kisah enam budak hitam dengan sebuah gitar

Sep 18, 2009

kami nekad. gitar kapuk tu mesti didptkn semula. perancangannya, mlm minggu ni. sbb warden mael biasanya balik rumah bininya hari sabtu. dia off sabtu ahad. hanya ketua warden yg tinggal di rumah warden yg ada pd hujung minggu. warden mael hanyalah fellow warden yg tinggal sebuah bilik warden yg disediakn di hujung dorm tuah. sebelah dorm kami. biasanya warden mael akan balik ke rumahnya hari sabtu. kadang2, petang jumaat lagi dia dh balik. ambik 'bekalan nafkah' dpd bini dia utk seminggu la tu...he he.

dah dua hari dah kami tk berlonggok petang2. main gitar, atas tangga hujung asrama. sambil nyanyi, sambil ngorat pelatih maktab perguruan yg ulang alik ke asrama mrk. petang2 kami dibenarkn buat aktiviti bebas, sama ada bersukan, beriadah (tidur pun riadah jgk). kalau tkda latihan bola atau sukan lain (terutama pd luar musim) kami lepak main gitar je. gitar tu, boy yg punya. boy memang 'terer' main gitar. masa cuti sekolah dia join band. main kad kenduri kahwin atau kelab. entah kenapa 2 hari lepas si sudin punya kemaruk, diangkutnya gitar kapuk si boy masa pergi prep. apa lagi kena rampaslah dgn warden mael. gitar tu 'dipercayai' disimpan oleh warden mael dlm biliknya. bilik fellow, kat sebelah dorm tuah. teruk si sudin kami kutuk, maki hamun. hinggakan sudin terduduk mencium kaki kami, mohon ampun & maaf. kami pun dah kemaruk nak main gitar. jari-jemari kami dah gatal nak petik tali gitar. lagipun kami kesian tengok si boy, yg dah 2 hari tk lalu mkn, krn rindukan gitarnya (alasan kukuh ni...).

hujung minggu adalah hari aktiviti bebas utk penghuni asrama. mlm minggu inilah akan kami jalankan misi merampas kembali gitar dari bilik warden mael. kami dh sahkan yg warden mael, dh pun balik ke rumahnya pagi td. tugas kami ialah mengelakkan terbongkarnya rahsia komplot ini dpd ketua asrama & balaci2nya. tapi bagaimana caranya?
aku & taleban dah buat perancangan strategik. master plan yg genius. taktikalnya, itik, yg bertubuh paling kecil antara kami terpilih sbg ejen khas utk menjlnkan misi pentig ini. ini soal hidup mati. sbb si boy dah 2 hari mogok lapar!

ptg itu kami kami berenam berkumpul di tangga asrama. aku & taleban aturkan taklimat. itik menggalas tugas berat ini. itik perlu merangkak di atas siling. bukaan siling terdpt di dorm jebat. mlm ni dia perlu menyelinap masuk ke dorm jebat. panjat ke siling, melalui dorm jebat, melepasi dorm tuah, seterusnya masuk ke bilik warden. slps mengambil gitar itu, itik perlu merangkak semula ke atas siling melalui laluan yg sama & turun ke dorm jebat. tugas kami berlima ialah memantau, kelibat si itik tdk dilihat olh ketua asrama & balaci2nya. itik akan memanjat siling melalui katil double decker berhampiran lubang utiliti siling dlm dorm jebat.

tepat jam 1:30 pg, kala bulan malu-malu kucing menampakkan sinarnya. tatkala sebahgian besar penghuni asrama yg lain lena diulit intan. misi pun dilancarkan. itik berpakaian serba hitam. bagai si ninja lagaknya. lalu menyelinap masuk si itik ke dorm jebat. memanjat katil double decker, seterusnya masuk ke lubang utiliti siling. kami berlima yg lain berada di lokasi strategik yg ditetapkn dlm perancangan utk memantau. si itik merangkak dgn hati2 di atas siling. dgn lampu suluh kecil. dia perlu merangkak dgn memegang & memijak kayu2 di atas siling. silap langkah terperosok atas siling. maunya pecah siling & itik bergolek jatuh. kami menaruh harapan amat tinggi pd itik. kami menaruh kepercayaan sepenuhnya pd itik. itik punya skil merangkak yg sesuai dgn susuk tubuhnya yg kecik.

kira2 20 minit lps misi dilancarkan. itik sudah turun semula dr atas siling. dengan gitar sekali! ya be da be du!! misi kami berjaya. pg esoknya, waktu sarapan, aku tengok si boy begitu berselera sekali mkn. begitu jgk waktu mkn tengah hari. ptg itu kami lepaskan gian main gitar sambil nyanyi tanpa henti.

esoknya, isnin. boy dipanggil olh ketua warden. tak lama kemudian kami berlima yg lain - aku, sudin, taleban, itik & kundur pulak dipanggil. kegembiraan kami hanya sekelip mata. kami berenam, kena rotan & didenda cuci tandas asrama.

catatan: tamat sekolah, boy menyertai sebuah band yg pernah merakamkan album, taleban jd cikgu, itik masuk uitm (tp lps tu tk tahu plak ke mana). spt yg lain2nya, aku dh lost contact

0 refleksi: