- misteri mimpi robert quok. . . 2 -

Nov 4, 2011

sambungan . . .

lagipun kalau aku berhenti dan menolongnya, macam mana dengan kerja. tentu lewat nak ke pejabat.
apa alasan nak bagi pada boss? tolong pontianak yang tak sempat balik sebab hari dah siang?
atau mendedahkan rahsia padanya bahawa aku sebenarnya ialah  superhero yang selamatkan orang dalam kesusahan...

ketukan pada cermin tingkap makin kuat. "tolong...help me please..." kata si amoi minta simpati. merayu, minta belas.
kalau orang lain, aku tak tahulah. hati siapa pun serabut. perasaan siapa pun terganggu kalau menghadapi situasi cemas begini. aku diamuk resah. kaget. panik...
perlu buat keputusan segera. apa aku nak buat ni?

"masuk cepat...."! tanpa sedar, antara keluar atau tidak perkataan itu dari mulutku.
segera dia buka pintu. masuk di sebelahku.
sebaik duduk, dia mula menangis. bukan menangis lagi. dah tahap macam meraung dah...

aku terus memecut. tanpa sepatah kata pun. nak ku pujuk, dia bukan anak kecik.
yang aku bimbangkan apa yang menanti di depan. manalah tahu, telahan aku benar-benar terjadi.
membawa orang tak dikenali. entahkan mangsa, entahkan pemangsa.
tapi...aku dah buat keputusan, jadi aku perlu ikut naluri bertindak. aku takda perancangan. nak ke mana ku bawa anak gadis ini?

satu saja dalam fikiranku. memecut selaju yang boleh. menuju ke balai polis berdekatan. ya, itu saja pilihan yang aku ada.
terlintas jugak pada fikiran aku, ketika aku memecut kereta itu, kalaulah aku ditahan polis. dengan seorang gadis di sebelah yang macam nak histeria, tentu aku pula yang disyaki nanti. jadi suspek pula aku ni.

serentak itu juga sambil memegang stereng kereta bagai hero dalam filem aksi, sempat juga aku baca ayat lazim yg aku ingat. juga tak putus doa, agar dijauhi halangan sebelum samapi ke balai. kadangkala niat yg baik menolong orang pun mungkin disalahtafsirkan.

entah berapa laju kereta ku pecut. mujur juga, pagi-pagi buta begini, tak banyak kenderaan di jalan. jarak tempat aku berhenti menolong gadis itu dengan balai, kira-kira 5km. tapi aku rasa macam 500km. masa pemanduan dalam 5 minit, tapi aku rasa bagai 5 jam nak sampai. inilah rasanya jarak paling jauh atau paling lama dalam sejarah hidup aku sejak dapat lesen....meter laju di depan, langsung aku tak hirau. kalau begini pemandu F1 pun aku boleh kalahkan!

suara tangisan amoi tu makin perlahan dan sayup. lagu syahdu daripada radio pun langsung aku tak layan. tumpuan aku pada jalan raya. pada pemanduan. selekoh. dan papan tanda berapa jauh lagi balai polis.

iklan ...

3 refleksi: