Kaki pukul & kumpulan stickers

May 27, 2010


semalam, aku berborak dengan seorang kawan lama.
maksud berborak sekarang tidak semestinya secara bersemuka di rumah, kopitiam atau kedai mamak.

berborak juga boleh dilakukan dengan seseorang yg jaraknya beribu kilometer jauhnya.
berborak juga tidak semestinya mengeluarkan suara tapi menggunakan jari-jemari sahaja...

ah! pusing-pusing pula intro ni.
cukuplah aku katakan, teknologi mendekatkan kita semua... jika mahu.

kali terakhir aku jumpa dia, pada hari terakhir aku di kompeni lama. jadi topik borak kami berkisar pada cerita lama. hal yg menjadi gelak ketawa kami bagai nak pecah perut bila membicarakan tentang band kami. ya, kami adalah bekas anggota kumpulan muzik!

kalau, dulu ada search, lefthanded dan wings. sekarang ada, hujan, bunkface, meet uncle husin & estranged. kami berada di tengah-tengah. lebih tepat lagi semasa era kegemilangan band dengan huruf pangkalnya S seperti spring, spoon, scoin, samudera, stings, screen, sejati etc.

jadi kenalah pada masa itu band kami dinamakan stickers....haa haa

kami ada 2 sesi jamming seminggu. di studio yg terletak dekat dengan ofis kami. selasa & jumaat kami ke sana. kami berlima. satu kompeni. tujuannya sekadar berseronok aje. aku bertindak sebagai 'kaki pukul'. mungkin asas & pengalaman sebagai pemain kompang di kampung, banyak membantu...hu hu.

aku rasa kalau dipupuk aku boleh capai tahap zaid ahmad, black wings, jojet, ujang exist atau lewis pragasam...semuanya kaki pukul handalan...he he

kami berlima takde pelajaran formal berkaitan muzik. baca nota muzik memang tak kenal langsung apa benda taugeh tu. tapi minat mengatasi itu semua. sedikit bakat boleh dipupuk dengan latihan untuk menajamkan kemahiran. ijad contohnya, segala chord muzik dia boleh goreng dengan gitarnya. azam, segala irama lagu dihafalnya.

bila rasa dah mahir, rasa sekadar suka-suka mula bertukar menjadi serius. kami mula bercita-cita untuk pergi lebih jauh. lagi pula pada masa itu, banyak band yg sedang popular & meledak di pasaran. kami juga mendapat pujian daripada rakan-rakan yg pernah tengok kami berlatih, tuan punya studio (mungkin helah spy kami terus tempah di situ kot...) di samping budak-budak band lain yg menunggu giliran sewaan di situ, hinggalah kepada beberapa otai band yg sudah lama dalam muzik.

debut pertama kami pada majlis annual dinner kompeni kami. mendapat sambutan luar biasa & pujian melambung! termasuk daripada big boss. tak lama lepas tu kami mula memenuhi undangan ke majlis perkahwinan. main band bawah khemah. kami mula memasang angan-angan untuk terbitkan album! ya, sampai sejauh itu.

tapi cita-cita kami tak kesampaian. bila ijad berhenti kerja sebab nak sambung pengajiannya. tak lama lepas tu aku pulak berhenti daripada kompeni itu sebab dapat tawaran kerja daripada kompeni lain. azam pula sudah ada makwe, asyik berdating. selalu ponteng sesi latihan.

akhirnya, stickers berpecah. anggotanya membawa haluan masing-masing. selepas setahun ditubuhkan.
mungkinkah akan ada comeback atau re-union....he he

Gaji ekstra

May 26, 2010

bagi orang yg makan gaji macam aku, gaji bulanannya tetap. takde insentif elaun lain. kalau ada claim pun, tak masuk dalam gaji.
polisi aku biasanya jarang sekali keluarkan duit gaji sekali gus. lagi banyak duit di tangan makan cepat pulak habisnya.
biasanya aku akan keluarkan duit daripada mesin atm. rm1 ribu setiap kali.

jadi bila gaji masuk semalam, aku pun keluarkan duit dengan jumlah seribu. terus saja tekan butang wang segera. tanpa melihat baki. lagi pun seingat aku baki dalam akaun hanyalah sekitar rm14.70...ha ha ha

tapi ada keanehan bila aku tengok slip resit. baki akaun masih banyak lagi. aku agagk-agak tak kurang daripada rm600. aik...
takkanlah kompeni aku bagi bonus senyap-senyap je!

timbul pulak di fikiran aku, kalau-kalau bahagian akaun terlebih bayar, kalau aku terpakai nanti, kena gantikan balik...lecehla.

aku cuba berkira-kira, campur tolak kali bahagi. memang yakin, duit ekstra dalam akaun aku.
seingat aku, takdalah pulak join mana-mana mlm, bisnes online/internet, infiniti, dapat rm100 setiap kali log in fb, atau bayaran nuffnang atas iklan pada blog aku...satu pun tidak!
jadi aku berpijak di bumi nyata...lagipun setakat 600 lebih je bukan beribu-ribu...

*********

petang tu, aku cuba dapatkan kepastian daripada bahagian akaun. rupa-rupanya mereka dapat banyak pertanyaan pasal gaji berlebih. bayaran yg sepatutnya didebit secara bayaran ansuran bulanan seperti pinjaman peribadi, tabung haji, asb tidak ditolak.

itulah puncanya gaji lebih untuk bulan ni. alasan yg diberikan oleh bahagian akaun bahawa mereka baru saja mengoperasikan sistem baru bayaran gaji. jadi ada masalah sikit pada sistem. itu yang yg sepatutnya ditolak tetapi tidak ditolak.

kenapa nak guna sisitem baru kalau sistem lama tidak bermasalah? kenapa guna sistem baru yg tidak diuji dulu sepenuhnya? janganlah pulak, gaji bulan ditolak double, semata-mata kerana sistem bahagian akaun yg buat kesalahan tetapi pekerja yg jadi mangsanya...harap-harap tidak!

Potong dan tampal

May 25, 2010

aku memang pantang kalau orang buat kerja tak 'semenggah'.
dah ada kemudahan komputer yg memudahkan kerja, nak mudah lagi.
kalau nak guna kaedah 'potong dan tampal' sekalipun, gunalah dengan bijak dan cermat.
janganlah bila hantar surat, status tuan jadi puan...itu melampaulah kan.
satu lagi yg selalu lupa, tarikh yg kat atas tu. bukan setakat hari dan bulannya saja yg salah, tahunnya pun tak ditukarkan....!
kalau kerja asas, surat-menyurat pun dah tak betul, nampak sangatlah kerja cincai dan tak prihatin pada tugas.
ni agaknya kerja sambil baca blog atau berchatting di FB....hish
patut-patutla....

Biarlah...

FB dikategorikan sebagai web sosial.
menulis di blog pula dianggap syok sendiri.
dikatakan tak serius, sekadar suka-suka.
tapi sekarang, ada sisi lain yg boleh dilihat pada kedua-duanya.
dunia 'baru' yang mengujakan bagi sesetengah orang.
malah ada yg sudah jatuh ketagih.
apa-apa pun, kalau kita bersikap positif, akan positiflah kesan & arahnya.
sebaliknya, jika negatif yg di hala, ke situlah perginya nanti.

menulis di blog meregangkan keresahan, meluahkan perasaan, meringankan kepala otak aku.
melalui FB menyatukan semula tali silaturahim dengan kawan-kawan yg sudah bertahun-tahun terpisah.
semalam aku sempat mengutuskan tahniah & ucapan selamat hari lahir pada seorang kawan lama - sedangkan sebenarnya aku sudah tak ingat tarikhnya...

The Special One

May 24, 2010

aku sanggup bersengkang mata untuk tengok live bola meskipun berlangsung pada 3 pagi & berakhir pada waktu subuh. malah pada hari kerja pun.

betullah orang kata, tidur bola, makan bola.untuk mengelakkan daripada terlelap, biasanya aku akan tidur dulu & bangun 10 minit sebelum sepak mula, cuci muka & buat kopi.

malam minggu itu hari ada final champions league antara inter milan-bayern munich. kedua-duanya bukanlah pasukan feberet. terlanjur aku sudah mengikutinya sejak daripada pusingan awal, takkanlah final tak tengok bola. lagipun kalau dah hantu bola, budak tadika main di padang permainan pun masih nak tengok...!

final sepatutnya klimaks kepada kejohanan. paling dinanti-nantikan. ditunggu dengan penuh keterujaan. tapi final kali ini agak antiklimaks. inter milan yg diterajui jose "the special one" mourinho memenanginya kali ini. selepas 45 thn kegersangan kejuaraan.

anehnya, beberapa kali aku terlelap! cuma beberapa kali dikejutkan oleh sorakan cubaan ke arah gol & jaringan gol... agaknya sepanjang 90 minit perlawanan itu aku cuma menyaksikan kira-kira 40 minit daripadanya. kejap lelap, kejap jaga.perlawanan akhir yg sepatutnya menarik, bertukar kepada penuh berhati-hati. aksi serangan dan cubaan ke arah gol juga terbatas.

ya, the special one memang hebat. punya sentuhan midas. pasukan yg dipimpinnya selalu jadi juara. dia pintar dengan strategi taktikalnya. namun pasukan yg dibimbingnya tidak menunjukkan gaya menarik. membina kekuatan pasukan dengan kekentalan bahagian pertahanan. itu yg dilakukannya di chelsea dulu. dia tak kesah jaringan gol, janji menang.

gaya menarik, serangan bertali arus, pemain berskil tinggi - bukan pilihan utamanya. dia bersikap praktikal, biarlah pasukan lawan atau penonton macam aku tak suka, tetapi hasilnya ialah trofi yg dikumpul pada hujung musim. dia rela dikritik.

kali ini, the special one berjaya menyebabkan aku terlelap ketika menonton perlawanan bola.

memang special!

Masa tidur semakin pendek?

May 21, 2010

aku seorangkah yg terfikir begitu. atau orang lain jugak.
entahla, sejak kebelakangan aku rasa itulah yg aku alami.
aku bukanlah jenis orang yg tidur lewat atau berjaga malam.
mungkin tidur aku terlalu nyenyak sehinggakan tak sedar sudah tiba waktu untuk bangun, bersiap & ke tempat kerja.
atau mungkin tidur aku sering terganggu, hinggakan tidur tak lena, tiba-tiba dah kesiangan.
ada jugak waktu-waktunya sedang enak dilamun mimpi indah tiba-tiba dikejutkan dengan alarm yg disetkan pada henset (dulu jam loceng...huhu).
serasa baru saja melelapkan mata.
baru saja nak merehatkan badan yg penat bekerja.
tak puas nak berbaring di tilam empuk...
waktukah yg terlalu cepat berlari...?
atau usia akukah yg semakin mengejar waktu?

Batik hari khamis

May 20, 2010


hari ni aku pakai batik. memang jarang-jarang aku pakai batik. lagipun baju batik aku tak banyak. adalah setakat 4-5 pasang. kalau tiap-tiap hari khamis dipakai, nampak macam berulang-ulang.

jadi kebiasaannya aku simpan batik untuk 'keperluan' tertentu. misalnya menghadiri majlis makan malam, majlis yg mensyaratkan tetamunya berbaju batik, mesyuarat dengan pengurusan pada hari khamis, majlis rasmi melibatkan vvip. atau dalam istilah lain kerana terpaksa atau 'darurat'.

lagipun batik yg aku ada agak eksklusif, mahal pulak tu. sayang nak pakai selalu. kalau pakai selalu nanti rosak, cepat lusuh...ha ha.

bukan takde batik yg dijual murah di pasaran. tapi batik yg murah biasanya tak cantik. takde seni. kurang kualiti, tak asli.
nak beli batik yg cantik & sedap mata memandang pulak, biasanya harga mahal. kenapa?

kita digalakkan memakai batik. tetapi batik yg dibuat orang tempatan & dikeluarkan di negara ini harganya mahal. selalu mereka beri alasan kualiti, diperbuat daripada sutera, coraknya eksklusif, dilukis secara manual...sebab tu harganya mahal!

bukankah ironi - kita digalak memakai, pada masa sama harganya mahal sedangkan ianya barangan buatan tempatan....

kepada pengusaha batik janganlah menjadikan pakaian batik sebagai barangan eksklusif. jadikan ia barangan keluaran tempatan dengan harga berpatutan. tentunya akan lebih ramai pemakai. lebih luas pasarannya, bukan?

*************

oklah. aku mengaku. aku pakai batik hari ini tanpa sebarang sebab yg aku nyatakan di atas.
aku pakai batik hari ni sebab 'bekalan' baju kemeja yg sudah bergosok sudah kehabisan stok. lagipun aku tak mahu menyusahkan wifey. pakai ajelah baju yg sudah bergosok.
yg ada hanyalah baju batik dan kebetulan hari ni, hari khamis!

Servis mulut

May 18, 2010

sebab apa orang suka pergi kedai mamak.
nak kata murah, tidaklah. lebih-lebih lagi bila kedai mamak sudah bergelar bistro. harga pun turut sama dibistrokan menjadi mahal.

pertamanya menu. apa saja yg kita nak order, sebut saja yg terlintas. ada. tomyam. nasi lemak. nasi goreng kampung. fish & chips. chicken chop...tanggung beres! kalau sebut roti, usah ceritalah, segala jenis roti ada dari roti canai, roti tisu, tosei, capati...segalanya ada. mintak saja!

lagi pulak servisnya bagus. kengkadang belum sempat duduk, waiternya dah datang tanya nak makan apa. sampai kadangkala kita pulak terkial-kial nak buat pesanan, tak sempat nak pikir nak makan apa.

selain tu jugak, kalau nak tengok tv, hah tu dia sentiasa terpasang. ada antaranya dengan tv plasma screen 42" di empat penjuru. ada jugak yg sediakan skrin besar dipancar dengan lcd terutama kalau ada live bola atau sukan lain.

lagi satu, kedainya biasanya luas. apalagi kalau di lot tepi. selesa. nak duduk berjam-jam dengan segelas teh tarik saja pun sambil berborak, mereka tak kesah, takkan menjeling tajam atau pura-pura angkat gelas atau pinggan yg sudah kosong. cara halus, supaya kita segera beredar.

kalau kedai mamak tu kita dah biasa lepak sambil makan, mereka mudah kenal. bila dah jadi pelanggan tetap, kita cuma perlu cakap "biasa..." hidangan akan sampai.

bukan nak promo kedai mamak. bukan nak banding bezakan dengan kedai lain.
malam tadi aku ke sebuah kedai makan. bukan kedai mamak, kedai orang kita.
sesekali makan di luar.
dia punya waiter nak panggil pun payah. bukannya ramai sangat pelanggan masa tu. dahlah begitu, staf yg ada di kaunternya langsung tak berganjak bila kita bagi signal tangan. mungkin tugasnya hanya terpacak di situ. tak bergerak-gerak dengan muka mencukanya.
servis pun lambat, biarpun masakan yg sedap sedikit menyejukkan hati yg dah mula panas. rasa nak tinggalkan kedai begitu saja. tapi mungkin kita ni pelanggan yg baik hati, tak sampai hati berbuat begitu.

benarlah kata orang "mulut yg manis adalah alat pemasaran yg paling berkesan".

Gotong-royong tak glamor

May 17, 2010

gotong royong pada pagi ahad mungkin tak sesuai.
hari ahad adalah hari cuti, hari rehat. hari orang bangun lewat. hari untuk cuci kereta.
tapi...kalau tak dibuat pada hari ahad, bilakah hari lain yg sesuai?

sebenarnya, memang hari ahadlah hari yg paling afdal.
kepada mereka yg tidak mahu turun sama bergotong royong memang sekadar mengelak atau sekadar beri alasan.

di kawasan kejiranan aku (sekitar 50 unit shj) sudah dimaklum akan diadakan gotong royong. dan wakil daripada jabatan kesihatan akan turut sama turun padang. tujuan utamanya sudah pastilah membersihkan kawasan persekitaran & sedikit penerangan atau panduan pencegahan pembiakan nyamuk aedes daripada orang jabatan.

sepatutnya bermula jam 9 pagi, tapi macam biasa waktu tidak pernah ditepati. segan dengan wakil jabatan kesihatan yg sudah pun siap sedia. jumlah kami sekitar hanya 10 orang pun memulakan gotong royong. mula-mula meronda di belakang rumah untuk mencari & memusnah tempat pembiakan yg menjadi potensi sarang nyamuk. ternyata, penghuni kediaman lebih pentingkan bahagian depan rumah, sedangkan di belakang rumah dilonggokkan dengan segala macam barangan buruk, tidak terpakai, yg sebenarnya menjadi takungan air untuk nyamuk membiak. jadi, tugas kami ialah memusnahkannya. kemungkinan menjadi punca penyakit denggi.

habis satu pusingan, kami berhenti rehat. pada waktu inilah sekitar 10:30 pagi, barulah turun lebih ramai penghuni rumah. ada yg tersengih-sengih, tersipu-sipu kerana sedar kelewatan yg sebenarnya disengajakan itu. tetapi ada sesetengahnya datang dengan bergaya sekali seperti hendak keluar bersiar-siar lagaknya. manakala yg lain pula kelihatan 'lebih lapar' menjamah jamuan daripada kami yg 10 orang tadi. tanpa malu-malu buat seperti rumah sendiri. merekalah jugak kumpulan yg paling bermulut bising mencadangkan itu dan ini. buat kerja pun tidak...aparaaa. kami yg 10 orang itu hanya pandang memandang sesama kami.

selesai makan, kemudiannya dalam pusingan kedua barulah kerja ditumpukan pada membersihkan longkang yg tersumbat. namun, terpaksalah bergilir-gilir bekerja, kerana kebanyakan yg datang hanya berlenggang tanpa membawa sebarang peralatan. agaknya mereka tak pernah turun bergotong royong. atau mengharapkan orang lain menyediakannya untuk mereka....ini sebenarnya soal sikap. ala kadar. sekadar tunjuk muka. tak bertanggungjawab langsung!

kemudian seorang tuan rumah meminta 'jasa baik' kami membersihkan & menebang pokok mangga di sebelah rumahnya yg banyak kerengga hingga masuk ke rumahnya. jadi kami pun ramai-ramai menebangnya. sedikit gempar apabila seorang jiran yg memanjat pokok itu melompat turun dan kemudiannya jatuh pitam. kami segera menghulur bantuan.

selesai kerja mengemaskan pokok yg ditebang, sekali lagi menjamu selera dengan jamuan yg disediakan oleh kaum ibu sebagai penutup kerja gotong royong. aku bisikkan pada rakan-rakan daripada kumpulan pertama itu, lain kali kita panggil VIP turun sama. mungkin masa tu nanti kita boleh tengok siapa yg turun paling awal & paling rajin.

Bermula dengan harapan, berakhir dengan...

May 16, 2010

sebaik aku selesai aku solat maghrib, chong wei sudah pun kalah satu set. dlm set kedua, dia terus hanyut. kalah mudah pada lin dan.
bergu jugak begitu. kalah mudah dalam dua set.
bila choon han kalah set pertama, aku segera menukar channel, menonton siaran lain. harapan yg pada awalnya berbunga, ibarat bunga kembang tak jadi.
aku dah congakkan daripada awal, kunci kemenangan malaysia terletak pada chong wei. kalau chong wei menang, kita ada harapan. kalau kalah, beginilah jadinya.
yep, buat kesekian kalinya, pasukan badminton negara kecundang lagi dalam usaha merampas kembali piala thomas.
petang tadi sempat jugak tengok final china-indonesia. china menang, tetapi tidaklah semudah ketika mereka 'meratah' malaysia pada semi final. nyatalah, bukan pasukan malaysia tidak handal tetapi team china terlalu gagah!

Blame it on the rain

May 14, 2010

"cemane boleh kalah bola semlm?"
"hujaann...padang becak".

"cemana engko boleh eksiden?"
"hujaann...jalan licin".

"apasal datang lambat ari ni?"
"hujaann...jalan jem"

"apasal badan engko panas semacam?"
"demam, kena hujan balik kerja semalam"

"lu beli cd lagu sapa?"
"hujan..."

"diaaa isabellaaaaa...lambang cinta nan laraaaa....terpiiisaaaah keranaaa...!"
"wooi cukuplah nyanyi tu nanti hujaaann...!"

Tak seindah dulu

aku pernah buat sorotan berkaitannya dalam entri blog ini tak berapa lama dulu (sorry tak buat link). seingat aku, dipaparkan gambar & pada akhir entri aku mengatakan akan datang berkunjung lagi jika ada kesempatan.

ya, aku menulis tentang pantai penyabung. terletak antara endau-mersing. beberapa bulan dulu aku ke situ bersama famili. sempat mandi-manda. ramai pengunjung. pantainya bersih. pemandangan yg cantik mendamaikan hati.

minggu lepas, aku sempat ke sana lagi. bukanlah semata-mata ke sana tetapi terlanjur balik kampung wifey. kali ini, jauh berbeza. pantainya kotor, terbiar. sampah sarap merata-rata. pengunjung pun tak ramai. pantainya berkeladak, tak sesuai untuk mandi manda.

mengapa jadi begitu?
siapa yg bertanggungjawab membersihkan pantai? sikap pengunjung jugak tidak membantu. sampah daripada bekas makan minum terutamanya, dibiarkan saja di sepanjang pantai. pantai yg cantik sudah tercemar.

kecewa, orang awam tak tahu menghargai keindahan alam semula jadi...kami hanya singgah di situ sekejap saja. hasrat untuk mandi-manda & berkelah pun terbantut. pulang dengan perasaan kecewa.

kalau terus-terusan diabaikan, pantai penyabung ini akan kehilangan pengunjung. pengusaha chalet akan gulung tikar. kedai makanan laut akan tutup. pengusaha bot akan hilang pelanggan. orang kampung di situ akan hilang mata pencarian.

Usah sandarkan harapan

May 13, 2010

aku memang peminat sukan. walaupun bola sepak masih no. 1, aku meminati hampir semua jenis sukan. sekarang sedang berlangsung kejohanan piala thomas (piala uber pun ada). negara kita sebagai tuan rumah. kali terakhir malaysia menjuarainya ialah tahun 1992 - era adik-beradik sidek, cheah soon kit, foo kok keong - juga ketika berlangsung di KL.

jadi harapan tentunya berbunga untuk merampas kembali piala itu walaupun dianggap sukar kerana tembok besar china perlu dirobohkan.

masalahnya dengan pemain pasukan kita, tak kiralah apa jenis sukan pun, kalau kita sandarkan harapan yg terlalu tinggi, mereka akan menghampakan. tetapi jika tak diberikan harapan, perkara sebaliknya berlaku. mereka membuat kejutan.

itulah yg berlaku malam kelmarin, kecundang di tangan jepun di peringkat kumpulan & akibatnya terpaksa melalui laluan sukar di suku akhir & semi final. kecuali chong wei & pasangan koo kien kiat/boon heong yg lelainnya menghampakan sekali sekalipun sudah mendahului dengan selesa. mulalah mereka dilabel, dikutuk & dicerca oleh penyokong sendiri yg terlalu mengharap. seolah-olah langit dah runtuh!

berdepan dengan denmark di suku akhir, harapan dikatakan tipis kerana denmark lebih gagah daripada jepun. namun nyatalah dalam pada keyakinan yg sedikit goyah untuk menyandarkan harapan tinggi, masih ramai yg memenuhkan stadium memberi sokongan. tak kurang juga yg terpaku di depan tv menyaksikan secara langsung. rupanya masih lagi kita menaruh harapan....

bila tidak diberikan harapan & tidak dijangkakan, seperti selalu...pasukan malaysia menang.
bertemu china di semi-final jugak, pasukan malaysia bukanlah turun sebagai pilihan. apakah sekali lagi upset akan berlaku?

ya, kita masih menyandarkan harapan rupanya...

Musibah yang terhindar

memandu selaju 100kmj di lebuh raya, dalam cubaan pecutan untuk memotong kenderaan lain, mengilas stereng sedikit ke kanan & masuk ke lorong paling laju...tiba-tiba terdengar suatu 'letupan' kecil. serentak dengan itu, kedengaran bunyi aneh pada bahagian tayar. kereta mula bergegar. pemanduan jadi tidak stabil...!

apa tindak balas aku? apa perlu dibuat?

kejadian cemas ini benar-benar berlaku semalam. bukan cerita aksi dalam filem. sewaktu aku memandu pulang dari tempat kerja. sudah bertahun-tahun aku memandu. tapi tak pernah berdepan dengan situasi begini. mujur aku tidak panik.

apa yg berlaku ialah tayar kereta ku pecah (bukan pancit) tiba-tiba. berdekatan dengan susur masuk ke bangi. aku segera memperlahankan kereta. apatah lagi aku memandu di lorong laju, lorong paling kanan. otakku pantas berfikir kemungkinan yg mungkin berlaku. sebaik memperlahankan kenderaan, aku tekan punat isyarat lampu kecemasan. tujuannya supaya pemandu lain nampak & boleh bereaksi balas bahawa ada pemandu kenderaan lain di depan mereka sedang dalam kesulitan. aku perhatikan melalui cermin sisi & cermin pandang belakang untuk melihat jarak kenderaan di belakang. ada sebuah bas ekspres & beberapa buah kenderaan lain. pada jarak yg membolehkan aku menukar lorong ke kiri.

lantas aku terus ke lorong paling kiri & kemudiannya berhenti di lorong kecemasan. mujur juga kejadian berlaku di bahagian lebuh raya yg ada susur masuk-susur keluar. jadi ada ruang lebih lebar untuk aku memberhentikan kereta pada kedudukan lebih selamat. sebab selalu kita dengar kemalangan berlaku akibat melanggar kenderaan yg berhenti di lorong kecemasan. aku pastikan aku berhenti paling rapat sekali ke tepi rumput.

aku takdelah risau sangat pasal nak ganti tayar yg pecah. aku rasa selamat daripada kejadian yg lebih buruk pun dah syukur. aku tidak tergesa-gesa nak menggantikannya sebaliknya aku nak pastikan ruang yg selamat untuk menukar tayar. sebab lebuh raya ini sibuk & ada kemungkinan berlaku kemalangan tidak diingini semasa menukar tayar. lagi pula tayar yg pecah tersebut ialah tayar belakang sebelah kanan. maknanya kalau nak tukar tayar aku perlu berada di bahagian menghadap lebuh raya. sekali lagi aku berdepan kemungkinan bahaya tidak dijangka. lagi pula aku sudah punya 'pengalaman' menggantikan tayar kereta yg pancit. jadi aku tahulah sedikit sebanyak apa yg perlua kau buat.

sebaik aku membuka bonet belakang, untuk keluarkan tayar ganti & peralatan menukar tayar, tiba-tiba muncul sebuah kereta putih berhenti di depanku. dua orang lelaki menegurku. fahamlah aku mereka adalah mekanik 'cari makan' yg akan berulang alik sepanjang lebuh raya menghulurkan 'bantuan' kepada mereka yg mungkin mengalami masalah kenderaan rosak, kemalangan kecil atau tayar pecah seperti aku alami ketika itu.

pantas mereka keluarkan peralatan tanpa banyak soal jawab. mengerjakan apa yg perlu. tak sampai 10 minit kerja 'profesional' mereka disiapkan. selepas 'tawar-menawar' harga upah, mereka meninggalkan aku dengan pesanan supaya segera ke bengkel kereta terdekat untuk menggantikan tayar simpanan & pandu dengan perlahan. dalam situasi begini aku kira, tak perlulah nak berkira sangat pasal duit. asal kita selamat sampai, sudah cukup baik.

+++++++++++

aku pandu kereta dengan perlahan di lorong paling kiri. walaupun ada pemandu yg tidak faham yg mengekori rapat, menyalakan lampu & membunyikan hon, mereka pastinya faham bila memotong keretaku & nampak aku menggunakan tayar ganti sementara yg lebih kecil dari saiz tayar sebenar lain malah berwarna kuning pula...!
aku segera ke bengkel paling dekat dengan plaza tol nilai untuk menukar tayar.

semasa berbual dengan mekanik di situ, aku menarik nafas panjang kerana beberapa sebab yg diberitahu olehnya:

- aku bernasib baik tidak memandu lebih laju spt 130kmj ketika tayar kereta itu pecah.
- aku bernasib baik kerana tayar yg pecah itu di bahagian belakang. kebanyakan kemalangan di lebuh raya berlaku disebabkan tayar depan yg pecah sama ada kenderaan mereka akan melanggar pembahagi jalan, kereta terbalik, atau kereta melintangi jalan lalu dirempuh oleh kenderaan lain yg memandu laju di belakang.

aku memanjatkan rasa syukur sambil mengurut dada.

gangguan hidung

May 12, 2010

hampir sepanjang hari semalam aku terpaksa 'menumpang' bilik ofis rakan sekerja. puncanya, bau yg kurang menyenangkan dalam bilik ofis aku. menyusuk hidung. syarikat pest control yg dipanggil datang tak kunjung tiba.
jadi sepanjang hari itu jugaklah aku terpaksa 'mengganggu' rakan sekerja itu. biarpun dia tidak kesah, tetapi aku rasa kurang selesa kerana menyusahkannya.
aku jangkakan bau busuk itu datang kemungkinan besar daripada bangkai binatang. terutsma cik t. anehnya pintu bilik & tingkapku sentiasa bertutup sepanjang masa. dan daripada mana mula datangnya cik t yg sesat itu tidaklah diketahui. sesat gamaknya. kalau ada pun lorong atau lubang yg boleh dimasukinya hanyalah di bahagian siling yg ditebuk untuk sambungan kabel elektrik. lagi pulak yg aku tahu bilik rakan sekerja sebelah (bukan rakan sekerja yg aku tumpangi) sahaja yg sentiasa dibiarkan terbuka. aku sendiri tak tahu & tak mahu ambik tahu kenapa pintu biliknya sentiasa dibiarkan terbuka...
rakan yg lain mengaitkannya dengang kemungkinan sisa makanan yg dibuang dalam bakul sampah di bahagian pantri. ini disebabkan ada kalangan staf yg makan di ofis. sisa makanan dibuang ke dalam bakul sampah yg tidak bertutup. itu sudah pasti menarik minat makhluk asing termasuk cik t.
+++++++++++++
hanya sehingga 3 petang barulah pekerja pest control datang. selepas memeriksa bilikku, mereka tidak menjumpai sebarang punca bau apatah lagi bangkai binatang yg disangkakan itu. mereka pun beredar pergi & memaklumkan bersedia datang jika bau itu 'muncul' kembali. aku hanya masuk ke bilik ofis, sejam kemudian. buka pintu & tingkap. anehnya, mendapati bau itu sudah semakin hilang.
jadi, dari manakah punca bau itu?

Erti hari ibu bagi budak 7 tahun

May 11, 2010

"papa, esok nak duit belanja lebih boleh tak?" tanya erin.
"nak buat apa banyak2, nanti ilang.."jawabku tak endah.
"kengkawan erin semua beli hadiah, nanti nk bagi kat mama, hari ibu..."jelas erin, sedikit merayu.
hatiku segera cair, "erin, nak beli hadiah apa? kat mana nak beli? pandai ke beli?" bertalu pulak soal aku.
iyalah, budak sekecil erin, baru tahun satu. manalah dia pandai beli hadiah & berbelanja di kedai. selalunya aku atau mamanya yg akan belikan apa-apa yg diperlunya.
"ada jual kat koperasi. teddy bear kecik ada. belon ada. kad ada. erin dah tengok dah...cantik" terang erin, beriya-iya.
nyatalah dia lebih matang dpd usianya. dah buat survei di kedai koperasi. jadi aku taklah risau sangat. kalau dia memandai-mandai pergi ke kedai untuk belikan hadiah. bukannya dia ada kenderaan. nak melintas jalan puntak pandai. urusan jual beli pun dia tak pernah.
"erin nak berapa ringgit. tak payahla mahal-mahal sangat..." aku semakin berlembut.
"erin nak beli teddy bear kecik ada reben. 2 ringgit 50 sen harga dia". uargh, si kecik ini sudah pun mengenal pasti apa yg nak dibelinya.
akhirnya, aku hulurkan duit rm5. "baik-baik jangan hilangkan" pesanku.
lalu erin menyambut dengan muka paling manis "tima kasih..." lalu segera dimasukkan ke beg sekolahnya.

+++++++++++++++

petang jumaat. sebaik aku pulang dari kerja. erin segera menunjukkan hadiah hari ibu yg dibelinya itu.
memang cantik & comel. teddy bear kecil yg dihiasi reben berbentuk 'love' & bertulis "happy mother's day".
dia letakkan di satu sudut atas meja hiasan. bila aku perhatikan dekat-dekat, hidung si teddy bear itu sudah tiada. patah.
memanglah dasar budak-budak. sebelum serahkan hadiah tu, dia main dulu. sudahnya patah hidung. ha ha ha.
kagum aku, budak sekecil erin, sudah pandai menyibuk pasal 'hari ibu' sedangan, masa aku sekolah dulu takde pun sambutan "hari-hari" begini. kalau adapun hanyalah "hari guru".

diberi betis nakkan peha

May 10, 2010

mereka sebenarnya sudah diberi percuma.
baju, seluar dan kasut.
bukan sepasang tetapi dua pasang.
tapi tak nampak pun mereka pakai. adalah sekali dua. itupun mungkin sebab tak sempat gosok baju lain. ke mana agaknya mereka simpan baju percuma yg diberi itu?
walhal bukan 2-3 tahun sekali. setiap tahun mereka diberikan baju percuma.
bukan sekadar mengikut saiz standard s,m,l atau xl. tapi siap diukur terlebih dulu oleh tukang jahit mahir, bukan calang2 tu...
dulu pun masa sibuk-sibuk, kakitangan digalak pakai batik, oleh kerajaan, mereka diberi 'keistimewaan' dapat batik percuma. adalah sekali dua mereka pakai. lepas tu, tak nampak pun.
di mana agaknya mereka simpan. masa itu, mereka yg. dakwa kononnya tak mampu nak beli batik. maka sudah diberikan percuma pun tak pakai jugak!
alasan mereka, kainnya kurang kualiti, keras & coraknya yg seragam...segan nak pakai.
banyak lemak mereka ni...
tau sekadar nak komplen saja.
baru-baru ni kerana kompeni dapat untung lebih sikit, pengurusan cadang nak berikan mereka sedikit 'ganjaran'. ada yg mintak diberikan pakaian batik, ada yg nak baju korporat. tak tahu kenapa, ramai yg cenderung nakkan baju korporat, sedangkan baju batik lebih mahal & ada prestij.
pada mulanya, pengurusan agak keberatan kerana tiadanya keseragaman & kesepakatan dalam berpakaian, tetapi kemudiannya membenarkan pilihan dibuat.
akhirnya, dikatakan pula kepada yg memilih batik bahawa harga yg disurvei di pasaran terlalu mahal (stating the obvious). jadi tiada pilihan, semuanya akan pakai baju korporat yg harganya sekitar rm50. dan mereka sekarang ni tengah 'bertikai' warna baju apakah yg jadi pilihan...
tak sedar dek untung!

May 8, 2010

Seri puteri ulik mayang
Mawar selasih penawar kepayang
Selaut kasih segunung sayang
Selamat hari lahir buat tersayang

hikayat sebuah rumah

May 7, 2010


rumah ini dibina oleh arwah abah sebelum dia pencen dulu. rumah kampung yg paling 'moden' pada masa itu. rumah ini jugak bolehla dianggap sebagai rumah pusaka sbb kedua-dua orang tua ku sudah meninggalkan alam fana' ini. tinggallah 2 org kakak menghuni rumah yg penuh nostalgia ini. di sinilah kami berkumpul sekeluarga terutama pd hari raya atau kenduri kendara. dengan tajaan usu, rumah ini sedang dibaik pulih sbb sudah uzur. insya-Allah raya nanti, kami akan beraya & berkumpul di rumah baharu...

Kamera

May 6, 2010


antara perkara yg aku minat ialah fotografi. tapi aku cuma minat tengok ajela. nak beli kamera canggih dan mahal dengan lensa 2 kaki panjang, tak sampai hajatnya. lagipun bukan prioriti. cukuplah sebuah kamera digital kecik yg aku selalu bawak ke mana-mana. bolehlah, sekadar nak ambik gambar untuk kenangan, gambar untuk simpanan, untuk blog atau fb. sempat jugakla aku rakamkan gambar menara kembar petronas yg terkenal itu. ok jugakla untuk jurufoto amatur seperti aku ini. yg penting rakaman itu bukannya secantik mana gambarnya...kan?

Double Trouble

May 5, 2010






Tahun 1993, aku menyaksikan secara live konsert ini. masa tu bujang lagi. tengah naik, kata orang.
Tahun 2010, double trouble 2, amy & awie masih ligat. kid, joe & din masih rancak menggoreng gitar. eddie & nasir masih tegar dengan bass mereka. black & yazit masih gagah memukul drum.
tapi malam tu, aku hanya duduk di rumah, melayan anak-anak buat homework sambil tengok tv, majalah 3.
huh...ironi.

Gores si vandalis

petang semalam, aku diberitahu oleh seorang stafku yg kereta aku telah digores ...dan menang!. walhal kereta aku diletak berdekatan dengan ofis, tidak menghalang laluan sesiapa atau apa-apa malah sebaliknya kereta aku yg setiap hari terhalang & dihalang.

aku percaya, itu perbuatan orang tidak berakal, atau marah pada aku, atau sekadar perbuatan vandalisme 'budak-budak' nakal.

goresan panjang itu pada bahagian sebelah tempat duduk penumpang. jadi aku tak perasankannya. malah selepas aku dimaklumkan itu, ada dua tiga orang staf lagi yg 'mendakwa' sudah nampak goresan itu sehari lebih awal, cuma tak tergerak hati untuk memberitahu aku. mungkin tak penting bagi mereka. mungkin jugak, itu biasa pada mereka. atau mereka belum pernah 'terkena'.

memandangkan tanda goresan itu masih baru sbb bila diusik dengan jari, ianya masih boleh dirasakan baru. stafku itu memberikan teorinya.
- kereta aku telah menghalang laluan kenderaan lain. jadi kereta aku digores sebagai tanda marah atau protes.
- jiran di kawasan kejiranan aku yg tak puas hati, mungkin blok laluan atau rumah mereka
- dilakukan anak-anak aku sendiri terutama mungkin terkena geselan basikal.

aku menolak ketiga-tiga teorinya itu.
pertama, aku tidak memandu kereta sepanjang cuti hujung minggu. aku hanya gunakan kereta wifey.
kedua, aku tidak pergi, atau singgah ke mana-mana. keluar seawal pagi untuk ke tempat kerja & pulang lewat petang. aku letakkan kereta di tempat yg sama setiap hari!
ketiga, anak-anak aku selalunya akan mengaku jika mereka terlanggar atau ter'buat' sesuatu pada kereta aku. lagipun handle basikal goresannya berwarna hitam. sebab ianya pernah berlaku...lagi pulak tak mungkin mereka nak rosakkan kereta papa mereka sendiri.

tanda goresan panjang dari belakang ke depan kereta, aku jangka ialah goresan duit syiling bukannya benda tajam termasuk kunci kereta.

+++++++++

malam tadi terpaksalah aku polish bahagian yg digores itu. berpeluh jugakla untuk menggosok & menghilangkannya. tapi mujurlah goresan itu tak dalam atau menggunakan benda yg tidak tajam. lagi pulak masih baru berlaku.
dapatlah aku hilangkan goresan itu walaupun tidaklah 100 persen seperti sediakala.

kepada sesiapa yg 'gatal tangan' tu, semoga dibalas 'jasa baik' mereka oleh tuhan yg maha mengetahui saja.
sebab aku tahu, setiap kali aku meletak kereta, akan pastikan tidak menghalang sesiapa. aku bukan jenis semberono begitu.

jadi, tak ada sebab untuk orang marah, dengki, atau protes pada aku selain si vandalis, takde otak dan sukakan kerosakan pada orang lain!

Internet, televisyen 'musuh' buku - ungku aziz

May 4, 2010


KUALA LUMPUR 3 Mei - Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menganggap Internet dan televisyen merupakan 'musuh' kepada buku kerana menghakis budaya membaca di kalangan masyarakat seperti yang berlaku di Malaysia ketika ini.
Menurut tokoh akademik itu, penggunaan yang meluas kedua-dua medium itu kini membentuk masyarakat yang bergantung sepenuhnya kepada Internet dan televisyen untuk mendapatkan maklumat sekali gus meminggirkan kandungan sesebuah buku.
"Ia menjadi semakin parah apabila sesuatu pengetahuan itu tiada di Internet, maka ia akan diabaikan begitu sahaja dan sangat merugikan masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi menandatangani autograf buku mengenainya bertajuk The Renaissance Man di kedai buku Kinokuniya (Malaysia) Sdn. Bhd. di Suria KLCC hari ini.
Buku tersebut berkisar tentang pengalaman beliau sepanjang perkhidmatannya di Universiti Malaya (UM).
Kandungan buku itu disumbangkan oleh beberapa penulis antaranya bekas Naib Canselor UM, Datuk Dr. Hashim Yaacob; Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid; Prof. Emeritus Dr. K. T. Joseph; Prof. Dr. Azizah Hamzah selain Ungku Abdul Aziz sendiri.
Mengulas lanjut, kata Ungku Abdul Aziz, budaya membaca buku di Malaysia agak rendah berbanding negara-negara luar khususnya penduduk di Eropah yang menjadikannya satu amalan.
"Mereka (penduduk Eropah) membaca buku di mana-mana sahaja walaupun masa terluang hanya 15 minit sedangkan negara mereka mempunyai kemudahan Internet yang baik ," katanya.
Tambahnya, masalah kurang membaca buku bukan sahaja berlaku kepada golongan remaja, malah kepada golongan korporat dan golongan berpendidikan tinggi yang suka menghabiskan masa lapang dengan bermain golf atau melayari Internet tanpa henti.
Beliau menolak dakwaan bahawa harga buku yang tinggi menjadi punca masyarakat Malaysia tidak membeli buku.
"Kini sudah ada kemudahan meminjam buku di perpustakaan yang menyediakan pelbagai genre bacaan kepada pembaca, ia bukan masalah,'' jelasnya.
Tambah beliau lagi, dengan membaca buku, seseorang akan mempunyai minda yang terbuka dan berupaya bercakap mengenai pelbagai perkara.
"Ia berbeza dengan mereka yang tidak membaca buku kerana tidak mengetahui banyak perkara," jelasnya.
Beliau turut mengesyorkan penulis tempatan supaya membanyakkan penghasilan buku dengan penulisan yang menarik dan sedikit kontroversi agar menarik minat pembaca.


sumber: utusanonline.com

Sibuk

aku semakin dibebani dengan kerja sejak kebelakangan ini.
bukan sebab aku tak pandai menguruskan masa. bukan sebab kerja yg tidak mengikut jadual. tapi kekurangan staf dan tugasan luar bidang membuatkan aku sedikit hilang fokus.
kerja bertimbun, sampai bilik ofis aku pun berterabur.
dikerjakan yg itu, yang ini tertinggal atau tersangkut.
dibuat yg itu, yg ini tak beres.
masuk pulak 'arahan' lain yg perlu didahulukan. yg segera. arahan dari 'atas'.
itulah yg menambah kusutkan lagi.
dimaklumkan pada pengurusan, mereka sekadar ambil maklum, tiada tindakan , tiada cadangan balas, tiada penyelesaian.
aku makin sibuk. kerja makin banyak. bukan buat-buat sibuk atau menyibuk.
herannya, yg lain boleh pulak rileks. masih boleh lepak minum di kafe. masih boleh melayari internet sambil tersengih-sengih, masih boleh nonton drama korea di youtube, masih boleh meng'ular' dengan alasan bertemu pelanggan.
sedangkan aku sedang bertungkus lumus mengejar masa, tak menang tangan.
argh...apalah nasib!

Promo

May 3, 2010


Nyata atau persepsi

pernahkah nampak budak-budak dalam lingkungan umur 13-15 tahun menunggang motor petang-petang ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan?
biasa...bukan?
yg pastinya, mereka di bawah umur dan tidak punya sebarang lesen. tentu sekali motor itu bukan kepunyaan mereka.
ada jugak yg beruniform sekolah menunggang motosikal, tujuannya pergi sekolah.
tidak ada siapa yg peduli jugak? cikgu? pihak sekolah? orang awam? mak bapak?
lebih daripada itu mereka juga tidak memakai topi keledar!
berapa banyak peraturan & undang-undang yg sudah mereka langgar?!
yg salah mesti diambil tindakan.
tiada kompromi!