~ laporan trafik, biarlah betul... ~

Nov 26, 2010

petang semalam hujan lebat. jalan sesak pada waktu puncak, menjadi semakin sesak.
dalam kesesakan, kita cuba hiburkan hati, walaupun berhati suram.
fungsi radio atau pemain audio di kereta ialah untuk mendengar muzik, dengar lagu.
kalau tak sedap satu channel, tukar channel lain.
bukannya nak dengar sangat celoteh dj yg lebih sudu daripada kuah.
lebih penting lagi, bukan nak dengar iklan bersambung-sambung, yg menyakitkan hati.
tapi kalau ada info berita atau laporan trafik yg diselitkan, nak dengar jugak.
dalam kesesakan semalam, aku dengar laporan trafik dari sebuah stesen radio.
disenaraikan jalan-jalan yg sesak. walaupun tak banyak membantu dalam keadaan begini, tetapi kita dapat jangka apa yg akan dihadapi di laluan depan kita. melibatkan laluan yg kita pilih.

semasa memandu sepanjang jln pantai baru untuk menuju ke NPE yg sesak, ditambah pula dengan lampu isyarat yg tiba-tiba menjadi 'bangang', sekejap sangat lampu hijaunya, menyumbang lagi kepada kesesakan teruk yg memang dah teruk.laporan trafik mengatakan lebuh raya PLUS sesak teruk berhampiran susur masuk Nilai, ke arah selatan.

ya, laluan menuju ke destinasi aku. ada kemalangan katanya. cuaca pulak hujan.serentak itu aku, perhatikan meter minyak kereta. masih ada 3 bar. tapi dalam keadaan hujan & sesak begini, sukar dijangka. ada baiknya aku singgah di mana-mana stesen minyak. pilihan aku, stesen minyak di sg besi nanti...

dalam berinsut-insut, melepasi jln pantai baru menyusuri NPE, laporan terkini trafik daripada saluran radio yg sama mengatakan lebuh raya PLUS dekat Nilai semakin sesak teruk. dinasihatkan pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif seperti menggunakan lebuh raya LEKAS atau masuk ke bangi atau laluan lain. supaya tak tersekat dalam kesesakan.

sebaik berhenti di stesen minyak berhampiran tol plaza sg besi, laporan trafik daripada stesen radio melaporkan bahawa, jalan yg sesak berhampiran Nilai semakin teruk. malah kesesakan kenderaan sepanjang 10 km sehingga ke persimpangan bandar bukit mahkota.

huh, teruk betul tu...!

sebaik mengisi minyak, aku pun menyambung perjalanan. tidak ada pilihan lain. di depan aku, sudah dijangkakan akan berlaku kesesakan teruk. aku bersedia, dari segi mental dan fizikal!. minyak pun sudah ditambah untuk sebarang kemungkinan. aku memandu berhati-hati pada kelajuan sederhana. cuaca masih hujan. aku pasang lampu, pasang wiper...

bila menghampiri, susur masuk bukit mahkota, aku memperlahankan sedikit kereta. menjangkakan kesesakan di depan. aku memandang jauh ke depan dalam kesamaran akibat hujan...

tak nampak pun kesesakan. mungkin, di depan lagi...aku masih dengan kelajuan yg sesuai, untuk memudahkan berhenti jika ada kenderaan berhenti di depan. masih takda kesesakan...dalam masa sama, tiada pula laporan trafik seperti sebelumnya....

sampai di R&R Nilai pun, masih tiada kesesakan...di depan sedikit, persimpangan susur masuk ke KLIA/Shah Alam...pun tiada kesesakan. hinggalah aku sampai ke simpang susur masuk Nilai...tiada sebarang kesesakan! lancar sahaja perjalanan....!

apa ni! siapa yg bagi laporan. laporan terkini, semasa atau laporan yg dirakam! menyirap darah aku...!

itu pendengar seperti aku. bagi pendengar lain, yg melalui laluan yg sama. yg 'terpengaruh' macam aku bila dengar laporan trafik tu macam mana? atau mereka yg menggunakan laluan alternatif yg dicadangkan, tentunya tak tahu sebenarnya kesesakan yg dilaporkan sebenarnya 'tidak berlaku'.

hawau betul!

1 refleksi:

rahimin said...

aku pun pernha terkena...

ye ye je pusing jln jauh, nk elak jammed, tp kwn aku ckp, mana ade jammed.
diorg ni hrp info dr pendengar, bkn buat sendiri pun...