surat cinta untuk cikgu

Jul 1, 2009

tak pasti sama ada atas arahan pihak atasan atau pihak sek. sdr. ada trend baru skrg ni, kad laporan kemajuan (report card) mestilah diambil sdr. olh ibu bapa pelajar. tdk spt dulu, kad diterima melalui anak2. ibu bapa akan tengok, t. tgn & hantar semula kpd. cikgu. dulu pd hujung thn shj, ibu bapa diminta dtg ke sek. skrg ni, awal thn, pertghn thn & hujung thn kena dtg. kalau tk, tk dpt report card. satu hr diperuntukkan utk ibu bapa dtg 'menghadap' cikgu. bagi pelajar yg kedua2 ibu bapanya bekerja, terpaksa ambil cuti. jika ibu bapa tk dtg, mrk akan dilabel sbg tdk prihatin pljrn anak2 mrk. adakah ini betul? mcm mana dgn ibu bapa pelajar yg memang terlalu sibuk atau tarikh yg diminta dtg tu kebetulan ada hal di tmpt kerja yg tdk kurang pentingnya - mesy. misalnya. kenapa tdk dibuat sj pd hari tdk bekerja spt sabtu & ahad spy ibu bapa ada masa terluang & tdk ada alasan utk berkata 'sibuk'? apakah cikgu tk boleh dtg pd hari sabtu/ahad sekali gus 'mengorbankan' masa lapang mrk? adakah cuti ganti hari raya lebih penting dpd bekerja pd hari sabtu utk bertemu ibu bapa utk berbincang pasal prestasi pelajar? bagi ibu bapa yg bekerja yg tempt kerjanya dekat dgn sek, mungkin boleh ambik time off bagaimana pula dgn ibu bapa yg tmpt kerjanya jauh? ambik cuti semata2 bertemu cikgu tk sampai 10 minit? itu antara yg berputar2 dlm kotak fikiranku bila menulis surat kpd cikgu kpd anak2 ku bila menerima surat 'undangan' dtg ke sekolah bbrapa hari lepas.

cikgu n******* ******
guru kelas
tahun 2 *******

per: tidak dapat hadir ke sekolah untuk menerima rekod kemajuan murid
dengan hormat saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat daripada pihak sekolah bertarikh 22 Jun 2009.
saya ********* ******** bapa kepada ********* ****** mengambil maklum akan jemputan pihak sekolah agar ibu bapa hadir ke sekolah untuk sesi perbincangan dan mengambil rekod kemajuan murid. walau bagaimanapun saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada tarikh dan waktu yang dinyatakan.
ini bukan bermakna saya tidak prihatin dengan prestasi pelajaran anak-anak saya tetapi disebabkan ketidaksesuaian masa yang diatur oleh pihak sekolah. kita sama-sama bekerja, cikgu dengan kerja cikgu manakala saya dengan kerja saya. saya berpendapat adalah lebih baik pertemuan diadakan pada hujung minggu untuk memberi peluang kepada ibu bapa bekerja bertemu cikgu. lagipun ini lebih sesuai daripada mengadakan sekolah pada hari sabtu semata-mata sebagai cuti ganti untuk hari raya. adakah cuti raya yang panjang lebih utama daripada berbincang tentang pelajaran?
perhatian dan keprihatinan cikgu didahului dengan ucapan terima kasih.
yang benar,
****** *****
**** *******

0 refleksi: