menyelami jiwa jujur kanak-kanak

Sep 17, 2009

biasanya slps berbuka & tersandar kekenyangan, anak2ku berehat tonton tv. lps tu buat homework atau ulang kaji. dlm masa sama suara mrk riuh rendah memecah suasana. sebaliknya, suasana mlm selasa itu, tk sama. tk spt hari2 biasa. mrk terperap dlm bilik. malah si kecik, erin pun join sama.

mulanya aku tk endahkan sgt. tp kemudian rasa sunyi plak, tnpa suara gurauan, ketawa & gaduh kecil mrk. lalu aku buka pintu bilik mrk, sedikit. spt org mengintai lagakku. ketiga2nya sdg 'sibuk' melukis sesuatu pd kertas. eril sibuk mewarna. erol melukis sesuatu spt seorg yg berbaju melayu & bersongkok. lukisan erin plk, entah apa-apa. lalu aku pun bersuara "lukis apa ni...?". tanpa berpaling pd ku & mata serta tgnnya menari-nari mewarnai lukisan, "kad raya..." jwb eril ringkas. "ooo...kad raya, lukis sendiri ya...!". aku semakin jelas. "ramai kengkawan bg kad kat teacher...kita org pun nak kasi jgk", tambah erol, menjelaskan.

entah kenapa hatiku tersentuh. begitu besar pengaruh kawan2 & cikgu pd mrk. hinggakan 'bersusah payah' menyiapkan 'kad raya' itu. sdg kad raya yg mrk maksudkan itu dibuat sendiri, hasil lukisan & warnaan mrk sendiri. 'kad raya' itu pulak dikoyakkan dpd halaman buku latihan yg tdk dipakai lg.

tiba-tiba aku rasa bersalah. takkanlah nk dibiarkan sj budak2 tu hantar kad raya 'yg kurang sempurna', yg selekeh dan 'tdk sepertinya' itu pd cikgu mrk. iyalah, kad raya buatan sdr, lebih besar maknanya, walaupun tk cantik, tak berwarna-warni. tp seolah2 mak bapak tk ambik perhatian pd perkara kecil sebegini, hinggakan 'kesedaran' anak2 kecil ini lebih tinggi. mrk berusaha menghasilkan 'kad raya' walau bahan yg digunakan tdk sesuai. yg penting ianya percuma & hasilnya dpt diberi kpd cikgu mrk.

kadang2 perkara kecil begini bagi mak bapak, tetapi besar ertinya pd mrk. iyalah, tentu mrk rasa 'ketinggalan' atau 'serba salah' memandangkan kawan2 lain memberi kad raya pd guru sdgkan mrk tidak. itulah yg aku dpt rasakan sdng bermain di kepala mrk. itulah yg mendorong mrk dgn idea - melukis & mewarna sdr utk menghasilkan sekeping kad raya utk cikgu.

kita selalu terlupa & mungkin pernah berkata 'budak-budak tk tau apa-apa'. perkara kecil itu BESAR bagi mrk. lantas aku katakan pd mrk, "cantiknya kad raya ni, lukis sendiri ya.' mrk cuma tersenyum sumbing, menerima pujian. walaupun pujian tu tk seikhlas mana, sbb tk cantik pun sebenarnya...he he). "kalau papa belikan kad raya, utk bagi pd cikgu & kengkawan, nak tak?". aku memancing. segera dijawab "nak...nak!" dgn wajah yg tiba2 bertukar girang & sorakan yeyyy! lalu mrk segera menyimpan kertas, gunting, pensel warna tsbt.

sepulang dr kerja, ptg itu, aku singgah di kedai. belikan kad raya yg aku janjikan. spt diduga, sebaik sj pulang dr sekolah ptg itu, soalan pertama eril & erol ialah "papa dah belikan kad raya?". alangkah seronok & gembiranya mrk bila aku berikan kad raya itu. tk sempat mandi & tukar pakaian sekolah lagi, mrk segera menuliskan nama2 cikgu & kawan pd kad raya itu utk dihantar bila ke sekolah esok...aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka. lurus, jujur & putihnya hati kanak-kanak. kalaulah semua org dewasa spt 'bersihnya' kanak-kanak di dunia ini...

5 refleksi:

suriahoney said...

wah...layout baru. simple, tp nmpk lebih luas & lapang.

"salam aidilfitri, mohon maaf selama ni suka usik you"

tg shaaban said...

selamat hari raya aidilfitri juga.

tak pe, 'usik mengusik membawa bahgia'

terima kasih krn menjadi pengikut blog ni

tdevaraj said...

semoga bahagia berkekalan ;)

editor kampung said...

selamat hari raya buat tuan punya blog.
aku suka baca kau punya post. semua cerita ada. paling aku suka, cerita nostalgia. kenangan di puduraya, klasik!

selamat balik nilai, makan lomang dan rondang!

tg shaaban said...

t. kasih. editor kampung. walaupun aku tk kenali kau.
buatlah blog, boleh aku jadi follower engkau plak.

'salam aidilfitri'

balik nilai? memang hari-hari aku balik nilai...hu hu