~ cakap salah, tak cakap salah... ~

Oct 14, 2010

teringat semasa di sekolah dulu, selepas cikgu menyampaikan tunjuk ajarnya dia kan bertanya "faham murid-murid?", akan disambut dengan "paaaaaaaaam, cikgu". "kalau ada soalan, sila angkat tangan..."biasanya tiada yg akan mengangkat tangan. kalau ada pun sekali-dua murid yg bijak pandai akan bertanya. yg lain diam membisu.

bila peringkat yg lebih tinggi, bila pensyarah bertanya. akan ada pelajar yg menyambutnya. terutama waktu tutorial kerana nak dapat markah lebih atau menarik perhatian pensyarah. yg bertanya pun biasanya pelajar yg bijak pandai. sesetengah yg lain, diam membisu. lebih minat bertanya kawan-kawan yg lebih tahu bukannya bertanya pensyarah yg lebih tahu.

bila sudah bekerja pun kita akan ditanya oleh boss, terutama di hujung mesyuarat. "ada apa-apa lagi lagi sebelum kita tangguhkan mesyuarat...?". biasanya takde respons. lagi cepat habis mesyuarat, lagi bagus. kalau tidak akan meleret-leret.
staf sebenarnya lebih gemar bercakap sesama mereka, berbanding mengutarakannya dalam forum yg betul. semasa mesyuarat, misalnya. kalau ada pun yg nak ditimbulkan dalam mesyuarat hanyalah komplen, aduan masalah. tidak ada cadangan apatah lagi idea baru. nak harap sumbang saran, percambahan fikiran lagilah sifar.

kerap kali sesi mesyuarat yg sepatutnya bersifat dua hala, menjadi sehala sahaja. boss sahaja yg bercakap. seperti seorang cikgu mengajar di kelas, seperti pensyarah memberi kuliah. bila tanya soalan, biasanya tiada respons atau maklum balas yg diterima. bila tak faham, mereka akan cakap cikgu ngajar tak faham. cikgu tak pandai ngajar. cikgu kurang bijak tarik perhatian. pensyarah kurang wibawa. pensyarah bagi kuliah stereotaip, tak menarik minat. boss tak bagi peluang suarakan pandangan, pendapat boss aje yg betul...jadi lebih baik berdiam diri.

yep, memang pelajar yg salah. memang pekerja yg salah dalam hal ini. tetapi dalam keadaan sebenar, memang ada kebenaran dalam pendapat mereka. terutama dalam kes bila kita sekadar kuli dan terpaksa terima setiap arahan boss. kalau tidak kita dikatakan cuba lawan tauke!

lebih buruk lagi jika boss kita amat berkuasa & boleh menentukan masa depan kita & jangka hayat kita bekerja di sesebuah kompeni atau institusi...

0 refleksi: