aiman tak kesah...!

Sep 9, 2009

seorg rakan editor menelefonku pg ini.
dia lebih dulu jadi editor dpdku. lebih pengalaman. lebih senior.
antara yg kami perbualkan, tentang blog.
dia baru tahu yg aku punya blog.
memang aku tk menguar-uarkan yg aku punya blog. hatta pd kawan2, kenalan atau saudara mara sekalipun. yg aku tulis bukannya hal yg serius. kebanyakannya berkisar berkaitan diriku. sekadar merakam peristiwa, cerita lama & emosi semasa.
dia menegurku krn menggunakan bahawa campur aduk & ejaan ringkas. nahu tak betul. peraturan subjek & predikat tidak diikut. kata nama, kata kerja, sendi nama diabaikan.
aku sbg editor sepatutnya menguasai & mempertahan maruah bahasa. kalau tidak editor yg faham & fasih tentang ilmu bahasa tidak menjaga kualiti & mempertahankan kedaulatan bahasa, maka org kebanyakan apa lagilah 'melacurkan' bahasa. demikian 'ceramah'nya.
memang kritikannya agak keras & pedas.
memang begitu sikapnya yg ku kenali sejak dulu. lebih2 bila berbicara soal bahasa. sekurang2nya dia jujur dlm meluahkan pandangannya.
pandangan aku sudah tentulah bercanggah dgn pendptnya. aku tidak membina blog ini sbg seorg editor ttp atas nama peribadi. jgnlah disamakan kerjayaku dgn entri blogku yg peribadi sifatnya.
tp tdk pula aku menyanggah pendapatnya. setiap org punya hak utk mengemukakan suara hati mrk. jadi, aku terima sj pro atau kontra.
sekejap tadi, aku pun 'mencari' blog, rakanku itu.
baru sj rupanya terjun ke dunia blog sekitar julai lepas. blognya agak serius entrinya. ada artikel berkaitan politik, agama dan bahasa.
dia menegaskan dirinya 'bukan ahli' mana-mana parti politik. tp gaya penulisannya cenderung ke kiri. dia mengatakan dirinya bukanlah ahli agama atau ustaz, tp tulisannya spt serba tahu dlm hal-ehwal atau hukum hakam agama.
itu tak bermakna aku mengkritiknya. cuma pandangan jujurku...
sekurang2nya aku tahu dia melawat & membaca blogku.
sekali gus, memahami pandanganku tentang dia pula.

0 refleksi: