datuk hassan yg ku kenal

Mar 10, 2009

"saya bukan monyet..." begitula tutur datuk dr hassan ahmad dlm satu sidang media. bekas ketua pengarah dbp & sekrg pengerusi GMP. mempertahankan bhw mrk takda kena mengena dgn demo yg dianjur sabtu lalu. hairan jugak dpd 30 org yg menunjuk perasaan aman di sogo (kira2 sebulan lalu) boleh jadi 10,000 org di masjid negara.

ramai yg kenal datuk hassan pasti tahu, beliau bukanlah tokoh radikal walaupun dlm banyak ceramahnya bersikap kritikal terutama dlm memperjuang bahasa. TS mengenalinya secara peribadi beberapa thn lepas krn terlibat dgn usahasama menerbitkan siri karya agung. ketika itu, beliau ialah pengerusi Yayasan Karyawan. dr mula projek dirancang hinggalah terbit & dilancarkan. tiada masalah bekerja dgnnya. sikapnya profesional.

2 tahun lps, TS menjemputnya sbg salah seorg penceramah dlm seminar yg dianjur olh majikan TS. setelah bincang tajuk & tema kertas kerjanya. beliau setuju. tak banyak songeh. nama besarnya sj sudah cukup sbg daya penarik penyertaan utk sebarang seminar yg dianjurkan. cuma masalah yg sering memeningkan kepala penganjur utk mengehadkan tempoh masa ceramahnya. semua org tahu, kalau datuk hassan dah mula berckp, susah nak berhenti. pengalaman TS sendiri sbg pengerusi sesi terpaksa menghulur 2-3 kali 'nota amaran' utk bagitau masa dah tamat. beliau cuma senyum sj & dgn selamba mintak tambah 2-3 minit lagi. selain itu TS jugak ditugaskan sbg pengiring dr mula tiba, ceramah, jamuan hinggalah beliau balik. tak sukar utk 'mengiringnya'. beliau seorg yg tak banyak kerenah, tk bnyk protokol, mudah mesra. kita boleh berbual apa sj topik dgnnya dr soal bahasa, buku, ekonomi, politik, isu semasa, sukan hinggalah kpd isu mat rempit. datuk hassan jugak kuat merokok/hisap paip (tk tahulah TS kalau dh berhenti sekrg ni). jadik mesti cari sudut yg boleh merokok utknya. bila dah berbual dgnnya, maka susahla nak berhenti. hinggakan TS terlps satu sesi yg sepatutnya TS pengerusikan. boss TS masa tu, hangin sbb terpaksa pulak gantikan (sudah terbalik kot da...). TS cuma jwb "habis, takkanla saya nak halau datuk tu balik pulak". bukanke kita perlu hormati tetamu...

TS percaya tokoh spt datuk hassan, tak mudah dipengaruh sesiapa. beliau seorg yg berilmu & penuh pertimbangan. ttp secara sedar atau tidak. memang ada kumpulan lain yg cuba 'tumpang semangkuk'. 10,000 yg berarak...dr mana dtgnya? adakah ahli GMP seramai itu?

1 refleksi:

editor kampung said...

memang ramai yg nak tumpang semangkuk. masing2 ada agenda. tak semuanya ikhlas. adakah jaminan kalau guna BM anak2 sekolah lebih pintar dlm math & sains? kenapa sekarang? kenapa tidak dulu?