bukit ibam, sebuah kwsn agak terpencil. letaknya 12km dr bandar muadzam shah, phg. dulunya dikenali sbg kwsn perlombongan bijih besi. kesan peninggalan tapak lombong masih boleh dilihat ke hari ini. juga landasan kereta api yg diguna utk mengangkut bijih. rumah2 lama pemilik & pekerja lombong - org putih - kini didiami penduduk tempatan.
aku & famili ke sana menziarahi kak long, wifey. pg sabtu kami keluar dr rumah kira2 jam 10:00. singgah di sebuah kedai mkn di senwang utk sarapan. perjalanan ke bkt ibam mengambil masa 2jam stgh. sampai di sana kira2 12:30 tgh hari. terus sj slps mengangkat beg ke rumah, kami turun ke tanah. rumah kak long dikelilingi pokok2 buah2han terutama rambutan, manggis & langsat. rambutannya sj ada beberapa jenis, termasuk feberet aku rambutan gading. rambutan gading ialah rambutan yg masaknya berwarna kuning. anak2ku kata yg rambutan tsbt 'belum masak' sbb bukan berwarna merah spt jenis rambutan lain. pokoknya yg rendang membolehkn rambutan dicapai & diragut dgn tgn.
tengah hari tu kami dijamu dgn pelbagai masakan kg. spt ikan tenggiri masak pindang, sambal tempoyak dgn ulam petai, sambal ikan, pajeri terung dsb sampai penuh meja mkn. kami sekeluarga mkn dgn berselera sekali. slps kekenyangan aku turun berehat di buaian. melihat telatah anak2ku bermain riang, panjat pokok, main buaian kayu buatan sendiri. dlm pd itu kami mkn rmabutan, manggis & langsat sbg pencuci mulut. kemudian aku jgk mengambil giliran tidur dlm buaian anduh yg digantung di bwh pokok rambutan. wp cuaca agak panas ttp suhunya disejukkan dgn tiupan angin segar & menyamankan.
kemudian aku dikejutkn ketika hampir waktu asar. slps mandi & solat, cempedak goreng dgn air kopi dihidangkan. seronoknya mkn di pangkin bwh pokok. smbil berbual kisah2 lama tentang sejarah tmpt itu. hampir ke maghrib baru kami naik ke rumah.
mlmnya kami dihidang dgn masakan ayam kampung. manakala seorg lg abg ipar yg tinggal di muadzam shah dtg membwk durian. kami tidur dgn kekenyangan yg 'terlampau' mlm itu. cuaca sebelah mlm agak dingin. maklumla rumah ini terletak di kwsn pinggir hutan & di kaki bukit-bukau.
pg esoknya kami bangun & sarapan roti canai yg dibuat sdr oleh kak long. berkeping2 kami pulun. kemudian kami beramai2 mengait rambutan, manggis & langsat utk dibwk balik sbg bekalan. manakala abg long dgn kudrat tuanya begitu berani memanjat pokok rambutan tu. wp kami dh katakn pd kak long, kereta kami kecik & tkda ruang. ttp mereka tetap sumbatkan semua buah2an tu ke bonet kereta kami. sejumlah 3 beg plastik besar utk rambutan gading, 1 beg besar rambutan merah (kak long ada sebut jenis rambutan ni...tp aku tk ingat), 1 beg plastik manggis & 1 beg plastik langsat. sudahnya bonet kami hampir sj tk dpt ditutup. 2 beg pakaian terpaksa dipangku olh erol & eril. bukannya tamak, tp tak mahu tolak rezeki. sbghn rambutan akan diagih kpd kak lang, acik, jiran2 & rakan sepejbt.
sehingga ke saat2 akhir nk balik slps zohor hari ahad itu, anak2ku masih bergayut dibuaian. seakan tk mahu balik, lagaknya. kami memujuk dgn kata2 "lain kali kita dtg lagi..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
memang seronok. suasana kampung. tenang. nyaman. jauh dpd kesibukan. rehat bawah pokok. hilangkan stres.bestnya
yep...kalau hari2 camtu kan best!
Post a Comment