sambungan entri "ke penang dlm masa setengah jam"
esoknya slps sarapan, dah terpaksa daftar keluar hotel. sbbnya meeting dijadual tamat hanya pd jam 1:00pm. mungkin berlanjutan. so, langkah yg paling selamat...daftar keluar. aku tanyakan staf kaunter, sama ada kenderaan dpd penganjur dh dtg, sbb aku sangkakan sedikit terlwt. kalau dh trlps, aku cadang nk naik teksi je. aku dibgtau, belum smpai. tk lama kemudian sebuah van sampai. aku jangka itu trip yg ke-2 ttp dibagitau olh drebar van, belum lg. semasa menunggu yg lelain turun, muncul K. 'aku belum minum, nko nk ikut tk pekena roti canai...', pelawanya "boleh gak" jwbku. tk lama lps tu dtg sebuah kereta menjemput kami. rakan dr penganjur, R. kami dibawa ikut short cut ke sebuah restoran yg menurutnya 'the best roti canai in town'. ya, aku akui memang sedap lebih2 lg kari ikannya. R sdr tk tau apa jenis ikan tu bila ditanya. habis mkn dia hantar kami ke tmpt meeting.
spt aku jangka, meeting hanya tamat sekitar jam 1:45 ptg. kami dijamu nasik kandar utk mkn tengah hari. olh sbb ramai ahli yg perlu berkejar ke airport menaiki flight 3:30pm ke KL, maka penganjur menawarkn khidmat utk menghantar kami. kalau nk 'melencong' tmpt lain pun masa dh suntuk sgt. 2 jam bukan boleh wat apa. wp flight aku dijadual pd 5:00pm bersama 2 yg lain, ttp kami terpaksala ikut sama. tkkan nak menyusahkan org plk berulang alik.
sampai di airport dlm 2:30pm. mana nk lepak ni awal lg. pergi solat di surau kjp. lepas tu lepak di bangku bersama beratus yg lain. sambil baca paper, dengar muzik dpd hp, tengok gelagat org lalu lalang, perhati gelagat pekerja - menghabiskan masa menunggu. mungkin sbb tkda pilihan & tmpt duduk penuh, seorg gadis manis duduk di sebelahku. kami berbual ringkas. dia nk ke KL. naik flight yg sama. ada urusan kerja katanya. dpd beg & penampilannya aku dpt agak, dia seorg peguam ataupun setidk2nya bekerja dgn sykt guaman. tk plk aku bertanya namanya. lepas tu kami buat hal masing2. tk lama kemudian dtg seorg lalaki yg bwk beg yg hampir sama dgn gadis di sebelahku muncul, lalu mrk berdua beredar dr situ. aku tak tau & tk mau ambik tau sama ada lelaki tu boyfriendnya atau rakan sekerja.
jam 4:00 daftar masuk sudah dipanggil. sedar yg aku tk bwk apa2 ole-ole dr penang terutama utk anak2ku, lalu aku singgah di kedai free duty. nk beli kemeja-t, tkda yg berkenan. lalu aku belikan mrk coklat jenama luar negara. kurang2nya tkdalah tgn kosong, bila mrk menyongsong aku sampai di rumah nanti. kemudain daftar masuk di kaunter. rupa2nya aku dh daftar masuk smlm semasa buat self check in di mesin kiosk di klia. dipendekkan cerita, flight kali ini tepat mengikut jadual. jam 5:00 pm. sekali lg gambaran yg sama berulang. ramai penumpang yg terhegeh2 mengangkut bagasi yg besar & berat utk dimuatkan di ruang beg yg terhad. menyusahkan diri & org lain. aku tak faham.
kali ini aku duduk di tepi tingkap. di sebelahku amoi yg pakai baju pink dgn skirt singkat. asyik membaca novel yg aku tk tau tajuknya. di sebelahnya pula seorg lelaki berpakaian kemas yg bwk 2 beg besar, mukanya mcm org korea/jepun. sepanjang penerbangan, dia asyik menjengok ke tingkap. seronok gak duduk tepi tingkap ni. kalau cuaca baik blh liaht pemandangan. sayup je di bwh sana bangunan, jalan raya sungai dll. tp dlm 10 minit kemudian cuaca bertukar hujan. di luar tk nampak apa2 cuma gelap & berkabus. pesawat sedikit bergoyang2. tp tak lama dlm 5 minit sj.
k. terbang mendarat kira2 5:50 pm. 24 jam yg lalu aku mendarat di penang dlm waktu yg hampir sama. tk bnyk perkara yg aku buat dlm tempoh 24 jam kecuali mesyuarat.
0 refleksi:
Post a Comment