- lagu "oh bangau..." pun ada maksud tersirat -

Nov 24, 2011

lewat petang semalam semasa aku nak adjust kereta wifey yg diparkir agak senget depan rumah. kebetulan jiran aku ada di luar sedang melayan anak kecilnya main basikal. kami jarang berborak. walaupun sentiasa bertegur sapa setiap kali bertembung. mula-mula dia bertanya pasal progres rumah aku yg sedang dalam renovasi. kemudian perbualan kami melarat kepada perkara lain, termasuklah soal pelajaran anak.

isteri jiranku itu seorang guru. katanya nasib baik cikgu tak jadi kerja 9 jam. aku pulak kata, dah jadi macam kerja ikut waktu pejabat lah kalau begitu, takde yg peliknya. di luar negara pun dah banyak buat cara begitu, takde masalah besar pun. cuma kita ni dah terbiasa cikgu kerja separuh hari. malah rumah pengasuh pun lebih suka ambik anak-anak cikgu. cuma soal, budak-budak nak makan tengah hari susah sikitlah. nak harapkan kantin sekolah, apa sangatlah pilihan yg ada.

nak kata penat, memanglah budak-budak sekolah tu penat bersekolah sepanjang hari. tapi sekarang ni pun, diorang sekolah pagi, dan petangnya ke sekolah agama. kadang-kadang malam pergi kelas tuisyen. lagi penat daripada cikgu.

berbalik soal pelajaran dan persekolahan, antara yg dibangkitkan oleh jiranku itu ialah aduan daripada ibu bapa yg pelajaran anak mereka tak menunjukkan kemajuan. kenapa anak mereka tak pandai sedangkan anak orang lain lebih pandai, belajar di sekolah yg sama, di kelas yg sama dan diajar oleh guru yg sama. mereka kerap menyalahkan sekolah atau cikgu. cikgu pulak kata ibu bapa harus bertanggungjawab juga. kemampuan cikgu hanya di sekolah, selebih daripada itu ibu bapa kena pastikan anak mereka mengulang kaji, buat latihan dan membaca buku rujukan.

ramai jugak yg menyalahkan sistem pendidikan yg kononnya terlalu exam oriented, berteraskan peperiksaan semata-mata. malah ada juga cikgu sendiri yg menyalahkan sistem, kerana mereka hanya mengikut arahan dan sistem yg ada.

lalu aku katakan pada jiranku itu. itu semua dah jadi macam lagu "Bangau oh Bangau...!". jiran aku agak keliru kenapa pulak aku situasi salah-menyalahkan itu disamakan dengan ibarat lagu itu. iyalah, masing-masing salah menyalahkan, menuding jari, mencari kesalahan orang lain atau alasan semata-mata. sedangkan semuanya sebenarnya saling berkait. kalau semua memberi alasan tanpa memperbetulkannya atau mencari punca silapnya. selagi itulah, tiada yang menang atau mendapat kebajikan daripadanya. ianya berputar seperti satu kitaran.

pandai sungguh, orang tua-tua dahulu mencipta lagu dan lirik lagu "bangau oh bangau". cuba ingat balik apa dalam lirik lagu itu.

"oh bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
 macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul...
oh ikan oh ikan kenapa kau tak mahau timbul?......"

hinggalah ke akhir lagu liriknya berbunyi "oh ular oh ular kenapa kau nak makan katak?
 macam mana aku tak makan memang makanan aku..."

dan kesudahannya, ular jugak yang jadi punca masalahnya. kesian sang ular...!

4 refleksi:

rahimin said...

salah menyalah mmg xde guna, xde apa yg dpt diselesaikan

editor kampung said...

org tua-tua dulu mmg bijak pandai...

Irfa said...

sekolah sama..
kelas sama..
cikgu sama.
tapi pencapaian tak sama.
mak bapak juga memainkan peranan

bangsawan nilai said...

semua main peranan bukan salah menyalah atau bagi alasan. mcm lagu oh bangau tu...