Isi bakul, angkat bakul orang lain!

Apr 20, 2010

aku ke pasar raya petang itu.
tugasan yg 'diamanahkan' ialah membeli barangan dapur yg kehabisan stok. termasuklah minyak masak, susu, garam, tepung dan telur. takda masalah yg besar untuk membelinya.

biasanya kalau ke bahagian pasar basah (wet market), wifey yg uruskan beli apa yg patut seperti ikan, ayam, sayur atau barangan dapur lain. tapi disebabkan wifey tak berapa sihat, maka aku terpaksa mengambil alih tugas dengan ditemani oleh si kecik erin (sebenarnya dia nak ambush aku belikan jajan sebagai upah).

aku ni tak berapa pandai sangat nak pilih barangan basah seperti ikan, ayam, udang atau sotong. kalau aku pilih pun pakai main ceduk, isi dalam plastik, timbang & bayar. nak pilih mana yang elok atau segar, aku tak reti. masalah yg aku hadapi lagi ialah tak dapat mengagak beratnya sebelum ditimbang. itu pasallah kadang2 kadang terlebih dan mahal atau terkurang dan tidak cukup.

tetapi disebabkan situasi yg mendesak, aku tabahkan hati dan kuatkan semangat. aku beli beberpa ekor ikan kembung (5 ekor, cukuplah seekor seorang...he he). aku juga beli udang yg tertera harganya yg mahal membuatkan aku berhati-hati supaya tak terlalu banyak (yg bila dibawak balik, aku ditegur oleh wifey krn sikit sangat), 'beberapa' ekor sotong dan seekor ayam. okaylah pada fikirku untuk bekalan 4-5 hari.

kemudian aku ke tempat sayur-sayuran untuk beli petai (mahal petai di sini, tak macam di tepi jalan kuala pilah) & kacang panjang. takda masalah sangat memang dah siap diikat berserta harganya sekali. lagipun memang dilabel petai atau kacang panjang jadi tidaklah aku tersilap membeli jering atau kacang buncis. semasa memilih sayuran itu, aku meletakkan bakul di lantai.

************

semasa beratur di kaunter bayaran, aku sedikit terkejut kerana barangan yg aku beli tadi seperti susu, petai, tepung, sotong & udang tidak ada dalam bakul!

aku tanyakan pada erin, mana barangan tu. tapi erin cuma memandang kosong sambil mengangkat bahu & menggeleng kepalanya (di tangannya memegang jajan, cip kentang).

alamak macam mana ni!

tersedar ada sesuatu yg tidak kena aku berpatah balik ke tempat aku memilih sayur tadi. aku ternampak seorang perempuan sedang tercari-cari sesuatu. sebaik ternampak aku membawa bakul yg berisi ubat gigi, sabun basuh, ikan & beberapa barangan lain, dia hanya tersenyum memandang aku.

aku cuma tersengih sambil mintak maaf padanya. kami pun bertukar-tukar bakul (macam bertukar tukar m.o.u) ada riak kehairanan pada wajah erin.

*********

moral kejadian itu "lebih baik isi bakul angkat sendiri daripada isi bakul, angkat bakul orang lain..."

2 refleksi:

tdevaraj said...

nasib baik tertukar bakul, bukan tertukar anak..wakakakak...

rahimin said...

elok jugak peribahasa baru ni digunakan.
lain kali jgn main redah je bro...
ha ha ha lawak citer ni