~ kira betul-betul, ya... ~

Oct 1, 2010

aku ke bank tengah hari tadi. entah kenapa aku dapat rasakan suasana hari raya masih berjalan. aku katakan begitu kerana staf bank itu semuanya berpakaian raya. yg lelakinya tampak segak berbaju melayu, lengkap bersampin dan bersongkok. yg perempuannya nampak cantik dengan baju kurung glamor raya.

tujuan aku nak bayar ansuran kereta. urusan tu perlu dilakukan di kaunter. kalau tidak pastinya aku gunakan cara online atau mesin deposit tunai. sebaik mengambil nombor giliran, aku pun mengambil tempat di tempat duduk menunggu. sambil itu, mengeluarkan dompet dan duit. aku pun mengira-ngira jumlahnya. bayaran yg nak dibuat ialah rm575. jadi aku kirakan wang tunai nota rm50. jadi, rm600 aku kira. kemudian utk memastikan jumlah itu tepat & genap supaya tak terlebih dan terkurang, aku mengira sekali lagi. perlahan tapi pasti...he he.
ya, memang rm600 jumlahnya, tak syak lagi, muktamad.

tak berapa lama, no. giliran aku terpapar pada skrin. aku diarah ke kaunter no. 4. lalu aku melangkah yakin dan kemas. "selamat pagi..." sambut staf di kaunter, tersenyum. seorang lelaki berbaju melayu warna kuning air. aku menjawabnya sambil, tersenyum kembali. sambil menghulurkan slip dan duit tunai.

staf di kaunter sedikit berkerut dahinya. dia mengira duit yg ku hulur sekali secara manual. kemudian dikiranya sekali lagi, untuk mengesahkan kiraannya. maknanya sudah 4 kali jumlahnya dikira.

"terlebih banyak ni encik..." katanya sambil menghulurkan kembali 3 keping nota rm50.
maknanya rm150.
"eh...ye ke? saya dah kira dah tadi..."
"boleh buat belanja beli sate tu encik..." seloroh dan sampuk staf kaunter di sebelahnya, berbaju melayu warna hijau muda.
kami bertiga ketawa.
"kalau encik nak tengok saya kira lagi..." kata staf berbaju melayu kuning itu. sambil menggunakan mesin kiraan wang pulak kali ini. 12 keping nota rm50 = rm 600.
takkan mesin kiraan itu pun silap.
"nasib baik saya tak terbagi duit raya tadi..." gurau ku pada mereka. kami ketawa sekali lagi serentak.

sejurus urusan kaunter beres, aku mengucapkan terima kasih sekali lagi. heran jugak, bukan seringgit dua, atau sepuluh dua yg terlebih, tapi rm150...banyak tu. mungkin aku sedikit terkesima dengan baju melayu/baju kurung yg pelbagai warna di bank itu. mengira duit pun jadi tak betul. dalam hatiku berkata, jujur sekali staf kaunter tadi. dia boleh saja, mengambil lebihan wang tersebut. mengasingkannya ke tepi. tanpa pengetahuan atau syak daripada aku sebagai pelanggan. tapi dia tidak berbuat demikian. baik sekali hati budinya. kalaulah semua orang bersikap begitu...aman damai dunia ni.

0 refleksi: