meraikan yang ada, mengingati yang tiada

Sep 20, 2009

rumah mak mentua di kampung penuh sesak dgn anak2 & cucu yg pulang beraya sjk ptg semlm & mlm tadi. hinggakan segenap ruang rumah penuh sesak. nk tidur pun dh serupa mangsa banjir. bergelimpangan. mujur rumah mak mentua aku ni besar. ada 6 bilik, itupun masih belum mampu menampung anak cucu yg pulang beraya.

pg ni slps bersarapan nasi dagang, ketupat, rendang & kuih kacang. masing2 sibuk bersiap dgn baju raya. pagi2 ni masing2 sibuk menggayakan baju melayu & baju kurung. menariknya setiap keluarga dgn warna tema masing2, lengkap bersampin & bersongkok bg yg lelaki. yg perempuan plak dgn baju kurung & tudung pelbagai fesyen. sebelum ke masjid utk solat sunat aidilfitri, tradisi tahun2 sebelumnya kami semua saling bermaaf2an. cuma tahun ini buat kali ke-2 beraya tanpa arwah ayah. sedikit menyedihkan suasana. slps tu yg lelakinya mula bergerak ke masjid.

selesai ke masjid, konvoi ke pusara mula bergerak. 8 buah kereta bergerak serentak. melawat pusara arwah ayah, dgn pimpinan bacaan yasin & doa abg ngah. terasa terharu mengenangkan yg sudah tiada.

slps menziarahi pusara, kami singgah di rumah saudara mara. 4 buah kesemuanya. ternyata sukar bg btuan rumah menyediakan ruang apalagi juadah utk rombongan kami, ibarat rombongan nikah kahwin lagaknya. ramai sekali. yg paling aku ingat ialah serbuan kami di senuah rumah iaitu rumah mak itam yg menyajikan nasi dagang dng kari ayam kampung. perjalanan balik konvoi ini hanya sampai ke rumah pd jam 3:00 ptg. agenda seterusnya, tidur...zzzz dlm kekenyangan.

0 refleksi: