masih ramai orang buta huruf di malaysia!

Sep 23, 2009

aku kerja hari ni, walaupun kebanyakan org masih menyambut hari raya & bercuti.
ofis dibuka. tapi masalahnya semua kedai mkn & kantin berhampiran, ditutup.
aku tk bersarapan pagi ini. olh sbb tu aku ke sebuah kompleks beli belah tgh hari td.
kalau takda bnyk pilihan atau kedai mkn yg dibuka pun sekurang2nya restoran makanan segera pasti buka. lgpun itu sj pilihan yg ada. kalau tk, kebulurlah hari ini.

slps mkn, masih ada sedikit masa utk singgah beli apa yg patut di hypermarket di situ. lgpun nk meneman rkn sepejbt yg nk beli sedikit barangan keperluan.aku cuma beli 2 botol minuman jus, yg menawarkan harga diskaun.olh sbb memang disediakan lorong pantas (fast lane) utk yg membeli barangan yg sedikit jumlahnya, aku pun beratur dilorong tsbt.

agak mengecewakan bila ada 2 org yg beratur di dpnku, membawa troli yg sarat dgn muatan pelbagai barangan. sdgkan dgn jelas & terang papan tanda yg menyatakan "10 items and below only". sama ada mrk buat2 tak peduli atau memang buta huruf, aku tk pasti. lebih memanaskan hati, kasyier tdk pula menghalang mrk dpd melanggar peraturan. sebaliknya dgn 'senang hati' membuat kiraan barangan. perbuatannya mendpt reaksi aku & seorg lagi pelanggan yg beratur di dpnku. ttp tdk ada tindakan pun dpd kasyier tsbt. kemudian seorg lagi dgn troli yg sarat kemudian membuat bayaran di kaunter. sekali lagi kami komplen. pelanggan itu sebaliknya mengatakan "ini kasyier tkda marah, apasal lu org bising?!"dgn nada kurang ajar. aku pun membantah "lu tak tau baca ka, tara nampak itu tulisan?". dan seorg lagi pelanggan yg menyokongku menambah "so selfish la you!". pd pelanggan yg menolak troli penuh itu. sebaliknya si kasyier, tdk berkata apa2 sebaliknya terus memasukkan barangan dlm beg plastik & mengira item barangan. dgn masam muka, pelanggan yg menolak troli berlalu dgn merungut. walhal dia sendiri tahu yg dia bersikap pentingkan diri.

haruskah aku salahkan dia? sdgkan yg membuat peraturan pun tak ambil peduli, tambahan pula sikap si kasyier yg langsung tdk ambil endah aduan & bantahan kami.apa gunanya fast lane? kalau tdk dipatuhi pelanggan & pemilik serta pekerja hypermarket itu sendiri? lebih baik biarkan saja semua lorong sama, tak kira barnagn bnyk atau sedikit, takdalah yg sakit hati...

3 refleksi:

tdevaraj said...

Kasyer tu tension sebab bekerja; mungkin dia masih dalam mood Raya

2. 2 orang yang tak reti baca tu BODOH SELFISH (variasi bodoh sombong?)

tg shaaban said...

1. kasyier tu tk sambut raya tp deepavali

2. bodoh, sombong, selfish, kurang ajar, bangang dan seumpamanya

tdevaraj said...

Kasyer tu mungkin tension tak dapat makan jamuan raya...:)