Kebetulan atau disengajakan?

Feb 21, 2010

beberapa bulan dulu aku beli dvd koleksi video lagu michael jackson. aku bukanlah peminat tegar MJ. tapi aku membesar dengan lagu-lagu hitnya. lagipun sengaja simpan untuk mengenang king of pop tu yg baru saja meninggal dunia. dvd tu bukanlah aku beli di gerai kaki lima, cetak rompak atau pasar malam. aku beli di kedai menjual yang sah malah juga merupakan antara rangkaian kedai yg terbesar & terkenal di negara ini. dvd original yg masih berbalut kemas. cuma silapnya, aku tidak mencubanyanya di kedai itu terlebih dulu. fikirku kedai yg prominen seperti itu, tentu barangannya terjamin baik kualitinya. malangnya bila dibuka pembalut & kotak dvd itu sepulangnya di rumah, didapati kosong. takkanlah takde pengawalan kualiti. atau sengaja bersikap tidak bertanggungjawab & mengambil kesempatan ke atas pengguna. kalau pembalut & kotak sudah dibuka, bagaimana kita nak menuntutnya semula? tentu saja akan timbul kecurigaan kepada sesiapa saja. dan pastinya tiada bukti bahawa dvd itu benar-benar kosong. makanya rugilah rm39.90 yg aku keluarkan untuk membelinya. fikirku mungkin aku tidak bernasib baik, kesilapan mesin atau manusia, yg tercicir 1 kotak dvd utk dimasukkan ke tempat sepetutnya.

kejadian yg sama rupa-rupanya berulang lagi. tengah hari tadi aku ke pasar raya untuk beli barang keperluan harian. antara yg dibeli ialah ubat nyamuk yg diperbuat daripada gel yg dipanaskan menggunakan kuasa elektrik atau ringkasnya ubat nyamuk elektrik. oleh sebab berpuas hati dengan keberkesanannya sebelum ini, aku pun belikan ganti yg aku gunakan sebelum ini sudah habis digunakan. ubat nyamuk ini daripada jenama yg terkenal. ia dipakej dengan kemas. sebelah malamnya aku buka kotaknya untuk menggantikan yg lama. sebaik kotak dibuka, didapati kosong. harganya tidaklah mahal cuma rm4.90 saja. tetapi tentunya sebagai pengguna kita rasa tertipu. membeli barangan yg tidak wujud. sekali lagi siapakah yg akan percaya jika kita mengadu mengatakan gel ubat nyamuk itu tidak ada dalam kotak yang baru dibuka?
sama ada kebetulan, nasib kurang baik atau penipuan yang disengajakan?

3 refleksi:

Anonymous said...

terbeli brg dah pecah adalah, yg kotak kosong blm lg...

rahimin said...

kebetulan, nasib kurang baik atau disengajakan....segalanya mungkin

suriahoney said...

hard luck!