sehelai rambut panjang di atas meja

Sep 10, 2009

aku sampai di ofis pg ni kira-kira jam 7:30.
semasa aku mengemas meja, sebaik sj on kan komputer
aku ternmpk sesuatu...
ada sehelai rambut panjang atas mejaku
ptg semlm takde, hari-hari sebelum ni pun takde, selama ni pun tk pernah jumpa.
siapa punya rambut?
rambut aku pendek aje
kemungkinan besar rambut seorang perempuan
kalau rambut seorg perempuan...siapa?
semua staf di ofisku, bertudung.
yg lelakinya semua berambut pendek, botak pun ada.
habis tu rambut siapa tu?
aku nekad, aku akan contact horatio dpd CSi
suruh diorg buat ujian dna
spy aku tahu siapa gerangan empunya rambut yg sengaja meninggalkannya pd meja tmpt aku bekerja. ini kes serius ni...he he
bilik aku telah diceroboh semasa ketiadaannku.
atau mungkinkah itu bkn rambut manusia...rambut bunian mungkin atau rambut hantu atau pontianak...heee mintak dijauhkan.
tadi aku letak rambut tu, kt satu sudut atas meja ku.
olh sbb aku agak sibuk pg ni, tengah hari begini baru aku teringat pasal rambut tu. kucari-cari semula. tak da. tak jumpa. mana hilangnya? ada org/org ghaib/halimunan/hantu ambik balik gamaknya!
rambut ... ooo...rambut!

3 refleksi:

suriahoney said...

u konfiden je yg tu rambut, entah2 bulu ****** he he

tg shaaban said...

ha ha ha... tk senonoh

tdevaraj said...

Hanya jauhari yang mengenal maknikam....hanya orang yang teramat intim boleh kenal hal begini..

TS..skandal apa ni?