Batik hari khamis

May 20, 2010


hari ni aku pakai batik. memang jarang-jarang aku pakai batik. lagipun baju batik aku tak banyak. adalah setakat 4-5 pasang. kalau tiap-tiap hari khamis dipakai, nampak macam berulang-ulang.

jadi kebiasaannya aku simpan batik untuk 'keperluan' tertentu. misalnya menghadiri majlis makan malam, majlis yg mensyaratkan tetamunya berbaju batik, mesyuarat dengan pengurusan pada hari khamis, majlis rasmi melibatkan vvip. atau dalam istilah lain kerana terpaksa atau 'darurat'.

lagipun batik yg aku ada agak eksklusif, mahal pulak tu. sayang nak pakai selalu. kalau pakai selalu nanti rosak, cepat lusuh...ha ha.

bukan takde batik yg dijual murah di pasaran. tapi batik yg murah biasanya tak cantik. takde seni. kurang kualiti, tak asli.
nak beli batik yg cantik & sedap mata memandang pulak, biasanya harga mahal. kenapa?

kita digalakkan memakai batik. tetapi batik yg dibuat orang tempatan & dikeluarkan di negara ini harganya mahal. selalu mereka beri alasan kualiti, diperbuat daripada sutera, coraknya eksklusif, dilukis secara manual...sebab tu harganya mahal!

bukankah ironi - kita digalak memakai, pada masa sama harganya mahal sedangkan ianya barangan buatan tempatan....

kepada pengusaha batik janganlah menjadikan pakaian batik sebagai barangan eksklusif. jadikan ia barangan keluaran tempatan dengan harga berpatutan. tentunya akan lebih ramai pemakai. lebih luas pasarannya, bukan?

*************

oklah. aku mengaku. aku pakai batik hari ini tanpa sebarang sebab yg aku nyatakan di atas.
aku pakai batik hari ni sebab 'bekalan' baju kemeja yg sudah bergosok sudah kehabisan stok. lagipun aku tak mahu menyusahkan wifey. pakai ajelah baju yg sudah bergosok.
yg ada hanyalah baju batik dan kebetulan hari ni, hari khamis!

2 refleksi:

Azree Ariffin said...

Batik oh batik. Saya ada sehelai batik, itu pun batik kosong saja. Lepas baca entri ni, rasa macam perlu beli lebih lagi untuk keperluan sendiri. :)

bangsawan nilai said...

kadang perlu, kadang terpaksa...:)