- antara coklat arab dengan cupcake cikgu -

Nov 16, 2011

coklat arab

kalau ada sedara mara yg baru balik menunaikan haji dari mekah, biasanya akan bawak balik buah tangan. biasanya air zam-zam, tasbih, kopiah, telekung, sejadah, minyak wangi [atar]. kalau nasib baik dapatlah jubah yg setengahnya agak mahal.

selain tu diorang bawak balik jugak kacang-kacangan, kurma, kismis, buah zaiton. yg biasanya tak dapat kat tempat kita. sekarang ni ada juga yg dah siap beli 'pakej' satu set, kopiah, tasbih dan minyak wangi untuk lelaki siap bungkus dalam plastik. tetapi kengkadang bukan diperbuat dari sana, ada jugak yg tertulis 'made in china'.

sejak kebelakangan ada jugak 'cenderahati' lain yg dibawak balik, iaitu coklat. walaupun negara arab bukanlah terkenal sebagai pengeluar coklat. sekarang ni tidak lagi. ada pengeluar coklat di madinah dan mekah [ pic di bawah ini bukan sekadar hiasan tapi memang real dari mekah/madinah]. kalau dulu orang pergi langkawi, bawak balik coklat untuk kawan ofis - sebab lebih murah, maklumlah duti free - sekarang orang pergi haji pun bawak balik coklat. kualiti dan kesedapannya pun setanding dengan coklat import negara orang putih.

jamuan sekolah

aku tak faham, kengkadang ada mak bapak yg mengada-ngada nak buat jugak birthday party anak mereka kat sekolah. mungkin niatnya baik tapi caranya tak berapa sesuai. mungkin disalahertikan sebagai nak menunjuk-nunjuk pulak.

dalam pada itu, siap bagi bungkusan jajan - yg kengkadang agak 'murahan' - spt gula-gula, coklat dan kerepek. ini sebenarnya mempengaruhi anak orang lain jugak. sebab anak-anak aku pernah tanya "kenapa papa tak buat birthday party kat sekolah". maknanya dia rasa rendah diri sebab kawan yg lain buat.

kadang-kadang cikgu pun ada jugak buat jamuan. maksud aku bukan anjuran sekolah, tetapi dibuat sendiri mengikut kelas masing-masing  spt hari guru, jamuan raya,  hari kanak-kanak kat kelas. dan mintak anak muridnya bawak makanan dari rumah. mungkin sebagai tambahan lah. nak tak nak bawak jugalah 'belen-belen' kuih raya, air oren botol, coklat, kacang atau jajan yg lain.

tapi ada cikgu kelas yg 'kaya' siap belanja anak muridnya pizza, kentaki, mekdi,  atau sate. jadi murid kelas lain yg setakat makan mi goreng atau cupcake yg cikgu buat sendiri mesti rasa tak berapa seronok!

ini bukan cerita rekaan. semalam erol & erin yg cerita pasal jamuan perpisahan kelas diorang. kelas sebelah makan sate & pizza, sedangkan kelas mereka sekadar makan bihun goreng dan air sirap....

3 refleksi:

rahimin said...

kesian erin dgn erol yek...dpt bau je! ha ha

editor kampung said...

aku pernah dpt sejadah made in bangladesh.
pasal jamuan tu, tak boleh kata apa-apalah. ikut kemampuan cikgu la, yg kesianny budak-budak. kengkawan dpt makan best tapi diorang....?

Irfa said...

kesian jugak tapi nak buat macam mana kan..takkan nak surat bantahan kot.hari ni ambik repot kad anak kat tadika ada makan2..
tak sempat nak masak apa2 beli je karipap..igt nak goreng bihun tp sib baik aku tak goreng..ramai yg bawak bihun,membazir je..budak tak makan pun..

coklat arab lagi sedap..yg penting terjamin HALAL ..ye ker?