi tahu, cikgu pesan supaya homeworknya kena buat sendiri. sbb semalam, cikgunya dpt kesan yg homework eyerin nampak 'cantik' . rupa-rupanya sbb abangnya, eyeril yg buatkan...he,he budak-budak!

0 refleksi: