abang mior dan zakat fitrah

Sep 16, 2009

sjk 7-8 tahun kebelakangan aku tk perlu pergi ke masjid atau tmpt tertentu utk menunaikan zakat fitrah. malah saban thn, semasa ramadan, seorg amil akan dtg ke ofis menemuiku. aneh bukan? tidak. amil tersbt ialah abg mior, suami kpd salah seorg staf di ofisku. setiap kali ramadan abg mior akn dtg ke ofis tepat pd masanya. iaitu sebaik kami mendpt gaji bulanan. kami tk perlu bersusah payah, sediakan wang yg cukup shj. begitulah istimewanya abg mior kpd kami.

tp ramadan kali ini aku tertunggu-tunggu kedatgn abg mior ke ofis. menjelang 10 hari lg syawal, abg mior masih belum muncul. apakah abg mior sudah dtg ke ofis semasa ketiadaanku? tp spt kebiasaan, abg mior tetap akan dtg semula, krn mengenali staf yg belum dikutipnya duit zakat fitrah. thn ini nampaknya kelibat abg mior tk muncul.

bukan tkda amil di tmpt lain. selalu jgk aku ternampak amil yg merata tempat. di kompleks beli belah, di pasar ramadan, dekat bank. pendeknya sekarang ni pemungut zakat lebih proaktif, mrk dtg kpd org ramai. mrk diletkkan di tempat tumpuan awam. tp aku tetap nk tunaikan zakat fitrah melalui abg mior.

olh sbb raya dh semakin dekat, bimbang tk sempat atau terlupa, lantas aku tanyakan hal ini pd isteri abg mior. yg memberitahu yg abg mior tdk lg menjadi amil mulai thn ini. jd aku perlulah jgk byr zakat pd amil lain. minggu lps, kebetulan aku terserempak dgn abg mior. mengesahkan apa yg dimaklum olh isterinya. spt biasa dgn sopannya dia mintka maaf sbb tk beritau awal2. tkda apa yg perlu dimaafkan, 'khidmat' yg diberikan selama ini amat terpuji. kami amat berterima kasih pdnya.

ptg semlm aku singgah di sebuah restoran makanan segera utk bungkus makanan buka puasa. kebetulan berhampiran restoran itu ada sebuah kaunter bayaran zakat. jadi, aku ambil kesempatan utk buat bayaran. buat pertama kalinya sjk beberapa thn, aku tdk menggunakan khidmat abg mior.

0 refleksi: