sepanjang jalan kenangan...7

Jul 15, 2009

m aku kenali semasa di kampus. kami mengikuti course yg sama. orgnya kecil molek. manis. bersopan. sentiasa berbaju kurung ke kuliah atau tutorial. asalnya org kajang. pd thn satu & dua, kami tklah begitu rapat. lebih sbg rakan sekursus & sekuliah. kalau berbual pun biasanya dgn kumpulan rkn yg lain.
semasa di thn 3, hubungan aku dgnnya semakin rapat. beberapa kali aku meminjam utk menyalin nota kuliah dpdnya. sbb aku kerap miss kuliah pagi, dr. jamal. aku suka pinjam notanya sbb tulisannya cantik ,kemas, tersusun rapi.
semasa thn 3 jg kami dikehendaki menjalnkn field work & field trip . data yg dikumpul dr kerja lapangan perlu dianalisis di makmal. kelas makmal dikendalikan olh fasilitator pd sebelah mlm. krn waktu siang kami sibuk ke kuliah & field work. di situlah timbul kesukaran bg beberapa pelajar perempuan yg tinggal di luar kampus. menyewa rumah. kelas makmal biasanya habis jam 10:00 kadang kalau kerja tk siap hingga 11:30mlm. maknanya mrk yg tinggal di luar tkda transport nk balik. bas akhir utk keluar kampus sekitar jam 10:00 sj. bg pelajar lelaki kebanyakannya ada motor atau membonceng rkn yg ada motor. yg perempuan kebanyakannya tinggal di kolej. jadi yg bermasalah hanyalah 2 org iaitu m & k. k biasanya dijemput olh boyfriendnya dgn motor. jd tinggallah m. olh sbb simpati, aku, zul & joe 'menawarkn' diri utk menghantarnya bergilir2. kali pertama m memilih utk membonceng motorku sambil diiringi zul & joe. pd kali kedua sepatutnya giliran zul, tp m tetap nk naik motorku. sekali lg diiringi olh zul & joe. ttp pd kali berikutnya, hanya aku seorg aje yg hantar m manakala zul & joe bg mcm2 alasan. begitulah hari2 berikutnya. kdg2 aku rasa tk selesa, hantar anak dara org mlm2. sdgkn kami bukan pasangan pun. ironinya, m nampak tdk kekok malah kelihatan selesa. beberapa kali aku singgah di rumah sewanya, dihidangkn kopi, berbual2 skjp. itupun slps beberapa kali dipelawa. kdg2 kami singgah di gerai mkn. semester berlalu, hubungan kami makin rapat - tp lebih sbg kawan baik. sbb kami tk pernah meluahkan perasaan lebih dpd hubungan sbg kawan. aku senang berkwn dgnnya, ttp tdk ada perasaan lebih dpd itu.
semasa di tahun akhir, tk bnyk paper & kuliah krn tumpuan pd menyiapkn tesis. maknanya aku tk lg berpeluang naik motor berdua dgn m ataupun keluar dgnnya. sesekali adalah keluar mkn secara kumpulan dgn rakan sekuliah. keluar berdua...tk pernah. hinggalah sekembalinya dpd cuti pertengahan semester. slps habis satu kuliah, m menghampiriku sambil menghulur sekeping kertas kecil & berlalu. aku tergamam seketika. nota yg tertulis "jumpa di bilik peta, esok jam 9:00 pg". aku tersentak. fikiranku berserabut dgn pelbagai andaian.. mlm tu aku tk dpt lelapkan mata.
pg itu aku bertemu m. wajahnya suram. seakan-akan dibebani 1001 masalah. m meluahkan perasaannya. sebenarnya dia jatuh hati pdku sjk di thn 3 lg. sdg aku hanya menganggapnya sbg kwn. pd cuti semester tu, ada rombongan dtg meminangnya. dan diterima olh mak bapak m. krn yg dtg meminang tu adalah sedara mara mrk jg. m hanya rela dlm keterpaksaan. dia tdk pun mencintai lelaki tu, wp mengenalinya sbg saudara. tarikh nikahnya sudah ditetapkan sebaik shj m menamatkan pengajian. lebih membuatkn aku tersepit, bila m mendesak aku menyatakn komitmen menerimanya sbg kekasih. itu utk memblhknnya memutuskan pertunangan itu. lebih serius lg sebaik sj dia putuskn pertunangannya, m mahu aku hantar rombongan keluargaku utk masuk meminang pula. arh...aku lemas. aku ckp baik2 dgn m utk memikirkn & merungkai situasi yg tk pernah aku jangkakn ini. aku akui jatuh hati pdnya, ttp perasaan kasih sayang belum berputik. wp aku menyenangi sikapnya & selesa berkwn dgnnya. aku jgk tk mahu menetpkn komitmen secepat itu & dlm usia muda begitu. bgiku keutamaan adalah pd pengajianku & kemudian bekerja dulu sebelum memikirkan hal kahwin. aku jadi buntu. dlm dilema.
dlm pertemuan esoknya dgn m, itulah yg aku nyatakn pdnya. m jgk sepatutnya berterus terang dgn keluarganya. mintk tangguh dulu atau apa sj alasan yg munasabah. lgpun dia masih muda & masih belajar. walaupun itu mengecewakan m. ttp aku pasti dia sedar & faham. kalau tdk pun hari itu tp pd suatu hari di masa akan dtg. dia menangis, kecewa & terkilan. mungkin bukan jodoh kami. kalau m tdk terdesak dgn situasi itu, mungkin hubungan kami ada masa depan. kalau m meluahkan perasaannya lebih awal, mungkin hubungan ini boleh diteruskan lebih dpd sbg kwn. aku pohon maaf dpdnya, aku tk dpt berikan komitmen atau mengikut rancangannya itu.
sepanjang semester akhir, kami mula renggang. m sentiasa mengelak setiap kali bertembung di kuliah, library atau kafe. seminggu slps majlis konvo pd tahun itu, aku terima kad undangan majlis perkahwinan dr m. tiada jodoh antara kita, m.

0 refleksi: