bila buat terlalu bnyk kerja dlm satu masa, kerja itu plak mendesak, kesilapan sukar dielak. wp dh cuba sedaya upaya agar setiap sesuatu itu dilaksana sebaik mungkin. esok aku akan terbang ke penang. bnyk yg perlu diatur. kena studi beberapa laporan spy mesyuarat besor tklah blur.
dlm masa sama sibuk pula menguruskn senarai undangn utk tetamu pd majlis yg danjurkan minggu depan. di samping tugas utama memastikan jemputan utama dpt hadir. kalau tk pincanglah majlis. aku cuba hubungi seorg dato' yg menjadi pendiskusi sjk semlm utk dptkan bio ringkasnya. tujuannya utk dimuatkan dlm buku cenderamata jemputan yg hadir. bukn tkda maklumat, cuma apa yg ada tu mungkin tdk 'memuaskan' hatinya. bgku lebih baik dia sdr yg sediakn & hntrkn sbb kalau ada yg silap pun bukan kita yg memandai2 tanpa persetujuannya. tk dpt hubunginya di pjbt. e-mel pun tk berbalas. telefon bimbit pun tk diangkat. jd jln akhir ialah hntr sms.n asibku baik sms ku berbalas. dia akan hantar melalui e-mel atau faks. jd aku berikan alamat e-mel & no. faks.
ptg td, dato' menelefonku. dgn nada yg agak tinggi, "awak bagi no faks salah...dr tadi saya cuba hantar!" aku pun sebut no faks ofisku. "yg awak bagi ni no. lain 795*****" nada suaranya semakin marah."eh itu no telefon bukan faks, maaf dato' silap saya". "mcm mana ni patutla dr td tk lepas2 faks ni. lain kali make sure betul!" " baik dato' , saya mintk maaf. bila terima faks nanti saya sahkan penerimaan..." jelasku cuba meredakn api kemarahannya.
perkara terlps pandang ni memang salah aku. dlm keadaan kalut & terdesak apa sj boleh berlaku. wp kita rasa dh buat semuanya dgn betul.
setiap kali ada anjuran, j/kuasa dibentuk. tp yg bekerja sebenrnya hanya 2-3 org. akhirnya semua kerja dikumpul & dilonggokkan atas kepala aku. mana ajk yg lain...lepas tgn.
tp aku sentiasa bersikp positif. manusia mana yg tk buat silap. lain kali aku kena pastikan setiap nombor yg diberi tepat, betul & disemak semula sebelum dihantar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment