aku ke penang mewakili boss utk satu mesyuarat.
tiba di klia dgn kereta yg dipandu olh acik sekitar 4:20 utk urusan daftar masuk. jadual berlps 5:00.aku hanya bwk beg sandang & dh pun buat online booking. waktu aku sdg berbaris di kaunter sorg gadis manis beuniform kebaya sykt penerbangan menegurku. katanya sbb aku tk bwk bagasi & dh buat daftar online lbh mudah guna kiosk/mesin self check-in. "saya tk tau guna la...". "tk mengapa saya akan bantu incik" balasnya. maka diajarnya aku satu persatu step. akhirnya aku selesai daftar masuk & dpt tiket siap cetak. slps aku ucapkan terima kasih, segera berjln ke gate yg tertulis pd tiket. sampai di sana dh ramai menunggu. wah...penuhla k. terbang nampaknya, bisik hatiku.
tk lama lps tu kami dipanggil masuk pesawat. wp khidmat bagasi disediakan, tp ramai yg bwk (mengheret) bersama mrk beg yg besar & berat ke dlm ruang pesawat. aku pun tk paham apa masalah mrk. lepas tu terhegeh2 mintk tolong pramugara/ri bantu angkat bag utk letak dlm ruang atas yg terhad tu.
pelepasan sdkt lewat. tk tau sbb apa. hampir 5:30 baru berlps. cuaca sepnjg penerbangan, baik. yg menariknya pd pesawat ni ada skrin yg tunjuk peta, laluan, data yg tunjuk kelajuan & ketinggian pesawat. duduk di barisku seorg yg asyik baca surat khabar & seor lagi lelaki yg berpakaian kemas asyik terliuk lentok tertidur sambil tgnnya memegang novel berjudul 'black monday'. slps diberi minuman & mknn ringan. pilot bgtau yg dh nk sampai dh. tk lama kemudian,bila aku jenguk ke bwh dh nampak laut & pulau. ingatkan, kereta/motor je boleh pecut, kapal terbang pun blh pecut jgk. bila aku tgk jam di tgn, kami di udara kira2 1/2 jam aje! sdgkan masa 'rasmi' yg tercatat ialah 50 minit. ttp pendaratannya sedikit 'kasar' krn aku terasa pilot membrek dgn 'bersungguh2'. mungkin jgk sbb landasan di sini agak pendek, sbb tu kena brek lebih, kataku menjwb pd diri sdr.
sampai di sana aku terus naik limo ke hotel penginapan.apa nk kisah, blh claim nanti. drebar limo ni cukup 'mesra pelanggan'. kami sempat berbual pasal urusan kerja, tentang cuaca, kesesakan lalu-lintas, tmpt mkn di penang, banjir kilat - katanya mlm smlm 3 pesawat kena patah balik ke klia sbb cuaca hujan ribut di penang. dia jgk sempat bercerita pasal kontoversi kg. buah pala & cerita hantu pocong yg tersiar di akhbar tabloid. malah dia menunjukkan pdku lokasi kg tu, titi & pokok besar yg dikatakan penduduk kg jumpa polong. hampir sampai ke hotel, dia kata aku buat pilihan hotel yg baik krn ada bnyk tmpt mkn berhampiran situ tk spt beberpa hotel lain. aku sengaja tk menginap di george town sbb agak jauh dr tmpt mesyuarat.
lps je maghrib aku turun, cari kedai mkn. lapar sbb tengah hari td mkn roti je. apa lagi mkn nasi kandar la. lps mkn aku balik semula ke bilik. di lobi aku bertembung dgn dua org yg aku kenal yg dtg utk mesyuarat sama. kami berbual ringkas. sdg aku tgk tv di bilik, kawanku K yg jgk dtg utk mesyuarat esok menelefon. ajak aku temankan dia mkn. dia br sampai dr JB, memandu kereta sdr. tk mahu 'tolak rezeki' aku pun ikut dia. kali ni aku order roti naan dgn ayam tandoori. lepas berborak panjang, kami balik ke hotel, tidur.
0 refleksi:
Post a Comment