~ makan bola ~

Oct 25, 2010

"ayam goreng separuh, tiga!" aku order.
"b77*7#% ))+ 82$$!^ ? " tanya pekerja itu.
"ayam separuh, tiga..." ulang ku sedikit kuat. sangka ku dia tak berapa dengar.
ramai pelanggan. termasuk yg beratur menunggu giliran di belakangku.
"make ko, bungkuh abe" (makan ke bungkus, bang?) tanyanya lagi. lebih jelas daripada sebelumnya.
mujur aku ramai kengkawan dari kelantan & ada ex gf budak kelantan....(ooops!)
faham la aku. yg ditanya olehnya ialah "makan di sini, atau bungkus bawak balik"
atau kalau kita order di kedai makanan segera kfc atau mcD "having here, or take away..".

"bungkus..." jawabku.
dan pekerja tadi tersenyum. mungkin dia sedar kesilapannya. "kecek kelate"
sedangkan kedai makan itu terletak di nilai, negeri sembilan. kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pelbagai latar belakang, negeri dsb. tetapi majoritinya, orang n. sembilan.
tak mengapalah, kita hidup satu rumpun. perkara kecik-kecik macam tu kita abaikanlah...
lagipun itu yg menariknya dengan negara kita, beraneka ragam & latar belakang.

sabtu ni, pertembungan final piala malaysia.
n. sembilan vs kelantan. barang diingat, n. sembilan ialah juara bertahan.
manakala kelantan semakin kuat dengan barisan bintang yg kini berkumpul di sana. kalau dulu selangor boleh bermegah sebab ramai pemain yg nak berhijrah ke sana, kelantan pula kini menarik pemain ke negeri mereka.

ianya ulangan pertembungan tahun lepas. n. sembilan menang 3-1 berlatar belakangkan suasana 'hari raya' & 'pesta mercun'.
tahun ini, bagaimana pulak agaknya...?

2 refleksi:

rahimin said...

maghi kito pakak gi stadiung haghi sabtu ni...!

jom poei stadium haghi sabtu ni...!

ha ha k'tan vs negoghi

tg shaaban said...

tak dapek den nk tughun sabtu ni...
tengok tv ajo lah nampak eh...

hoben jang hoben! ha ha