resensi ... 11

Jul 23, 2009


Title: The Alliance Road to Independence
Author: Joseph M. Fernando
Price: RM50
Year: 2009
Publisher: University of Malaya Press



Sumbangan Perikatan ke arah Kemerdekaan
Oleh Nazmi Yaakub
bharian.com.my

PERISTIWA bersejarah dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu berdasarkan dokumen sulit Pejabat Kolonial yang diubah statusnya dalam The Alliance Road to Independence melonjakkan buku itu sebagai karya sejarah yang terarah dengan baik. Perkara ini diperincikan pada Diskusi Buku The Alliance Road to Independence meskipun pada masa sama, buku yang bertumpu pada perjuangan Perikatan yang dianggotai Umno, MCA dan MIC, perlu mengambil kira perjuangan aliran lain bagi menunjukkan keistimewaannya dan memudahkan pembaca membuat perbandingan.
Diskusi buku Prof Madya Dr Joseph M Fernando di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, baru-baru ini, turut mengemukakan pandangan generasi muda terhadap kepelbagaian maklumat sejarah sama ada yang baru ditemui, didedahkan atau diberi interpretasi baru dan kemudian diperdebatkan dalam media baru. Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, menyarankan penulisan perjuangan Perikatan untuk menuntut kemerdekaan dalam buku itu untuk edisi seterusnya diperkemaskan dengan turut menyorot gerakan perjuangan kelompok lain seperti Islam dan aliran kiri.
“Buku ini sewajarnya menjawab mengapa perjuangan Perikatan dipilih sebagai fokus dan mengapa gabungan terbabit penting berbanding gerakan kiri dan Islam ketika menuntut kemerdekaan. Pembaca tidak dapat melihat kekuatan dan keupayaan Perikatan pada zaman terbabit sekiranya pengarang tidak menyorot gerakan lain sebagai perbandingan,” katanya pada majlis yang dipengerusikan Ketua Jabatan Sejarah UM, Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali.
Prof Mohamad turut mencadangkan penulisan buku itu menyorot perjuangan golongan nasionalis pada pentas lebih besar seperti diperlihatkan dalam sejarah gerakan menuntut kemerdekaan di Indonesia dan Vietnam. “Penulis perlu menjawab persoalan mengapa perjuangan nasionalis di tanah air memilih jalan aman berbanding gerakan nasionalis di Indonesia yang berdepan dengan Belanda atau Vietnam ketika menentang Perancis. Penulis juga perlu melihat ketokohan selain bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman kerana Perikatan sudah tentu tidak dapat berdiri sendiri tanpa tokoh lain,” katanya yang juga mantan penyandang Kursi Tun Abdul Razak di Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Ohio, Amerika Syarikat (AS) pada 2005 hingga 2007.
Pengacara Rancangan Di Luar Lingkungan di RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, pula melihat buku terbabit membuktikan kemerdekaan negara ini bukan hadiah dalam dulang emas, sebaliknya melalui permainan dan strategi politik matang yang diatur. “Tanpa pendidikan dan kematangan politik, sudah tentu perbincangan Tunku Abdul Rahman dengan beberapa ahli Parlimen British mengenai kepentingan kemerdekaan Tanah Melayu tidak akan berlaku.
“Buku ini memperlihatkan permainan dan strategi politik, memungkinkan British bersedia memberi kemerdekaan kepada negara, sekali gus mengesahkan ia bukan perjuangan mudah, sebaliknya memerlukan kematangan politik,” katanya yang turut mengendalikan rancangan Resensi Buku di TV1. Sayed Munawar mencadangkan perdebatan bahan dan dokumen sejarah sama ada yang baru diubah statusnya atau ditemui, diberi kebebasan dan tidak disekat sebagai meraikan kepelbagaian maklumat pada zaman ini. “Apabila saya mula membaca buku ini, saya bertanya bagaimana dokumen sejarah yang diubah statusnya itu, boleh mengubah tanggapan kita terhadap fakta sejarah sedia ada. Perspektif sejarah yang baru boleh menyegarkan pandangan kita terhadap sejarah dan hal ini sedang berlaku dalam media baru oleh generasi muda yang mahir dengan internet,” katanya.
The Alliance Road to Independence yang dilancarkan pada majlis diskusi itu, menyorot sejarah penubuhan dan perjuangan Perikatan dalam menuntut kemerdekaan serta proses perbincangan dengan British berdasarkan dokumen dan fail sulit yang diubah statusnya dari Arkib Negara di London dan Kuala Lumpur. Buku terbitan Penerbit UM dengan lapan bab, turut membincangkan sikap British terhadap kemerdekaan Tanah Melayu yang ada kaitan dengan perancangan selepas Perang Dunia Kedua dan perubahan pentadbiran negara imperialis itu.
Turut dilancarkan pada majlis itu ialah Mathematics 1: For Special Preparatory Program to Japan, Sejarah China Moden, Semiotik Persembahan Wacana, Self Assessment in Ophthalmology, Skizofrenia: Penyakit Mental, Hikayat Sarawak, Perlindungan Kanak-kanak Berisiko, Pengurusan Perubahan Terancang dalam Pembestarian Sekolah: Proses Pelaksanaan Polisi dan Chinese Loan-Words in Malay and Indonesian: A Background Study.

1 refleksi:

Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com