mercun, jiran dan kamera

Sep 11, 2009

bakar mercun adalah salah di sisi undang2.
lebih dpd itu ia jgk mengganggu jiran tetangga di kaw. kejiranan. terutama yg tinggal di kaw. perumahan rumah teres yg dipisahkan hanya dgn pagar atau tembok.
ada jiran yg punya anak kecil. kalau org dewasa pun terkejut dgn bunyi letupan mercun, apa lagi anak2 kecil atau bayi.

mrk yg bermain mercun bukan sj kanak2 ttp jg org dewasa. mrk seronok membakar mercun, mendengar bunyi letupan - lg kuat lg puas - sambil membakar duit mrk. ibu bapa jgk tdk peduli, malah ada yg sama2 bermain atau menggalakkan anak2 mrk bermain dgn memberi mrk wang. tak seronok beraya kalau tkda mercun, tk meriah raya kalau bunyi mercun tk kedengaran, begitula alasan mrk.

di kaw. kejiranan aku tk terkecuali. wifey & anak2ku selalu mengadu mrk kadang2 dikejutkan dgn letupan bunyi mercun. malah kadang mercun ditujukan/dihalakan - dgn mercun roket - ke bumbung rumah.

mlm td aku sengaja mengintai & mengintip anak2 jiran (yg disertai bapa mrk) bermain mercun. aku bwk sekali kamera. tak sangka plk perbuatan aku itu menimbulkn salah fhm & selisih fhm. org berslah memang mcm tu. cuba menyalahkn org lain. tanggapannya tujuan aku bwk kamera tentulah utk dijadikan bukti & diserhkn pd pihak berkuasa ke tau nk buat repot. si bapa mempersoalkan kenapa aku berbuat demikian. katanya mrk hanya berseronok2 (peduli apa org lain yg tk seronok). lagipun katanya, org lain pun main mercun jgk, jiran2 lain tk bising pun. "kenapa tak main dlm rumah sj, tkdelah ganggu org lain..."kataku sinis. ini menimbulkn kemarahan si jiran td. maka berlakulah 'perang mulut' sikit. dia menuduh aku tk pandai nk hormati jiran, mementingkan diri, malah mengatakan "kalau tk boleh terima jiran buat perkara yg kau tk suka, pindahla ke tmpt lain!". aku balas semula "kenapa main mercun je, tk main meriam buluh atau m16 ke atau c4 ke? lg meriah, lagi kuat...!" aku tk mahu mengalah. jiran2 lain dh mula keluar, bila dgr pertengkaran kami itu. "padam balik gambar yg kau ambik dgn kamera td...k"atanya mula kendur slps menyedari aku tk mahu beralah. "apasal pulak, kalau kau boleh suka hati main mercun, suka hati akulah nak ambik gambar" tegasku. dia mula gelisah. jelas sekali aku tkkan berundur. "susahla ckp dgn org pandai2 ni..." kata akhir dpdnya, sebelum berlalu masuk sambil memekik memanggil anak2nya masuk ke rumah

wp tahu perbuatannya salah ttp tetap mahu mempertahankannya. inilah masalah sikap segelintir masyarakat kita. jiran2 tk bantah atau buat bising bukan bermakna sbb mrk suka atau tk peduli, sekadar tk mahu timbul perselisihan faham. demi nk jaga hati jiran wp hati sakit krn gangguan bunyi mercun. kalau ikutkan hati sudah tentu ramai yg buat repot pd pihak berkuasa.

2 refleksi:

suriahoney said...

boleh thn gak garang yek...
bagus jgk kalau mercun digantikan dgn c4, baru diorang tau! hu hu

editor kampung said...

meskipun ada larangan tp mercun tetap berleluasa. pasal jiran beginilah selalunya berlaku selisih faham. soal sikap & tidak matang mrk. wp tahu bersalah pun masih nk tegak benang basah. elok di tembak dgn meriam katak