~ cerdik tak boleh diikut ~

Oct 28, 2010

betullah kata bidalan dulu-dulu, "bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut".
kalau dah terlampau cerdik sangat semua perkara mahu ikut logik.
dalam dunia yg mementingkan material sekarang ini, yg cerdik pandai pun dah bertukar jadi hamba wang. jadi bodoh dan dungu.
yg cerdik pun jadi dungu bila mata fikir dan mata hati dikelabui ganjaran wang ringgit.
semua perkiraan bersandarkan soal untung rugi.

mana perginya nilai insani? bukankah manusia punya hati, ada perasaan, mengalami sakit pening. ada keluarga perlu difikirkan, ada masa depan yg perlu dirancang, ada dunia lain dalam kehidupannya selain daripada bekerja. manusia bukanlah robot. bukan mesin. manusia adalah makhluk bernyawa.

bolehkah kuantiti dijadikan satu-satunya kayu pengukur? dalam kerjaya yg menuntut keutamaan kualiti, masihkah kuantiti yg jadi tuntutan paling utama?
nyatalah dia tidak berpijak di bumi nyata kalau jawapannya, ya...

logikkah kalau setiap pekerjaan yg dilakukan disama tarafkan dengan setiap sen wang ringgit yg digajikan atau diupah kepada kita. tidakkah gila menyamakan kerja yg lebih sukar, menuntut kemampuan ilmu & kemahiran yg dibina bertahun-tahun dengan kerja berasaskan mekanikal. samakah darjah kesukaran kerja harian menaip surat dengan kerja menjalankan mesin pencetak atau kerja editing?

kalau setiap perkara dinisbahkan dengan setiap sen upah yg diberi, tidakkah manusia itu tak ubah umpama mesin?
tidak perlu akal yg panjang untuk menentukan betul atau tidak ukuran yg bersandarkan material.

bayangkan situasi ini.

kita bekerja di sebuah kompeni penerbitan. sebagai editor. buku yg dihasilkan ialah buku akademik, bukan komik, bukan buku kanak-kanak atau novel atau majalah picisan. maknanya buku yg dihasilkan adalah dijamin mutunya, perlu melalui proses penerbitan yg rinci, editing yg hati-hati dan penuh teliti. karya yg ditangani dihasilkan bijak pandai atau ilmuwan dalam bidangnya. ditulis oleh mereka yg bertaraf profesor. atau mereka yg berkelulusan PhD. ataupun diangkat melalui tesis/disertasi yg sudah melalui pelbagai peringkat penilaian pakar. bukan calang-calang hasil kajian atau penyelidikan.

katalah gaji yg diberi rm5,000 sebulan. untuk menjustifikasikan gaji bulanan itu, perkiraan yg dibuat ialah upah mengedit ialah rm6 sehalaman. jadi, kita perlu mengedit 50 halaman sehari. kalau buku setebal 200 halaman ianya perlu disiapkan dalam masa 4 hari. mudah bukan?

jadi kalau gaji kita rm10,000, kita perlu siapkan editing dalam masa 2 hari.
dalam situsai sebenar, siapakah editor itu?
atau wujudkan editor itu dalam dunia nyata?
kalau ada, memanglah dia seorang super editor. tak ubah seperti watak super hero dalam filem atau komik.

jadi kenapakah si bijak pandai itu tadi mengambil pendekatan logik atau mengukur hasil kerja berdasarkan perkiraan material.

nyatalah cerdik tak boleh diikut. mungkin yg bodoh tak boleh diajar itu lebih baik daripada cerdik yg tak boleh diikut, yg mencipta kebodohan & memaksakan kebodohan itu diikut oleh orang lain...!

0 refleksi: