kisah kawanku, z

Sep 1, 2009

seorang kwn lama, z, mengirim sms pdku. sms tentang kelebihan ramadan. & selamat berpuasa buatku & keluarga. sekali gus sms tu membuatku terkenang kisahnya yg lampau.
semasa bujang dulu, kami pernah tinggal serumah, malah sebilik. orgnya baik ttp selalu kurang bernasib baik. di kampus dulu dia selalu merungut pasal kursus yg diambilnya sukar. dpt penyelia tesis yg dikenali amat tegas. habis belajar, z antara kwnku yg terakhir dpt kerja. menganggur buat beberapa lama slps grad. dia hanya bekerja kilang di berhampiran kampungnya di utara. sudah bnyk temu duga dihadiri, tp satu pun tk lekat. satu hari aku berckp panjang di telefon & menasihatinya. aku ajak z berhijrah ke kl. aku tawarkannya tmpt tinggal di rumah sewaku. malah aku sanggup berkongsi bilik dgnnya.z mengatakan yg dia bergantung harap pdku. sbb dia tiada saudara-mara di kl. lagipun terpaksa meninggalkan mak ayah yg sudah tua di kg. aku sanggup dulukan duitku utk sewanya, hanya perlu diganti balik slps dia dpt kerja nanti. z nekad, dtg ke kl atas dorongan semangatku. dia dtg dgn motornya dgn sebuah beg besar serta sebuah harapan menggunung, berhijrah demi masa depan lebih baik.
kebetulan ada kerja kosong sbg pengurus cwgn di satu kedai 24 jm hampir dgn rumah sewa kami. dia diterima bekerja. kami berkongsi kegembiraan & z tk henti2 mengucapkan terima kasih pdku. bgmanapun dia menempuh kesukaran sepanjang bekerja di situ krn kekurangan staf. adakalanya z terpaksa bekerja 48jam semata2 mengisi ketiadaan staf. ada kala aku yg kesian, turut membantunya sbg jurujual di situ. pd suatu hari, kedai yg diurusnya telah kehilangan sejumlah wang. hanya 2 org yg mempunyai akses. jadi z telah ditahan di lokap & disoalsiasat sbg suspek. mujurlah dia terlepas krn hasil siasatan menunjukkan seorg lagi staf yg punya akses telah menghilangkan diri. malah wang itu hilang dlm tempoh pengawasannya. tak tahan dgn masalah yg melanda kedai 24 jam itu, dia berhenti kerja. beberapa bulan dia menganggur, sehinggalh mendpt kerja kilang melalui agensi pekerjaan. malangnya sebhg gajinya terpaksa diberi komisen pd ejen tsbt. slps beberpa bulan dia berhenti kerja, itupun slps aku menasihatkannya cari kerja lain yg lebih sesuai dgn kelulusannya. pd ketika itu, z hampir putus asa & mahu pulang sj ke kg. dgn pengalamannya, dia dpt kerja sbg pengurus cwngn kedai 24 jam tp kompeni berlainan. kali ini dia bertahan dgn bekerja di situ. dgn itu z dpt beli motor baru besar yg menjadi idamannya, menggantikan motor buruknya yg dipakai sejak di kampus dulu. malangnya beberpa bulan kemudian, motor tersbt dicuri. z, menghadapi kesukaran ke tmpt kerj krn terpaksa menaiki bas. sehingga sering lewat sampai. beberapa kali dia diberi amaran. utk mengatasai masalah itu, z, membeli sebuah basikal. dia berbasikal dr rumah sewa ke tmpt kerja setiap hari. termasuk utk shif malam, sejauh hampir 10km! dlm masa sama, ada hikmahnya. z dpt berjimat & mengumpul wang, lalu membeli sebuah kereta.
slps tu kami berpisah krn aku berpindah, duduk di rumah kakakku yg suaminya meninggal dunia. pd hari terakhir sblm aku berpindah, kami berbual hingga ke pagi. Z amat berterima kasih atas pertolonganku selama ini. kami saling berjanji akan terus berkwn sampai bila-bila!
kami terus berhubung hingga ke hari ini. z, kini masih bekerja dgn kompeni yg sama. punya sebuah rumah di s. alam, tinggal bersama isteri & 4 anaknya. dr masa ke masa kami akan berhubungan melalui telefon. setiap kali raya kami akan saling kunjung mengunjung. z, antara kwn lama yg masih berhubungan. yg lain entah di mana gerangan mrk...

0 refleksi: