- wordless wednesday -

Nov 30, 2011

t-shirt adalah imej aku di luar waktu ofis.
tajuk entri ni sebenarnya takde kena-mengena.
cuma hari ni agak busy menyiapkan monthly report.
nak bentang utk meeting petang ni. last minute punya kerja...

- bila mat arab cuba buat kecoh... -

Nov 29, 2011

aku cuba cari gambar-gambar yg aku ambil semasa di menara taming sari, semalam. ya, jumpa jugak pic sekumpulan mat arab yg cuba buat kecoh. takpelah, nanti aku ceritakan kemudian...

oklah aku flash back. oleh sebab hari isnin cuti maal hijrah, aku pun rancangan ad hoc ke melaka (uh melaka lagi kali ke-2 tahun ni). tapi nasib tak berapa baik. semasa makan kat kedai asam pedas selera kampung yg famous tu. hujan turun lebat. sudah lah parking nya jauh dekat mahkota parade sebab semua parking tepi jalan dan bawah pokok dah penuh. jalan pulak jem yang amat, orang KL semua turun melaka kot. singgah kejap je kat pahlawan walk beli t-shirt, magnet peti ais untuk erol, key chain untuk eril dan kipas si erin.

lepas tu, ronda jap kat dataran pahlawan dan jamu mata kat mahkota parade. hujan tak mengizinkan aktiviti luar.
kemudian cari hotel utk bermalam. malas dah nak patah balik ke nilai. hujan. lepas check in hotel. digagahi jugak ke duyung malam tu utk cari ikan bakar. sekali lagi masalah sesak dan nak parking. lebih-lebih lagi orang singapore turun berbas-bas nak makan ikan bakar. maklumlah kat sana takde, gamaknya!

esoknya, jalan-jalan ke gerai sekitar  bangunan stadthyus, dan kincir air serta kapal flor de la mar. tak naik melaka cruise kali ni.

kemudian patah balik ke menara taming sari. kalau tak silap kali ke-3 dah naik ni. tapi sebabkan dah depan mata naik jugakla. lagipun kat Nilai tak de mende ni..ha ha kain kat Nilai 3 banyak la....

masa beli tiket tu, pekerja kaunter tanya datang dari mana. aku jawablah nilai. rupa-rupanya ada diskaun utk orang tempatan.
lepas beli tiket kami pun beratur la. boleh tahan jugak la panjangnya. sedang borak-borak tunggu giliran naik, ada kecoh-kecoh sikit kat belakang. sekumpulan mat arab, 2 lelaki dan 2 perempuan sedang bertengkar dengan beberapa yg lain. puncanya dipercayai sebab kumpulan mat arab tu cuba potong barisan. potong q.

memandangkan mereka seperti nak bergaduh, ada beberapa yg lain cuba campur tangan. lagipun mat arab ni kelihatan agak kasar dan kerek sikit. yg perempuan tu pun (tak bertudung dan pakaian tak berapa semenggah) pun bising-bising terjerit-jerit tak puas hati pada seorang mamat tempatan yg cuba menegur mereka.

aku ni nak kata berani tu taklah. nak kata badan besar pun tidak juga. adalah dulu belajar silat masa kat U. ada sikitlah basic tu kalau dah sesak-sesak...hu hu

tapi rasa tercabar jugaklah bila 'orang luar' nak tunjuk samseng tempat kita. dan 'sumpah seranah' (aku agaklah dlm bahasa arab). bila melihat 3-4 orang lelaki lain termasuk aku datang nak masuk campur. mereka pun sedikit cuak.

kemudian datang pulak staf menara tu, bila dengar kekecohan berlaku. mereka akhirnya mengalah, dan beratur ke belakang semula. tak faham gak aku. ingatkan orang arab ni semua baik-baik. pakai jubah atau pakai purdah...ataupun sekurang-kurangnya perangai tu eloklah.

itulah sebenarnya, aku cuba cari pic kot-kot ada celah-celahnya nak tunjukkan muka mat arab yg berlagak kekwat tu. dan inilah dia pic salah seorang mat arab yg buat kecoh kat menara taming sari, melaka, semalam.

dalam perjalanan balik, lepas tengok pemandangan bandar melaka dari menara. singgah jap kat ayer keroh, main air kat melaka wonderland. dah agak petang baru balik. nanti sambung cerita apa pulak yg berlaku dalam perjalanan balik

- musim cuti sekolah, musim hujan, musim kahwin...

Nov 28, 2011

musim cuti sekolah jugak adalah musim org kahwin. sabtu lepas tak jauh, dekat kawasan kejiranan je. pergilah...lepas gak makan tengah hari he he...

ambik jugakla gambar pelamin, kalau tak, org tak caya kita pergi rumah kenduri kahwin...hi hi tapi pengantinnya tak kunjung tiba hinggalah aku berangkat pulang

memang adalah selingan muzik yg dimainkan dgn cd, dgn speaker besar hingga menggegar gegendang telinga.kalau tak sunyi sepi pulak nanti majlis kahwin kan. tapi sepanjang aku berada kat situ, tak ade satu pun lagu yg kena mengena dengan pengantin atau orang kahwin sebaliknya lagu rock kapak sampai habis...hu hu

tempat spesel utk santapan pengantin & tetamu khas. kita ni jemputan biasa je. dan menu pun macam biasa. mesti ada ayam masak merah dan air sirap...ha ha

- sudah di tangan lagikan terlepas . . . -

Nov 25, 2011

kaki buku mcm aku selalunya rasa rugi atau terkilan kalau tak sempat pergi mana-mana book fair. semasa big bad wolf di MAEPS tempoh hari tak sempat pergi. jadi, tengah hari semalam pergilah ke aftermath sale di south city plaza. kata kengkawan taklah sehebat yg original. mungkin tinggal sisa-sisa je. tapi utk memuaskan hati pergi jugak ke sana. weh ramai jugak yg datang. angkut dgn troli, beg besar & kotak. masih punya banyak buku utk dipilih dan dibeli. harganya RM5 ke bawah walaupun beli buku hard cover atau coffee table.


terlampau sesak dgn orang dan buku. sebab ruangnya agak sempit. nak memilih buku pun terpaksa berhimpit-himpit. jadi aku tumpukan saja nak beli buku utk eril, erol & erin. dah siap pilih dah. tapi bila nak bayar, mungkin sbb takde ruang kaunter bayaran tak banyak & pembeli terpaksa beratur panjang dan berputar-putar tak bergerak.sudahlah masing-masing borong buku banyak. dgn berat hati ambil keputusan tak jadi beli, tak sanggup nak tunggu utk membayarnya, mungkin ambik masa yg lama. wajarlah  penganjur tukar tempat lebih luas utk lain kali...frust!

- lagu "oh bangau..." pun ada maksud tersirat -

Nov 24, 2011

lewat petang semalam semasa aku nak adjust kereta wifey yg diparkir agak senget depan rumah. kebetulan jiran aku ada di luar sedang melayan anak kecilnya main basikal. kami jarang berborak. walaupun sentiasa bertegur sapa setiap kali bertembung. mula-mula dia bertanya pasal progres rumah aku yg sedang dalam renovasi. kemudian perbualan kami melarat kepada perkara lain, termasuklah soal pelajaran anak.

isteri jiranku itu seorang guru. katanya nasib baik cikgu tak jadi kerja 9 jam. aku pulak kata, dah jadi macam kerja ikut waktu pejabat lah kalau begitu, takde yg peliknya. di luar negara pun dah banyak buat cara begitu, takde masalah besar pun. cuma kita ni dah terbiasa cikgu kerja separuh hari. malah rumah pengasuh pun lebih suka ambik anak-anak cikgu. cuma soal, budak-budak nak makan tengah hari susah sikitlah. nak harapkan kantin sekolah, apa sangatlah pilihan yg ada.

nak kata penat, memanglah budak-budak sekolah tu penat bersekolah sepanjang hari. tapi sekarang ni pun, diorang sekolah pagi, dan petangnya ke sekolah agama. kadang-kadang malam pergi kelas tuisyen. lagi penat daripada cikgu.

berbalik soal pelajaran dan persekolahan, antara yg dibangkitkan oleh jiranku itu ialah aduan daripada ibu bapa yg pelajaran anak mereka tak menunjukkan kemajuan. kenapa anak mereka tak pandai sedangkan anak orang lain lebih pandai, belajar di sekolah yg sama, di kelas yg sama dan diajar oleh guru yg sama. mereka kerap menyalahkan sekolah atau cikgu. cikgu pulak kata ibu bapa harus bertanggungjawab juga. kemampuan cikgu hanya di sekolah, selebih daripada itu ibu bapa kena pastikan anak mereka mengulang kaji, buat latihan dan membaca buku rujukan.

ramai jugak yg menyalahkan sistem pendidikan yg kononnya terlalu exam oriented, berteraskan peperiksaan semata-mata. malah ada juga cikgu sendiri yg menyalahkan sistem, kerana mereka hanya mengikut arahan dan sistem yg ada.

lalu aku katakan pada jiranku itu. itu semua dah jadi macam lagu "Bangau oh Bangau...!". jiran aku agak keliru kenapa pulak aku situasi salah-menyalahkan itu disamakan dengan ibarat lagu itu. iyalah, masing-masing salah menyalahkan, menuding jari, mencari kesalahan orang lain atau alasan semata-mata. sedangkan semuanya sebenarnya saling berkait. kalau semua memberi alasan tanpa memperbetulkannya atau mencari punca silapnya. selagi itulah, tiada yang menang atau mendapat kebajikan daripadanya. ianya berputar seperti satu kitaran.

pandai sungguh, orang tua-tua dahulu mencipta lagu dan lirik lagu "bangau oh bangau". cuba ingat balik apa dalam lirik lagu itu.

"oh bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
 macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul...
oh ikan oh ikan kenapa kau tak mahau timbul?......"

hinggalah ke akhir lagu liriknya berbunyi "oh ular oh ular kenapa kau nak makan katak?
 macam mana aku tak makan memang makanan aku..."

dan kesudahannya, ular jugak yang jadi punca masalahnya. kesian sang ular...!

- amaran hujan lebat (tahap jingga) -

Nov 23, 2011

sepatutnya hari ni wordless wednesday. tapi kalau takde cerita sebalik gambar, takde makna apa-apalah kan...he he. cuba perhati pic di atas. nampak tak kfc. nampak kan? sebelah digital mall. tak, bukan nak iklan. cerita panjang yg dah dipendekkan begini sebenarnya...
 tengah hari tadi keluar dgn officemate. makan tengah hari & beli stationaries. kemudian, kawan tu singgah jap ke bank, sementara aku tunggu di luar. semasa aku membelek-belek fb dpd berihitam datang seorang adik manis mendekati. "err...excuse me. kat area sini ada kfc kan. kat mana yek...?" apa motifnya bertanya tu. sedangkan gambar ni diambil dari tempat kami berdiri. takkan tak nampak kot?
aku taklah pulak menyombong atau memperlekeh adik manis itu. sekadar tersenyum sambil menunjukkan arah kfc tu. "thanks ya" kata adik manis tanpa rasa bersalah, terus berlalu.

- kalau dah rezeki . . . -

Nov 22, 2011

pic ori ambil terus live kat tv
berdepan dgn 100,000 penyokong lawan di stadium, tersekat 1 setengah jam dalam bas ketika perjalanan ke stadium yg hanya terletak 1 km dari hotel kerana disekat, ketinggalan 1 gol seawal minit ke-5, tanpa 4 pemain utama yg cedera, terpaksa mengharungi pertarungan 120 minit, melalui sepakan penalti yg mendebarkan...kalau dah rezeki, pingat emas ke tangan mereka jugak....aummmmm!!

- resensi . . . 28 -

Nov 21, 2011


tajuk: Khazanah Tafsir di Nusantara

penulis: Mustaffa Abdullah

halaman: 286

terbitan: penerbit universiti malaya

sinopsis:

Pengajian tafsir di Nusantara berkembang selari dengan perkembangan ilmu lain. Ini dapat dibuktikan dengan munculnya beberapa karya agung dalam bidang tafsir. Sesungguhnya terdapat banyak karya tafsir yang pernah dihasilkan oleh para ulama, namun disebabkan pengabaian ianya hilang begitu sahaja tanpa adanya kajian kearah pembukuan atau pendokumentasian yang lengkap. Banyak juga karya tafsir yang seakan-akan dilupakan dan kewujudannya tidak disedari umat Islam. Karya tersebut tidak dapat dimanfaatkan dan sejarahnya akan hilang sekiranya tidak ada usaha dan kajian untuk membukukannya. Buku ini diharap dapat membongkar maklumat berkaitan pengajian tafsir di Nusantara terutamanya di Malaysia, Thailand, Singapura dan Negara Brunei Darussalam. Tinggalan karya itu diselidik dan dikaji sebagai khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya. Penulisan ini mengkaji dan menganalisis pengajian tafsir secara keseluruhannya dengan fokus utama adalah perkembangan dan sistem pengajian tafsir di Nusantara. Buku ini turut mengumpulkan karya tafsir yang pernah dihasilkan sambil memperkenalkan tokoh utama dalam pengajian tafsir serta cuba merungkaikan persoalan mengenai perkembangan tafsir dan pengajiannya. Usaha menampilkan tokoh serta karya mereka dalam bidang tafsir ini dibuat sebagai paparan untuk rujukan generasi kini dan akan datang.

- 2011. 2011 -

Nov 20, 2011

baru 2 hari cuti sekolah dah sibuk boring. belum 1 bln. lagi. nak tak nak bwk jugakla diorg berjalan ke jusco seremban 2. pertamanya sbb dekat. keduanya, gaji belum masuk kena bajet la...he he

ambik, sibuk sgt nk naik heli. heli tk terbang tapi putar2 je...

cantik kat sini gak tk macam masa mula2
bukak dulu

sempat gak ke mph beli buku. nanti adalah benda nak baca masa cuti2 begini. takdelah asyik menghadap tv je...

- biarkanlah mereka terbang. . . -

Nov 18, 2011

petang semalam aku didatangi oleh 2 orang staf baru. mereka baru masuk bekerja dalam 3 bulan lepas. muka mereka agak merah dan tersipu-sipu, bila masuk ke bilik ofisku. jadi, aku tahulah mereka datang jumpa aku, bukan pasal kerja. 'sekilas ikan di air ...' aku dapat agak.

"incik...kami nak mintak tolong buat surat pengesahan jawatan dan sahkan salinan slip gaji..." kata salah seorang daripada mereka meluahkan hajat di hati yg terpendam. antara keluar dengan tidak saja ayat dari mulutnya.

"saya kena tahu dulu, nak buat apa tujuannya..." sengaja aku tinggikan sikit nada suara dan wajah sedikit serius.

mereka saling berpandangan. mereka tahu, tak boleh berselindung dengan aku.

"macam ni lah incik. tadi kami tengok satu iklan dalam paper. kompeni #&^5+ . mereka nak ambik pekerja lulusan diploma. jadi, kami nak cuba mohon..." jelas salah seorang daripada mereka dengan sedikit sangkut-sangkut.
mungkin ada rasa bersalah. iyalah baru kerja 3 bulan, dah nak mintak kerja lain. kalau boss mungkin tak lepas lah hasrat mereka ni....

aku faham maksud mereka. aku antara penemu duga yg mencadangkan mereka berdua ni diambil bekerja. tapi aku mengaku, semasa mengambil mereka ada sedikit rasa simpati. ikutkan kelulusan mereka memang over qualified. maksud aku mereka memohon jawatan yg lebih rendah sedangkan kelulusan mereka lebih tinggi dan boleh dapat tawaran gaji lebih baik. tapi disebabkan persaingan dalam pasaran kerja dan kesukaran mendapatkan pekerjaan pada waktu ini, mereka sanggup terima apa saja peluang tawaran kerja yang dapat dahulu. mereka aku lihat ada potensi, kemahuan dan penampilan sebagai pekerja yg baik. jadi, aku rasa patut beri mereka peluang bekerja dengan kompeni kami. dan ternyata aku tidak silap kerana sepanjang mereka bekerja dalam tempoh ini, takde sebarang masalah. sama ada soal kerja atau disiplin.

walaupun ada kemungkinan pada masa depan mereka akan 'berhijrah' ke tempat lain memandangkan kelayakan dan kelulusan yg mereka miliki. tak sangka pulak secepat ini, langkahan mereka. pada hemat aku, tak perlulah dihalang kehendak mereka ini. lagipun, ini untuk masa depan mereka juga selain mengembangkan kerjaya.  tak wajar rasanya aku tahan-tahan.  ditakdirkan mereka dapat tawaran kerja baru nanti, hanya tahniah yg dapat aku hulurkan....

- bola sepak hanyalah sukan -

Nov 17, 2011

masih ingat ketika final piala AFF suzuki pemain malaysia terpaksa dibawa masuk ke stadium dgn kereta perisai - baracudda. kenapalah fanatik sangat dalam sukan. kalau fanatik sebagai penyokong sekalipun janganlah sampai lagu kebangsaan negara orang pun nak diboo. mana perginya semangat kesukanan. inikah sikap mereka sebagai tuan rumah yg sepatutnya meraikan tetamu. tak suka tak apelah, tapi janganlah ditanamkan sikap benci pada team lawan atau pemainnya. mereka hanya musuh di padang, bukan musuh yg harus dihapuskan. kononnya maruah tergadai apabila kalah.
cammon la...bola sepak hanyalah sukan!
haaaa kan dah kalah...ambik kau

- antara coklat arab dengan cupcake cikgu -

Nov 16, 2011

coklat arab

kalau ada sedara mara yg baru balik menunaikan haji dari mekah, biasanya akan bawak balik buah tangan. biasanya air zam-zam, tasbih, kopiah, telekung, sejadah, minyak wangi [atar]. kalau nasib baik dapatlah jubah yg setengahnya agak mahal.

selain tu diorang bawak balik jugak kacang-kacangan, kurma, kismis, buah zaiton. yg biasanya tak dapat kat tempat kita. sekarang ni ada juga yg dah siap beli 'pakej' satu set, kopiah, tasbih dan minyak wangi untuk lelaki siap bungkus dalam plastik. tetapi kengkadang bukan diperbuat dari sana, ada jugak yg tertulis 'made in china'.

sejak kebelakangan ada jugak 'cenderahati' lain yg dibawak balik, iaitu coklat. walaupun negara arab bukanlah terkenal sebagai pengeluar coklat. sekarang ni tidak lagi. ada pengeluar coklat di madinah dan mekah [ pic di bawah ini bukan sekadar hiasan tapi memang real dari mekah/madinah]. kalau dulu orang pergi langkawi, bawak balik coklat untuk kawan ofis - sebab lebih murah, maklumlah duti free - sekarang orang pergi haji pun bawak balik coklat. kualiti dan kesedapannya pun setanding dengan coklat import negara orang putih.

jamuan sekolah

aku tak faham, kengkadang ada mak bapak yg mengada-ngada nak buat jugak birthday party anak mereka kat sekolah. mungkin niatnya baik tapi caranya tak berapa sesuai. mungkin disalahertikan sebagai nak menunjuk-nunjuk pulak.

dalam pada itu, siap bagi bungkusan jajan - yg kengkadang agak 'murahan' - spt gula-gula, coklat dan kerepek. ini sebenarnya mempengaruhi anak orang lain jugak. sebab anak-anak aku pernah tanya "kenapa papa tak buat birthday party kat sekolah". maknanya dia rasa rendah diri sebab kawan yg lain buat.

kadang-kadang cikgu pun ada jugak buat jamuan. maksud aku bukan anjuran sekolah, tetapi dibuat sendiri mengikut kelas masing-masing  spt hari guru, jamuan raya,  hari kanak-kanak kat kelas. dan mintak anak muridnya bawak makanan dari rumah. mungkin sebagai tambahan lah. nak tak nak bawak jugalah 'belen-belen' kuih raya, air oren botol, coklat, kacang atau jajan yg lain.

tapi ada cikgu kelas yg 'kaya' siap belanja anak muridnya pizza, kentaki, mekdi,  atau sate. jadi murid kelas lain yg setakat makan mi goreng atau cupcake yg cikgu buat sendiri mesti rasa tak berapa seronok!

ini bukan cerita rekaan. semalam erol & erin yg cerita pasal jamuan perpisahan kelas diorang. kelas sebelah makan sate & pizza, sedangkan kelas mereka sekadar makan bihun goreng dan air sirap....

- ada juga syarikat kurier yg mesra alam -

Nov 15, 2011

khamis lepas ada sekeping nota atau kad ditinggalkan oleh syarikat kurier pada peti surat aku. dicatatkan penghantar kurier itu takde orang kat rumah. kalau ikutkan pada kad itu, barang yg hendak dihantar ialah dokumen. pengirim surat ialah maxis. aku tak pastilah. kengkadang sekadar surat reminder menyatakan yg kita ni lambat bayar bil bulanan. jadi, aku tak lah ambik serius sangat.

kalau kad tu bertulis, bungkusan atau parcel, mungkin aku lebih ingin tahu. apa isi kandungannya? mungkin dapat hadiah ipad 2 ke? iphone 4s ke, kereta audi 8 coupe ke....mana tahu kan? ikut catatan itu kurier akan datang lagi hari berikutnya, untuk susulan kedua.

esoknya, hari jumaat. erin bagi aku kad yg sama, sebaik aku pulang dari ofis. kali ini bunyinya macam dah putus asa. final attempt. catatan pada kad itu. kalau tak sampai kepada penerima, biasanya akan return to sender. masalahnya, pada waktu pejabat atau hari siang, memang takde siapa pun kat rumah.

sabtu lepas, semasa aku kat bengkel kereta, tunggu kereta diservis, dapat panggilan dari syarikat kurier tu. katanya dah buat penghantaran 2 kali kat rumah, takde yang nak terima. aku mengaku terus terang memang takde orang. buang duit minyak aje kalau diorang hantar jugak.

jadi, aku katalah "kalau rajin hantarlah hari isnin. sebab anak-anak saya cuti. sebab hari sabtu diorang sekolah untuk Hari Penghargaan tahunan sekolah. kira cuti ganti la. budak-budak boleh terima ke?"

"kalau ikutkan memang tak boleh kanak-kanak bawah umur terima, tapi jangan bagitau maxis, kita orang boleh lah hantar..."
aku ok je. tapi gelak jugak dalam hati, part "jgn bagi tau maxis".

sbg rekod:  bukan aku tinggalkan anak-anak kat rumah. biasanya diorang transit rumah jiran aku yg letaknya selang 2 pintu aje. kalau diorang tak sekolah pun makan minum disediakan kat rumah jiran tu. dan jiran aku tu akan tengok-tengokkan diorang kat rumah. bayar bulanan pakej dengan pengangkutan ke sekolah sekali..
semalam hari isnin seperti yg dijanjikan, kurier datang jugak. eril yg sign bagi pihak aku. entah macam manalah rupa signnya tu...ha ha
rupa-rupanya maxis hantar benda ni....oklah ambik je, benda free kannnn


dua tiket wayang free, valid till 31st dec 2011

- surat dengan reben merah -

Nov 14, 2011

sepanjang hayat aku bersekolah, tak pernah pegang sebarang jawatan. maknanya dari darjah satu hinggalah form 6...tak pernah. dari sekecil-kecilnya sebagai ketua kelas, sehinggalah yg glamor sebagai pengawas. nak kata aku ni tak aktif, tak jugak. tapi lebih kepada bidang sukanlah. nak kata aku ni pendiam, akulah antara paling kecoh dalam kelas. nak kata aku ni bangang dalam pelajaran pun, jauh sekali la. kelas aku bukannya yg tercorot atau result aku taklah hancor. sesetengah subjek macam b.melayu, sejarah - memang aku peganglah.

aku sedar, ada ramai pelajar yg tak berapa suka dengan pengawas. malah ada yg antipengawas. aku taklah sampai begitu. memanglah aku akui ada jugak beberapa kali terlibat dengan insiden kurang menyenangkan dengan pengawas. ramai yg anggap pengawas ni, sombong atau kaki bodek cikgu. aku takde lah cop mereka sampai begitu sekali. malah ramai dpd kalangan kengkawan aku adalah pengawas. sebab aku ni tinggal di asrama.

mungkin sebab perwatakan aku yg tak berapa serius kot. selalu main-main dalam kelas. sebab tu cikgu tak berapa konfiden lantik aku pegang jawatan. tercalon dek kengkawan tu banyak kali lah.ahhh...panjang pulak cerita pasal memoir dan biografi aku ni...

petang jumaat lepas, lepas maghrib, eril ada bagi aku satu surat. mulanya, aku tak berapa endahkan. ini mesti pasal cuti atau nak mintak derma ke atau mesyuarat. mesyuarat apa bendanya hujung tahun begini? eril pun tak cakap apa-apa. cuma hulur suruh aku baca je.

waktu aku duduk berehat tengok buletin utama, barulah eril bertanya:

"papa dah baca ke surat tadi?" eril dah tak dapat bendung perasaan ingin tahunya.

"belum...jap lagi papa baca. kenapa?" mata aku tertumpu ke tv.

wifey pulak sibuk di dapur. siapkan makan malam yg simple katanya. tak tahu lah simple macam mana. mungkin megi goreng je agaknya...
lagipun kami, pasal makan malam jarang yg heavy metal. memang simple je. makan ala kadar. jaga badan kunun!

"meh sini....bagi surat tu" aku tukar fikiran.

mata eril terkebil-kebil sambil menghulurkan surat.
surat kali ini, agak pelik sikit. bergulung dan  diikat dengan reben kecil warna merah. agaknya hujung tahun macam ni cikgu eril tak banyak kerja kot. itu yg sempat buat reben segala bagai....hati kecilku sedikit curiga dan nakal!

baru aku faham. eril cuma nak bagi s  u  r  p  r  i  s  e kepada papanya. aku je yg tak faham!

dalam surat itu menyatakan yg eril dilantik jadi pengawas perpustakaan mulai tahun depan. dalam tu jugak bagitau uniformnya lain pesen sikit. warna jingga dan seluar biru. kasut hitam.

lalu aku suruh eril bagitau wifey yg kelentung-kelantang di dapur macam masterchef. tak payah masak untuk malam itu.

"cakap pada mama, suruh siap. kita keluar makan kentaki je..."!

eril tersenyum lebar dengan muka bangga. kemudian dia terus berlari ke dapur....

- alhamdulillah...hjh. kak lang dah balik -

 sebenarnya tak ade satu pun gambar yg aku ambik semasa di airport menyambut kepulangan kak lang, kak teh dan anjang, semalam, ahad, 13 nov.  mungkin sbb terlalu teruja semasa menunggu & tercari-cari kemunculan mereka daripada ruang menunggu yg penuh sesak.  aku sudah menunggu di airport klia seawal 7:15 pagi, kerana mereka dijadualkan tiba jam 7:30 pagi. kemudian diumumkan kelewataan ketibaan kepada 8:58 pagi diikuti urusan bagasi. hanya pada jam 10:15 pagi baru kita orang dapat jumpa. syukur alhamdulillah ketiga2 mereka sihat.
 macam satu tradisi pulak, orang yg pergi haji akan bawa balik buah tangan untuk sanak saudara di tanah air. yg ini kurma, buah zaiton, coklat dan kacang-kacangan. kami sempat mengadakan kenduri doa selamat tengah hari itu menyambut kepulangan mereka. jemputan terdiri dpd orang2 kampung dan sanak saudara terdekat. wajah hajah2 tersebut kelihatan berseri-seri menyambut tetamu yg datang...
yg ini ialah set  minuman yg diperbuat dpd 'emas'. kami dihidangkan dgn air zam-zam. erol, eril dan erin beriya-iya nak minum sbb mak langnya kata, boleh terangkan hati dan boleh score A dlm exam....

- jejak di pasir pantai -

Nov 11, 2011

tadi malam,
ku terima panggilan.
seorang kawan lama yg terpisah.
bukan terpisah dek jarak dan masa.
tapi terpisah kerna salah sangka.
tadi malam,
maaf diterima, salam ku sambut
menjejak kembali tapak yang sama-sama dulu pernah menyusur pantai
tapi terpadam dek deru ombak membadai
tadi malam,
kisah dulu kembali ku imbas
moga kembali bertaut
agar tapak di pantai itu dapat kembali kita jejak

- 11.11.11 -

ramai gamaknya yg pilih tarikh ni untuk bernikah, bertunang, kenduri atau buat perancangan segala yang baik-baik saja.

kalau orang tanya apa kau buat pada 11.11.11? bolehlah aku bagitau nanti aku tukar template blog aku pada pukul 11:11:11 pagi....he he

adalah jugak daripada tak de buat apa-apakan.
sebenarnya, apelah ada pada tarikh dan nombor, kan

- bola...bukan sekadar rupa -

Nov 10, 2011

bukan sekadar kritik yang hentam keromo. ianya tidak membantu apa-apa, mereka tu hanya melepaskan luahan ketidakpuasan hati. itu tidak membina apa-apa langsung. kalau turun stadium...lagilah ramainya kumpulan ini. bukan sekadar mengkritik malah mengutuk dan ke tahap mencarut pun ada. pengulas tak berbayar ini, lebih hebat daripada coach mourinho, guardiola atau ferguson.

nak jadi pengulas atau komentator pun kena belajar dulu. bukannya merepek atau merapu. atau guna bahasa caca merba. tak tahu antara volley atau first timer. tak kenal antara dummy atau tak reti tahan bola. tak dapat bezakan antara full back dengan wing back atau wing player atau left/right midfielder.

itu belum komen ulasan mereka mengenai aspek taktikal dan teknikal. formasi atau strategi. memang jangan haraplah, takde langsung.

sejak zaman aku sekolah dulu, hinggalah kini beranak tiga - pengulas bola di tv masih hasbullah awang. takde pelapis. nak harap pengulas daripada astro lagi lah hampeh. lebih teruk pengulas kedua yg diundang dan dipanggil sebagai pundit, lebih baik tak payah buang duit jemput mereka.

bukan aku mengagungkan komentator bola tv di barat, di EPL, La Liga dll. ada juga yg tak berapa bagus tapi taklah masuk tahap hampeh. mereka tu dibayar, profesional. kalau tak bagus kena buang sebab ramai pesaing. komentator kita kena belajarlah apa yang baik daripada mereka. mungkin sebab saingan tak ramai, yang itu.. itu jugalah yg muncul di kaca tv kita.

maaflah. kalau aku tengok live bola tempatan. biasanya aku akan kecikkan volume tv. menyampah nak dengar ulasan atau komentari mereka...menyakitkan hati je.


aku tak nak komen lah pasal pemain dan mutu bola sepak pemain tempatan. nanti panjang ceritanya. tajuk entri pun memang sengaja gempak sikit. nak sentuh pasal player yg glamor, lebih nak kontrol macho daripada kontrol bola, atau lebih utamakan fesyen rambut daripada teknik nak heading bola....
bukan apa, takut ramai yang kecik hati kalau bukan peminat player pun mungkin kalangan peminat artis!

- jalan-jalan layan perut -

Nov 9, 2011


ini kira bawah label baru la dlm blog bangsawan nilai. aku syorkan kedai ini kepada peminat nasi beriyani. terletak di corner lot daripada deretan kedai selepas pusat kesihatan salak - kalau ikut dari pekan salak lama atau sepang atau jalan nilai lama. kalau ikut dari salak tinggi - belah kanan jalan selepas masjid salak. set beriyaninya ada kambing, ayam atau daging. taklah mahal sangat dlm rm10 satu set, memang berbaloi. ramai gak yang tapau atau tempah katering. sedap tak? kalau tak sedap aku tak rekomen laa...
kalau nak belanja kengkawan pun tak jatuh standard la.

- misteri mimpi robert quok . . . finale -

sambungan...

peluh dingin meleleh di dahi dan pelipis walaupun aku pasang air cond dan cuaca pagi yang dingin di luar. demi ternampak saja papan tanda menunjukkan balai polis di depan,  aku beristighfar panjang. menarik nafas lega...

aku membelok masuk ke dalam kawasan balai, masuk ikut pintu utama. aku tak ingat sama ada aku ada memberikan signal untuk membelok masuk. ahhh... lantaklah. ini kan emergency...! ada bunyi brek yang kuat dan seretan tayar. macam pelakon lagak ngeri gayanya aku memandu. bunyi brek yang kuat itu menarik perhatian abang-abang polis yang berada dalam balai. mereka meluru keluar, mungkin kerana sudah dilatih untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. manalah tahu, ada teroris cuba menyerang balai!

menyedari salah tanggapan mungkin berlaku kerana kecuaian akibat rasa panik, aku segera buka pintu sambil mengangkat kedua-dua belah tangan. rasa bersalah ada, rasa macam orang salah pun ada.

"tok!...ada emergency. saya bawak orang perempuan dalam kesusahan"! aku terus saja meluahkan kata-kata dengan nada sedikit gementar tetapi nyaring kepada salah seorang abang polis yang keluar dengan muka cemas dari pintu balai. lagipun aku nampak ada tiga calit pada lengan uniformnya.

kemudian kami dibawa masuk untuk buat kenyataan dan laporan. aku bagi versi aku. manakala amoi tu pulak bagi versi dia. aku tak tahu apa yang diceritakannya pada pegawai polis di situ. yang pasti aku syukur kerana semuanya dah selamat.

sarjan tadi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada aku atas keberanian membantu si amoi itu. berani? dia tak tahu apa yg bermain di fikiran aku sepanjang setengah jam tadi. dia kata akan hubungi aku jika ada apa-apa perkara susulan.

kemudian aku pun minta diri untuk ke ofis. sudah tentu aku lewat sampai pagi itu. sepanjang pemanduan, berkali-kali imbas kembali kejadian berlegar-legar di minda aku. kejadian itu aku tak ceritakan kepada sesiapa pun. termasuk isteri atau rakan sekerja aku. aku nak lupakan saja apa yang berlaku. lagipun, tiada apa-apa yang buruk pun berlaku. tapi aku masih tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada gadis cina itu. yang menenangkan aku menyedari dia kini berada dalam tangan orang yang dipercayai dan selamat.

petang itu, sebaik pulang kerja aku berehat minum kopi seperti biasa. tak lama kemudian terdengar suara riuh rendah di luar. dalam masa sama kedengaran bunyi helikopter terbang rendah betul-betul di atas bumbung rumah aku. kemudian ia mendarat di taman permainan berhampiran. aku pun meninjau sama.

helikopter itu dikerumuni kanak-kanak yang tadinya main basikal dan buaian di taman itu. jiran sekeliling pun meninjau keluar. hairan, apa kejadahnya helikopter ni tak pasal-pasal landing di kawasan perumahan ini. nak berlagak pun patut-patutlah. kalau helikopter polis mungkin kita boleh faham.

muncul daripada perut helikopter dua orang berbadan tegap dan berpakaian kemas. dengan cermin mata gelap ala matrix. mereka mengiringi seorang cina yang agak berusia, turun. lagaknya macam v.i.p. sekali imbas, macam pernah aku mengenalinya. tapi, di mana?

v.i.p tadi dengan diiringi dua orang berbadan sasa itu, aku percaya bodyguardnya, menuju ke arah rumah aku. "apahal pulak ni..." bisik aku dalam hati. mungkin kepala kongsi gelap atau ketua samseng nak cari aku sebab pagi tadi bawak lari anak gadis cina dan serahkannya kepada polis. alamak...! aku mula gelisah.

"ini incik S kan...?" tanya v.i.p itu dengan senyum sambil menghulur tangan untuk bersalam.
keresahan aku sejak tadi, terus hilang. aku pun menjemput mereka masuk ke rumah.

v.i.p itu memperkenalkan dirinya sebagai robert quok. ya, orang terkaya di malaysia dan antara yang terkaya di asia. patutlah aku macam kenal aje wajahnya. pernah tengok dalam akhbar, majalah dan tv. tak sangka seorang bilioner datang rumah aku. datng pulak dengan aksi memukau, turun dengan helikopter. fuh, bangga juga hati aku. tentu jiran-jiran aku respek, hari ini dalam sejarah hidup aku. bolehlah nanti aku cerita pada sedara-mara, kawan-kawan yang robert quok pernah datang rumah aku. aku tak sabar nak bergambar dengannya. nak framekan gambar dan gantung di dinding ruang tamu. kemudian letak dalam status facebook dan blog. huh...tak sabar!
tapi....kenapa dia datang rumah aku, nak jumpa aku? macam mana dia tahu nama aku? banyak persoalan daripada jawapan yang berlegar di fikiran aku.

tak sangka robert quok ni fasih betul berbahasa melayu. malah dengan loghat nogori sembilan....! rupa-rupanya, amoi yang aku selamatkan pagi itu ialah anak gadisnya yang kena culik oleh sindiket jenayah. entah macam mana dia terlepas lari dan terserempak dengan kereta aku. mujurlah dia dapat diselamatkan. jadi, untuk menunjukkan rasa penghargaan dan terhutang budi kerana menyelamatkan anaknya, robert quok datang sendiri untuk mengucapkan terima kasihnya yang tak terhingga.

lebih daripada itu, sebagai tanda penghargaannya, orang paling kaya di malaysia itu menawarkan aku bekerja dengannya, dengan jawatan besar. kami sekeluarga juga ditawarkan sebuah rumah banglo dan akan diberikan sebuah kereta mewah. aku diminta memilih lokasi rumah banglo itu mengikut kemahuan. segala perbelanjaan persekolahan anak-anak aku akan ditanggung oleh yayasan robert quok.

aku tersenyum lebar. tersengih bangga. sambil menggenggam erat salaman robert quok yg minta diri untuk pulang. kemudian dia melambai-lambaikan tangan dari helikopter yang berangkat pergi. kami sekeluarga melambai kembali kepadanya. jiran-jiran pun melambai. kanak-kanak di luar pun melambai....hinggalah helikopter itu sayup terbang hingga hilang dari pandangan.

tiba-tiba.....







"ABANG...BANG... BANGUN!"  "......ABANG LAMBAI SAPA NI....?"


tamat adanya....sekian




- lembu korban, korban lembu... -

Nov 8, 2011

 dah lama tak ambik gambar dpd kamera henset. sbb entah apahal ada problem. dekat sebulan dah, dari sehari ke sehari nak repair tak pergi kedai gak. entah apa yg digodek oleh si erol yg main games, tiba-tiba kamera pulih semula tak payah repair. jadi, gambar2 lembu korban inilah yg jadi sasaran...
 nak korbankan lembu bukan mudah. kena ada pakar jugak, yg tahu teknik menumbangkan lembu. yg baju hijau ni abang nazam. dialah pakarnya. kita orang tolong tarik tali dan pegang lembu bila dah tumbang. dan kemudian tolong melapah.
 korban lembu adalah tradisi sebelah wifey. hampir setiap hari raya qurban kita orang buat. spt tahun sebelumnya aku ada satu share. selalunya 2 ekor je, tapi tahun ni paling banyak, 4 ekor. jenuh jugak nak melapahnya...
 aksi menumbangkan lembu [gambar diambil dpd jarak jauh utk hindari adegan ganas 18SG]...he he.., walhal yg tukang ambik gambar cuma join bila lembu dah tumbang & kena ikat...
seperti biasa, kaum hawa dan kanak-kanak jadi penonton & tukang sorak...

- hari raya aidiladha

Nov 6, 2011

tahun ni beraya rumah mentua. lagipun ada share lembu korban kat sana.
lagipun kat rumah kak lang takde orang, cuma ada icam & faris, diorang beraya rumah usu. sbb kak lang,
kak teh & anjang pergi menunaikan haji. ya, 3 beradik perempuan sekali tahun ni...

- misteri mimpi robert quok. . . 2 -

Nov 4, 2011

sambungan . . .

lagipun kalau aku berhenti dan menolongnya, macam mana dengan kerja. tentu lewat nak ke pejabat.
apa alasan nak bagi pada boss? tolong pontianak yang tak sempat balik sebab hari dah siang?
atau mendedahkan rahsia padanya bahawa aku sebenarnya ialah  superhero yang selamatkan orang dalam kesusahan...

ketukan pada cermin tingkap makin kuat. "tolong...help me please..." kata si amoi minta simpati. merayu, minta belas.
kalau orang lain, aku tak tahulah. hati siapa pun serabut. perasaan siapa pun terganggu kalau menghadapi situasi cemas begini. aku diamuk resah. kaget. panik...
perlu buat keputusan segera. apa aku nak buat ni?

"masuk cepat...."! tanpa sedar, antara keluar atau tidak perkataan itu dari mulutku.
segera dia buka pintu. masuk di sebelahku.
sebaik duduk, dia mula menangis. bukan menangis lagi. dah tahap macam meraung dah...

aku terus memecut. tanpa sepatah kata pun. nak ku pujuk, dia bukan anak kecik.
yang aku bimbangkan apa yang menanti di depan. manalah tahu, telahan aku benar-benar terjadi.
membawa orang tak dikenali. entahkan mangsa, entahkan pemangsa.
tapi...aku dah buat keputusan, jadi aku perlu ikut naluri bertindak. aku takda perancangan. nak ke mana ku bawa anak gadis ini?

satu saja dalam fikiranku. memecut selaju yang boleh. menuju ke balai polis berdekatan. ya, itu saja pilihan yang aku ada.
terlintas jugak pada fikiran aku, ketika aku memecut kereta itu, kalaulah aku ditahan polis. dengan seorang gadis di sebelah yang macam nak histeria, tentu aku pula yang disyaki nanti. jadi suspek pula aku ni.

serentak itu juga sambil memegang stereng kereta bagai hero dalam filem aksi, sempat juga aku baca ayat lazim yg aku ingat. juga tak putus doa, agar dijauhi halangan sebelum samapi ke balai. kadangkala niat yg baik menolong orang pun mungkin disalahtafsirkan.

entah berapa laju kereta ku pecut. mujur juga, pagi-pagi buta begini, tak banyak kenderaan di jalan. jarak tempat aku berhenti menolong gadis itu dengan balai, kira-kira 5km. tapi aku rasa macam 500km. masa pemanduan dalam 5 minit, tapi aku rasa bagai 5 jam nak sampai. inilah rasanya jarak paling jauh atau paling lama dalam sejarah hidup aku sejak dapat lesen....meter laju di depan, langsung aku tak hirau. kalau begini pemandu F1 pun aku boleh kalahkan!

suara tangisan amoi tu makin perlahan dan sayup. lagu syahdu daripada radio pun langsung aku tak layan. tumpuan aku pada jalan raya. pada pemanduan. selekoh. dan papan tanda berapa jauh lagi balai polis.

iklan ...

- prof. awang sarian gerenti marah. . . -

Nov 3, 2011

- misteri mimpi robert quok. . . 1 -

pagi itu sebagai mana hari-hari biasa rutinku. keluar awal ke pejabat. sebaik usai solat subuh dah bersiap memulakan perjalanan ke tempat kerja. menyusuri jalan pintas untuk telus ke lebuh raya. jalan ini biasanya sunyi di pagi yg dingin begini. kalau ada pun satu dua kenderaan saja membelah kesunyian. sama juga seperti pagi itu.

dengan mata yg sedikit luyuh kerana tidur sedikit lewat malam tadi dan mendengarkan celoteh dj dan alunan lagu yg sedikit membuai perasaan. memandu perlahan membelah kegelapan dan dingin pagi. sedikit berhati-hati kerana jalan agak basah lantaran hujan hampir sepanjang malam tadi.

tiba-tiba aku tersentak. bila  muncul dari arah seberang jalan satu kelibat manusia cuba menahan keretaku. sambil melambai-lambai kedua-dua belah tangan seolah-olah mahu saja melemparkan dirinya ke depan kereta yg ku pandu. sedikit panik, aku membunyikan hon. dia terus menuju ke arahku. aku bertindak segera dengan menekan brek, sehabisnya.

mujur aku tidak melanggarnya. dalam samar suluhan cahaya kereta dan lampu jalan, aku nampak wajahnya. seorang perempuan. dengan rambut kusut masai. wajah penuh cemas. pakaian sedikit serabai. kalau ikutkan cerita-cerita seram, mungkin dia adalah jelmaan sang pontianak yg bertukar manusia menjelang subuh hari. mungkin tak sempat balik ke persembunyiannya sebelum detik terbitnya fajar....fuhh aku mula mengarang cerita! ataupun pengaruh cerita hantu filem melayu...

atau peminta simpati yg sengaja dihantar oleh sekumpulan perompak atau geng samseng pada zaman moden ini. mungkin bila aku berhentikan kereta, untuk memberi bantuan. akan muncul dari celah-celah semak tepi jalan, rakan-rakan subahatnya. yg akan menahan, merompak, melarikan kereta aku atau mencederakan aku, lebih teruk lagi...mungkin cuba membunuh aku...! ahhh takut dan gementar datang sekali gus.

anganan dan imbasan aku disentap lagi. perempuan itu kini berdiri betul-betul di sisi cermin kereta. mengetuk-ngetuk cermin suruh aku bukakannya. terdengar jerit suara cemasnya "tolong ! tolong ! buak pintu...". aku tergamam. dia bukanlah hantu. wajahnya cemas. oleh sebab terlalu dekat aku yakin dia seorang perempuan bangsa cina. ya, seorang amoi....

mungkin dia dalam kesusahan. minta simpati dan pertolongan. mungkin dia sedng dikejar penjenayah atau penculik. atau mungkin dia sesat jalan atau mungkin dia terlibat dengan kemalangan. atau mungkin dia bergaduh dengan teman lelakinya. atau mangsa rogol yg terlepas lari. ada pelbagai kemungkinan....

aku harus bertindak cepat.
tapi apa yg harus aku buat?
abaikan dia dan pecut kereta tinggalkannya?
bukakan pintu dan suruh dia naik?
tapi aku tak kenal dia, mungkin dia cuma berpura-pura atau berlakon?
bagaimana kalau, dia memang benar-benar ialah manusia jelmaan hantu?
atau di depan sana ada kawan-kawan subahatnya sudah sedia menunggu?

bersambung......

- bukan lupa cuma tak ingat... -

Nov 2, 2011

pernah tak kita 'mengunci' rumah sebelum keluar makan angin atau jalan-jlan cari makan hujung minggu. tapi bila balik pada sebelah malamnya rupa-rupanya anak kunci masih terlekat pada pintu. ya, kita sebenarnya tidaklah mengunci rumah.

pernah juga kita kunci kereta. dan letakkan di parkir kompleks beli belah. selepas hampir seharian shopping dan kembali semula ke parkir. baru kita sedar yg cermin pintu kereta tidak dinaikkan. mungkin ketika mengambil tiket parking semasa masuk tadi, kita terlupa untuk menaikkan cermin semula. memang kereta dah dikunci, tapi dengan tingkapnya terbuka...!

ataupun kita kunci jam atau alarm untuk bangun pagi, ke tempat kerja. tetapi terlupa untuk mengubah status p.m (petang) kepada a.m (pagi). sudahnya alarm tak berbunyi. dan kita terlewat bangun dan lambat ke pejabat.

itu belum kes masak gulai untuk hidangan makan malam. tapi terlupa ianya masih atas dapur dan terlupa menutup api dapur gas  kerana leka menonton drama soffiya...he he

atau kes lain seumpamanya seperti pakai seluar tak tarik zip. pc di ofis tak tutup waktu kita balik kerja sehinggalah kita datang keesokan harinya. atau lupa nak offkan air cond, besoknya datang kerja dah rasa macam kat antartika punya sejuk dan berkabus...

sebenarnya, apa yg aku tulis dalam entri ni daripada pengalaman sendiri...ha ha

- 1.11.11 -

Nov 1, 2011

untuk catatan masa akan datang bahawa aku pernah ada blog pada tarikh ini...hu hu

- kito sepoghot [kita seperut]

tahniah jang. jadi juagho taun ni....kito sepoghot maksudnya
kita bersaudara atau asal-usul yg sama