- PBAKL...2 -

Apr 29, 2011



nak ke sana hari ni.
PBAKL tinggal 3 hari lagi.

- merong -



dah tak payah susah-susah nak ke pawagam. . sekarang, boleh tonton kat rumah je. bayar rm15 , dah boleh tengok ramai-ramai. tak kesah lah kalau merong (stephen rahman hughes) cakap melayu tak berapa nak betul....

- gambir atau terubuk -

Apr 28, 2011

seorang kawan menelefonku dari sarawak.
tujuan utamanya bertanyakan pasal satu projek yg aku sedang usahakan.
dia ke sana pun untuk meninjau projek yg sedang diusahakannya.
dia seorang yg serius. memang workaholic. aku kenali dia daripada seorang lagi kawan.
tapi di hujung perbualan telefon itu dia melawak. dan agak janggal bunyinya...

kawan: nko nak kirim ape?

aku: tak de apa-apa lah...

kawan: mana tau nak kirim, gambir sarawak...ha ha ha ha

aku mulanya terdiam. kemudian turut ketawa yg dibuat-buat...ha ha ha

aku: kalau dapat ikan terubuk masin pun ok gak...

kawan: ye gak kan...

selepas memberi salam. perbualan telefon pendek kami pun tamat. kemudian aku pun teringat seorang kawan lain yg pernah bertanya, sedap ke makan gambir sarawak tu?

- barang naik gaji naik, gaji naik barang naik -

Selaraskan Gaji untuk Imbangi Harga Barang

KANGAR 27 April - Kongres kesatuan pekerja-pekerja kakitangan awam (cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam. presidennya, datuk omar osman, berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih rm500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah. penyelarasan dibuat dengan menaikkan elaun cola kepada rm300 tidak kira untuk luar bandar atau bandar dan menaikkan elaun perumahan kepada rm300 kepada kakitangan gred 40 ke bawah...

sumber: utusan malaysia


- dulu kerajaan dah benarkan kakitangan awam buat kerja part time utk tambah pendapatan. ada yg jual burger, berniaga pasar malam untuk tambah pendapatan mereka. tapi ada jugak yg gunakan pejabat sebagai tempat berniaga tudung, bisnes MLM, insurans dll. ada yg guna peralatan pejabat yg bertag hak kerajaan untuk bisnes online buat blog atau bisnes di fesbuk.


- gaji memanglah tak bertambah, tapi tiap tahun akan ada kenaikan. bagi pekerja yg cemerlang dapatlah melintang dan menegak ataupun paling kurang, mendatar. tapi tiap-tiap tahun tetap naik. mengapa kata gaji tak berubah? negara mana atau syarikat mana yg tambah gaji setiap bulan?


- memanglah elaun peumahan tu tak banyak sedangkan sewa rumah mahal. tapi penjawat awam ada yg diberikan kuarters kediaman. manakala mereka diberikan kemudahan pinjaman perumahan. kadar faedah pinjamannya jugak rendah. ini tak dinikmati oleh pekerja bukan penjawat awam.


- macam biasa, bila penjawat awam dinaikkan gaji, maka harga barang pun naiklah jugak secara automatik. kenaikan tu takkan beri sebarang kesan pun. nak tampung balik harga barangan yg naik. sekali gus harga barangan yg naik juga membebankan pekerja bukan penjawat awam yg lain, yg gajinya tak naik dan bukan bernaung bawah cuepacs.


- kepada presiden cuepacs, janganlah mewakili sebahagian penjawat awam sahaja. janganlah hendak jadi popular dengan isu populis. kalau nak mintak gaji naik, pelarasan elaun ke, mintaklah untuk semua penjawat awam. mengapa ada pilih kasih atau berpilih-pilih? mengapa tuntut untuk gred 40 ke bawah sahaja? adakah kerana gred 40 ke bawah terdiri dpd kakitangan sokongan yg paling majoriti jumlahnya dalam cuepacs? adakah harga barangan naik tak melibatkan gred 40 ke atas?


- stigma masyarakat awam terhadap penjawat awam masih belum dapat dihilangkan sehingga ke hari ini. apa peranan cuepacs dan presidennya dalam hal ini? nak tuntut gaji naik, servis kena ditingkatkan lagi, penyampaian perlu dikemas kini jugak. kursus, seminar, bengkel dan latihan paling banyak dianjurkan utk penjawat awam...sejauh mana pencapaiannya? kalau masih ditakuk lama, memang patutlah gaji pun di takuk lama jugak.

- kawan lama yang misteri -

Apr 27, 2011

malam tadi aku ke mydin. dekat aje dengan rumah. tujuan asal nak keluarkan duit daripada mesin atm. maklumlah, gaji baru masuk banyak 'perkara' perlu dilangsaikan. kata orang masuk sini keluar sana.


macam biasalah, bila dah keluar tu adalah 'pesanan penaja' daripada wifey. minta belikan kordial oren, ubat gigi dan sabun basuh yg hampir kehabisan. malas jugak rasanya nak masuk ke pasar raya mydin semata-mata nak beli barangan dengan jumlah kecil itu. pertama, sesaklah jugak hujung bulan begini. keduanya, nak beratur di kaunter bayaran. mujur jugalah ada kaunter ekspres untuk yg beli sikit.


dalam pada mencari barangan yg dipesan tu, aku ternampak kelibat seorang yg pernah aku kenal. sedang menjinjing bakul. aku berdiri saja, memerhati. manalah tahu kalau-kalau salah orang. "assalamualaikum, ni mat kan?" aku menyapanya sambil menghulur tangan untuk berjabat tangan. tanganku disambutnya.


memang tak salah lagi. mat rakan sekolah aku. kami tidaklah rapat sangat. yg aku tahu dia ada 'masalah' sikit di sekolah dulu. dia agak misteri orangnya. pendiam tak banyak cakap. kawan rapat pun tak ramai, suka menyendiri. raut wajahnya seolah-olah sentiasa dalam masalah. ada juga beberapa kawan yg cuba rapat dengannya, tapi dia terus juga kekal begitu.


seingat aku, dia mendaftar masuk ke asrama sekolah kami semasa tingkatan 5. lepas tu, dia ada 'masalah' dengan sekumpulan senior di asrama. tak lama kemudian dia keluar dari asrama. berulang alik ke sekolah setiap hari. sekolah kami bukan asrama penuh tapi semi-asrama.


dalam jangka masa pendek dia tinggal di asrama itu, dia pernah bergaduh dengan pelajar senior, didenda oleh warden kerana keluar asrama tanpa kebenaran, dan ditangkap sekuriti kerana keluar malam. selepas keluar dari asrama, aku dapat tahu, rekod kehadirannya ke sekolah agak terjejas. tapi tak siapa di antara kami, kawan-kawan seasrama mahupun sekelas dengannya, yg tahu apakah sebabnya dia bersikap sebegitu.


pertemuan kami malam tadi pun tidak mesra, malah dingin. sepatah aku bertanya, sepatah saja jawabnya. wajahnya masih macam dulu, macam orang bermasalah. apa yang boleh aku buat selain meminta nombor telefonnya. pertemuan singkat itu, disingkatkan lagi dengan kemisterian dirinya. dia berada di depan aku pada jasadnya sahaja, fikirannya entah ke mana. dia seakan langsung tak teruja, bertemu kawan lama. apalah yg nak aku harapkan lagi, dia masih seperti dulu. meski zaman sekolah kami sudah lama berlalu. mungkin hanya aku saja yg menganggapnya sebagai kawan, sedangkan dia tidak pula beranggapan begitu. entahlah...

champions league - semi final 1st leg



schalke 04 - 0 vs man utd - 2 (giggs, rooney)







soccernet.com

- ceringkas (pesta buku) -

Apr 26, 2011

perasmian

pagi semalam, isnin 25 april, perasmian disempurnakan oleh tan sri muhyiddin timbalan PM. walaupun jadual yg dihebahkan di laman web & media bermula seawal 10 pagi tetapi jadual sebenar ialah 11 pagi dan tertera jelas pada back drop. mengapa? supaya jemputan datang lebih awal agaknya. aku salah seorang daripadanya yg sampai di situ jam 9:40 pagi....kena tunggu lebih 1 jam.


oleh sebab pentas utamanya terletak di tempat terbuka, suasana agak tidak sesuai kerana pengunjung pesta lalu lalang, masuk keluar di laluan untuk ke gerai buku. majlis tidak nampak formal, mungkin sengaja tujuannya begitu oleh penganjur, tak tahulah.


jemputan yg hadir diberikan satu beg kertas berisi buku cenderamata, majalah quill, majalah seni rias, air mineral dan kotak berisi kuih bahulu - ya, kuih bahulu!


duta buku

ada ramai duta buku terdiri daripada budak muda. membantu pengunjung, menunjuk arah dan memberikan risalah edaran. mereka pakai baju kuning dan baju merah. mereka ni rajin dan mesra.


tapi oleh sebab jumlah mereka agak ramai, maka tugasannya bertindih dan berlapis. hampir semuanya lakukan tugas yg sama, di lokasi yg sama dan mengedarkan benda yg sama...!


penjual/pempamer

yang berkunjung ke pesta buku ini tujuan utamanya nak beli buku atau sekurang-kurangnya nak 'tengok' buku.


tak salah kalau ada dijual juga benda lain macam top-up untuk henfon. atau ada jugak bank yg tawarkan kad kredit, atau jual tiket untuk konsert hiburan, atau jual cd atau jual tudung. tapi ini pesta buku. bukankah, pesta buku untuk aktiviti beli dan jual buku.


atau ada penjual yg memujuk rayu supaya 'luangkan masa 5 minit' untuk menjelaskan mengenai produk mereka. ada jugak yg 'mengepung' laluan pengunjung supaya masuk ke gerai, atau 'memaksa' kita mengambil risalah yg mereka hulurkan. ini dah macam gangguan.


ada juga yg buat promosi, cabutan bertuah. boleh dapat hadiah motosikal, henfon dan ipad. tak pulak dipastikan ada tak pemenangnya....atau sekadar gimik.


liputan

semasa acara perasmian, bukan main ramai lagi wakil media datang. wartawan, jurugambar dan jurukamera. semuanya lengkap dengan kamera video dan digital masing-masing dengan lensa panjang sedepa.


macam biasa bila nak buat gimik pelancaran, jurugambar dan jurukamera ni paling ke depan pentas untuk dapat angle dan shot paling baik. sudahnya jemputan yg di bawah, tak nampak apa yg berlaku atas pentas.


anehnya, takde pulak tersiar laporan mereka dalam berita tv. malam tadi takde satu pun stesen tv yg siar perasmian pesta buku ni. sebabnya aku tukar-tukar siaran dan saluran semasa berita jam 8. cuma tv2 versi berita inggeris sahaja yg siar mengenainya. yg lelain kenapa tak siar? berita pesta buku tak penting ke? jadi apa gunanya hantar jurukamera ramai-ramai?

- resensi. . . 27 -





Judul: Pilihan Raya Malaysia ke-12: Isu dan Pola Pengundian

Editor: Joseph M. Fernando, Zulkanain Abd Rahman & Suffian Mansor

Terbitan: Penerbit Universiti Malaya/2011

Sinopsis


Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 (PRU12) yg diadakan pada 8 mac 2008 merupakan peristiwa bersejarah (historical watershed) cukup bermakna dan membawa erti tersendiri kepada arena politik malaysia secara keseluruhannya. buat pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun, selepas malaysia mencapai kemerdekaan, barisan nasional hanya mampu membentuk kerajaan dengan kemenangan majoriti mudah, bukannya menguasai 2/3 kerusi parlimen. dengan kata lain PRU12 memberi kejutan besar atau tsunami politik yg membawa implikasi besar dan tersendiri kepada hala tuju politik malaysia sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun akan datang. kemerosotan bilangan kerusi sama ada parlimen atau dewan undangan negeri yg dikuasai oleh BN selepas PRU12 menimbulkan banyak tanda tanya. antara persoalan tersebut ialah setakat mana persekitaran politik sedia ada berupaya membawa perubahan radikal yg mengejutkan banyak pihak termasuklah pengundi, calon dan parti bertanding. apakah keadaan yg menyebabkan pengundi mengalihkan sokongan mereka kepada pakatan politik PKR-DAP-PAS dalam PRU12? seperkara lagi sejauh manakah media alternatif berguna dan memainkan peranan membekalkan maklumat mengenai politik malaysia kepada pengundi khasnya pengundi muda dan pengundi di bandar? kesemua persoalan ini menjadikan PRU12 sebagai suatu tema yg menarik dan mencabar untuk dianalisis. buku ini memuatkan tulisan sekumpulan 10 orang ahli akademik daripada jabatan sejarah, universiti malaya. perbincangan dalam setiap bab dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu latar belakang politik negeri berkenaan sebelum PRU12; persediaan calon, cara berkempen, isu dan parti bertanding; dan analisi keputusan PRU12 di negeri berkenaan. kepelbagaian sumber dan pendekatan yg digunakan dalam buku ini penting bagi memberikan analisis dan tafsiran yg seimbang serta menyeluruh berkaitan dengan PRU12.


- menilai nilai...2 -

aduan pernah dibuat. dalam ruangan surat pembaca di akhbar juga pernah disiarkan. tapi pusat pengumpulan kitar semula ini masih 'menjual' sate, nasi ayam, rojak dan laksa...

herannya, pelanggan tetapnya pun ramai.
23.4.2011

- mencari silapnya nasi lemak -

sekarang ni sibuk pasal isu nasi lemak di kantin sekolah. kononnya penyebab obesiti kata menteri kesihatan. semalam ada pulak yg membantah, antara komen mereka sejak dari kecik sampai separuh abad mereka makan nasi lemak, takde pulak obes. mereka ni cakap ikut sedap mulut aje ke atau dah buat kajian saintifik. atau ada agenda sebaliknya (dah macam pembangkang bunyinya...). yang aku tahu, anak-anak aku cakap tak banyak pilihan di kantin. yg ada cuma nasi lemak, mi goreng, nuget, karipap....balik-balik itu je hari-hari.


zaman aku sekolah dulu memangla banyak pilihan. lagipun dulu kelas tahun satu ada satu je. sekarang tahun satu ada 7-8 kelas. waktu rehat pun terpaksa dibahagikan kepada beberapa sesi. pengusaha kantin pun tak menang tangan nak menyediakan makanan.


makcik kantin: ontahlah, dah 10 taun mak cik jual nasik lomak, takdo pulak mak bapak ngadu anak eh jadi gomok...


budak sekolah: kadang-kadang mak bagi bekal kfc yg tak habis semalam.


cikgu sekolah: bila ada mesyuarat guru, ambik order nasi lemak dari mak cik kantin je...jimat sikit. lagipun hujung bulan baru bayar.


mak bapak: anak-anak saya kurus keding je. bawak beg pun kena ada roda. obes tu bukan gemuk ke?


pergilah mana-mana kantin, kafeteria, kedai mamak, gerai tepi jalan, kopitiam atau hotel yg ada bintang -nasi lemak memang menu wajib untuk sarapan. berapa peratus agaknya, kanak-kanak sekolah yg mengalami obesiti? adakah puncanya sebab makan nasi lemak di kantin?


siapa nak jawab?

- menilai nilai -

Apr 25, 2011

gambar diambil di sebuah kedai di tmn desa cempaka, nilai

- anugerah yg tiada pemenang -

Apr 24, 2011

aku dijemput untuk menghadiri satu majlis anugerah di sebuah hotel 5 bintang di KL. sudah tentulah ada majlis makan-makan sekali. kalau buat di tempat yg gah, sudah pasti anugerah yg nak disampaikan juga berprestij. anugerahnya di peringkat nasional, memilih yg terbaik antara yg terbaik.


kalau dalam industri hiburan, dah banyak anugerah dianjurkan. tujuannya memang baik, mahu mengangkat yg terbaik. bila mahu pilih yg terbaik, maka ramainya yg mahu menghasilkan produk yg terbaik. bersaing untuk mencipta mahakarya masing-masing. sekali gus bila semua orang menghasilkan produk yg terbaik sahaja, maka melonjakklah industri ke tahap yg tinggi dengan kualiti yg mencapai piawai antarabangsa.


tapi kerap kali soal pemberian anugerah cuba dikomersialkan. akhirnya bukan yg terbaik yg dinobatkan sebagai terbaik. tapi yg paling popular. ukuran popular dijadikan tanda aras sebagai terbaik. tapi jangan pula kita abaikan, bahawa yg terbaik tak semestinya tidak popular. ada kalanya yg popular juga adalah yg terbaik. eh, berpusing-pusing pula persoalan yg nak disampaikan ini....


kerap kali juga berlakunya isu rumah siap pahat berbunyi. ada pihak yg tak puas hati, si anu atau karya itu yang menang. bukan yang ini. itu tak dapat tidak untuk menghalangnya. ada pendapat masing-masing, ada kayu ukur masing-masing. mencemuh yg menang, cuba mengangkat yg kalah. walhal memang sudah adat bertanding, ada kalah menangnya. yg kalah bukannya tak baik tetapi ada yg lebih baik daripadanya.


majlis anugerah yg aku hadiri ini berkaitan buku & penulisan. aku difahamkan, ada enam anugerah yg dipertandingkan. tapi pada majlis ini hanya dua sahaja yg disampaikan kepada pemenang. manakala empat lagi dimaklumkan tiada pemenang. kerana alasannya, tiada yg boleh diangkat sebagai terbaik. wah, tinggi benar ukuran yg ditetapkan hinggakan juri atau panel pemilih sanggup mengetepikan pencalonan dengan mengisyhtiharkan tiada sebarang pemenang.


tetapi apa yg aku risik-risik daripada sumber yg sangat dipercayai, ada sesuatu yg berlaku di belakang tabir. hinggakan timbul isu bantah-membantah, tuduh menuduh, wujudnya bias, pilih kasih, boikot-memboikot. kaedah kompromi terbaik demi menyelamatkan maruah penganjur & menjaga air muka semua pihak, maka jalan keluar yg diambil ialah mengisyhtiharkan tiadanya pemenang atau tiada yg terbaik....kononnya.


berbaliklah kepada tujuan asal mana-mana anugerah. untuk meraikan yg layak menang, menggalakkan penghasilan karya penulisan, untuk mendorong persaingan menghasilkan yg terbaik. macam manalah kita nak bertanding di peringkat antarabangsa apalagi peringkat global kalau di peringkat nasional pun dikatakan tiada yg layak diangkat sebagai terbaik. kalau benarlah ada isu di sebalik tabir, ianya amat malang sekali. sampai bilalah agaknya akan muncul pemenang nobel laurette dari negara kita agaknya...


akhirnya, majlis anugerah itu hanyalah sekadar majlis makan-makan dan mengikuti persembahan halwa mata & telinga. sedangkan yg patut diraikan tidak muncul. maka jadilah penyampaian anugerah tak ubah sebagai acara selingan bukannya acara kemuncak. memang janggal rasanya...

- PBAKL 2011 -

Apr 22, 2011





PBAKL datang lagi. berlangsung buat kali ke-30. bermula hari ini dan berakhir 1 mei depan.


aku akan ke sana buat kesekian kali. rutin sejak 12 tahun dulu, tak pernah terlepas.

- adegan sebabak di pejabat pos -

mujur juga sekarang ni dah banyak perkhidmatan online untuk bayar bil atau depositkan duit. sekurang-kurangnya pun kalau tak de kemudahan internet kita guna mesin. tak payah dah nak beratur atau tunggu giliran di kaunter. masa pun dapat dijimatkan. itu belum cerita bab kepayahan nak memarkir.


khidmat kaunter pun dah semakin dikurangkan. terutama di bank, hanya urusan tertentu saja dibuat di kaunter. staf yg menguruskan kaunter jugak semakin kurang. tetapi yg memerlukan semakan dokumentasi masih memerlukan khidmat kaunter terutama di jabatan kerajaan. mungkin sekarang ni pekerja di kaunter dah lebih 'mesra pelanggan'. mereka sudah dilatih akan peri pentingnya hal sedemikian.


kalau dulu petugas kaunter ni, nak nampak mereka senyum pun payah. ada yg bibir muncung macam ikan julung-julung. ada wajah seperti pemungut hutang along, macam nak makan orang. ada yg muka kelat macam tak mandi seminggu. nak ucap terima kasih pun payah, macam ada emas dalam mulut, kalau buka mulut, emas tu akan jatuh bertabur.


aku ingatkan 'zaman kegelapan' itu sudah berakhir. dah seronok dah, hanya berurusan dengan mesin atau komputer yg tak punya perasaan atau emosi. lebih mudah berurus tanpa perlu bersemuka. tapi tengah hari semalam, oleh sebab nak buat urusan pos, kena jugakla berurusan di kaunter.


berikut ialah skrip adegan sebabak penuh kemesraan di kaunter pos:


mula-mula aku ambik nombor giliran pada mesin. ada ramai orang lain yg sedang menunggu giliran untuk khidmat kaunter. tetapi kemudian ternampak kaunter pos laju/bungkusan di bahagian tepi pejabat pos itu. lalu aku terus saja ke kaunter itu.


pekerja pos: (berdiri dan hanya memandang aku tanpa bersuara sambil menunjukkan isyarat mengangkat dagunya - kau nak apa? - mungkin)


aku: err...saya nak buat pos laju (dengan muka cuak....)


pekerja pos: dah isi borang...? (mengambil tempat duduknya, sambil menulis sesuatu & tidak berpaling pada aku pun)


aku:...dah... (sambil mengeluarkan borang yg dah siap diisi)


pekerja pos: (tak berkata apa-apa, lalu bangun pergi ke bahagian belakang...)


aku: (bediri tegak macam patung kat kedai baju)


pekerja pos: (mengambil tempatnya semula. membaca borang & mengambil bungkusan yg aku dah letakkan atas kaunter. kemudian dia, memprosesnya menggunakan komputer)


dalam pada itu muncul seorang awek di belakangku.


awek: kalau nak beli envelop pos ekspres, kat sini ye?


tak tahu kenapa awek tu tak tanya pekerja pos? mungkin aku lebih hensem...atau dia cuak tengok pekerja pos tu tengah 'sibuk' dengan muka yg macam baru lepas gaduh dengan bini.


aku: ya...(jawabku pendek. entah kenapa aku memandai-mandai je jawab. sebab sebelum ni, ada orang yg beli envelop tu di kaunter yg sama. sebab tu aku konfiden je jawab).


pekerja pos: (terus tunduk menjalankan tugasnya) sain.. (sambil menghulurkan borang yg aku isi tadi. tertinggal tandatangan. aku pun sain saja. kemudian pekerja pos tadi menyambung proses kerjanya).


tiba-tiba muncul seorang mamat mencelah di sebelah aku.


mamat: incik, nak beli setem kat sini boleh ke? (katanya teragak-agak...)


pekerja pos: ambik nomborla... tak pandai baca ke...! (terkeluar suara garaunya. mamat tadi terus beredar. sambil merungut sesuatu yg aku tak berapa dengar)


aku dan awek tadi saling berpandangan. sambil kedua-dua kami sama-sama menggelengkan kepala.


pekerja pos: 13.36 sen...(sambil tunduk tanpa memandang ke arah aku). akupun hulurkan duit rm15 padanya. dan baki dipulangkan bersama salinan borang tadi.


aku: terima kasih (ucapku separuh ikhlas).



pekerja pos: (diam membisu...)


aku pun beredar. dalam hati aku timbul seribu satu macam persoalan. mengapa sikap sebegini, masih ada...mengapakah tiada kemesraan antara kita...hu huu

- hak cipta terpelihara -

Apr 21, 2011

aku menghadiri seminar hak cipta sepanjang hari semalam. penganjurnya ialah universiti sains islam malaysia (usim). ada yg berseloroh bahawa beza & persamaan usim dgn universiti sains malaysia (usm) ialah kedua-duanya universiti sains tetapi usim lebih islam...he he. ada-ada saja.


banyaklah perkara yg dapat aku pelajari dan fahami. terutama berkaitan hak cipta daripada bahan internet & online. ada sesetengahnya aku sudah tahu, terutama kertas kerja pengenalan hak cipta & akta penerbitan. tapi bolehlah segarkan ingatan ini semula. pesertanya datang daripada pelbagai institusi dan organisasi terutama yg berkaitan penerbitan & hak cipta. penyertaan sangat menggalakkan. penganjurannya juga teratur sekali, jamuan makan yg disediakan juga menyelerakan sekali. sekalung tahniah buat penganjur...


namun ada sesetengah perkara yg dibentangkan oleh penceramah jemputan, yg kesemuanya berlatar belakangkan bidang undang-undang tak begitu tepat atau ada sesetengah pendapat mereka aku tak setuju. tapi tak mengapalah, pendapat yg disampaikan tak semestinya betul. begitu juga tafsiran aku atas pendapat mereka juga tak semestinya betul juga. yg penting fakta yg diutarakan tak bercanggah. cuma tafsiran ke atas fakta itu agak berbeza-beza. kita raikan dan murnikan saja perbezaan itu.


seperti biasa, peserta diberikan peluang mengemukakan soalan kepada penceramah. seperti biasa juga ada yg relevan atau tidak relevan langsung dengan topik yg dibicarakan. memanglah diakui penceramah itu pakar dalam bidang undang-undang, tetapi apa relevannya dengan seminar berkaitan hak cipta, jika soalan yg ditanya adalah isu 'video panas' pemimpin politik?


gunalah forum yg betul.....

- terbalikkan malas jadi salam -

Apr 19, 2011

tak tahulah sejauh mana benarnya. aku petik daripada satu status fb. katanya dipetik daripada ungkapan prof. ungku aziz. apa pun, perkara baik, jadikannya sebagai renungan:


rajin bercakap, rajin bekerja - bagus sekali


rajin bekerja, malas bercakap - kena buli


malas bekerja, rajin bercakap - wayang cina


malas bekerja, malas bercakap - tak guna


malas bekerja, suka mengadu - nyanyuk


malas bekerja, selalu ponteng - baik berhenti


malas bekerja, suka menyibuk - baik mati

- rahsia kejayaan... -

lalu aku pun bertanya kepada kawanku itu


bagaimana untuk sampai ke kedudukannya yang tinggi melangit itu


dia sekadar tersenyum, seraya berkata:

"...bergantung pada kabel...!"

- approved -

blog submitted to BlogMalaysia.com - approved

dear sha'aban ben moestapha,


thank you for submitting your blog to BlogMalaysia.com!


we are please to inform you that your blog - bangsawan nilai - has been accepted to BlogMalaysia.com directory!


here are the details of your blog:


********


********


thank you and happy blogging!


yours sincerely,


Dr KHOH Kho King


Founder


http://www.blogmalaysia.com/


aku terima e-mel ni malam tadi. aku baru submit minggu lepas. masa submit tu, mereka maklumkan mungkin ambil masa secepat-sepatnya sebulan baru approved. tapi baru seminggu dah lulus, kira cepat la. terima kasih dr khoh & teamnya.

- cerita cinta dulu-dulu -

Apr 18, 2011

mat j minat pada su. mungkin orang kata cinta monyet. sebab masa tu kami masih sekolah. su sekelas dengan aku. manakala mat j di aliran sains. su memang popular di sekolah. tentulah sebab utamanya su ni cantik orangnya. orangnya peramah dan sentiasa tersenyum, berhemah. aku rasa memang ramai pelajar lelaki yg jatuh hati padanya. kalau kat asrama su, memang ramai pemujanya, tapi dari jauh sahajalah...


satu hari, mat j menunjukkan puisi yg dikarangnya pada aku. puisi itu tentang su. masa itu, baru aku sedar yg mat j ada menaruh hati pada su. aku pun menawarkan diri untuk jadi orang tengah. tapi mat j, malu. dia lebih senang memuja dari jauh. lebih sanggup sekadar jadi secret admirer.


saban hari mat j berseloroh supaya aku sampaikan salamnya pada su. tapi menarik balik, bila aku cakap yg aku akan sampaikannya betul-betul. setiap hari bila aku jumpa mat j bila habis waktu sekolah dan kembali ke asrama, mat j akan bertanya pasal su. apa khabarnya, sihat ke, ceria tak hari ni. kadang-kadang rimas jugak aku dibuatnya.


aku pernah cabar mat j. kalau tak nak jumpa pun, sekurang-kurangnya tulis surat pada su. jadilah lelaki budiman, gentleman - dulu takde e-mel, nak hantar sms apath lagi fb atau tweeter -. mat j enggan. pada pandangan aku, kalau digandingkan mat j dengan su, memang padan dan sesuai. lalu aku ambik tindakan drastik, dengan menulis sendiri surat layang dengan menggunakan identiti mat j.


pada satu pagi nan indah, waktu rehat, aku masuk awal ke kelas. aku selitkan surat layang yg kononnya dari mat j kepada su. tindakan itu mungkin tak patut tapi tujuanku baik untuk merapatkan mat j dengan su. demi mahu melihat kebahagiaan seorang kawan.


esoknya aku, tengok reaksi atau respon daripada su. macam takde apa-apa yg berlaku. patutnya dia akan tertanya-tanya atau sekurang-kurangnya merisik daripada kalangan kawan-kawan bertanya gerangan si penulis surat. ataukah, dia tak jumpa surat itu dan belum membacanya. ataukah aku tersalah beg? argh.. tak mungkin salah sebab, tempat duduk su dan begnya memang aku kenal, sebab kami satu kelas dan meja tempat duduk pun tak jauh.


lusa pun sama. minggu berikutnya pun sama. takde reaksi, sama ada gelisah, ataupun rasa ingin tahu pada riak wajah su. tak boleh jadi, kalau begitu. jadi, aku pun merisik-risik pada kawan perempuan yg lain. terutama kawan baiknya lela & nani.


nak tahu...kenapa takde tindak balas daripada su. lela dan nani mendedahkan rahsia bahawa su adalah secret admirer aku. tapi dia segan nak berterus terang dengan aku. dia selalu bercerita pasal aku dengan kawan-kawan rapatnya . lagipun takkanlah yg perempuan mulakan dulu. aku pula macam takde reaksi balas padanya....alangkah terkejutnya aku! kemudian baru aku ingat, yg su selalu pinjam buku nota subjek sejarah aku. lagipun subjek sejarah ialah memang 'makanan' aku. dan su jugak pernah belikan aku kuih karipap & nasi lemak bungkus. rupanya itu satu kaedah mendekati aku. aiseh...butanya aku.


patutlah dia takde beri reaksi surat layang yg kononnya daripada mat j. alamak, macam mana boleh jadi macam ni pulak. takkan aku nak potong line mat j. macam mana nanti kalau mat j tahu, hal sebenarnya.


aku dilanda dilema. apakah aku akan beri reaksi balas kerana sudah tahu yg su sukakan aku? bagi tahu mat j yg su sebenarnya sukakan aku bukan dia? atau buat-buat tak tahu yg su sukakan aku? atau berterus terang dengan su yg mat j sukakan dia?


akhirnya, tak de apa-apa yg berlaku antara kami. aku menyimpan rahsia itu hingga ke hari ini. aku hanya mahukan status kawan sekelas dengan su. bohonglah aku kalau takde sedetik dalam hati untuk lebih daripada itu. tapi aku tak mahu 'mengkhianati' kawan baikku mat j. walaupun sebenarnya mereka tak pernah ada sebarang 'ikatan'. su tak pernah tahu siapa mat j. mat j pula tak pernah tahu yg su sebenarnya menaruh hati pada aku.


selepas tamat sekolah, aku dah putus hubungan langsung dan tak tahu di mana su sekarang. tetapi, dengan mat j, aku terus berhubungan hingga sekarang. biarlah cerita 'cinta monyet' itu kekal dalam peti rahsia aku...


kalaulah mat j atau su ada baca blog aku ni...alahai!

- pernah nampak sir alex frust begini...? -

kalau frust atau kecewa macam-macam ragam jadinya. biasanya tanpa sedar. ada yg kata sampai frust menonggeng. frust yg amat sangat. frust giler, kata orang sekarang. banyak sebabnya yg sebabkan kita frust. bila sesuatu yg sangat diidam dan diharapkan tak menjadi kenyataan. atau sesuatu yg kita jangka sangat yakin boleh dapat tetapi lain pulak yang jadinya. pasukan bola yg kita sokong hampir dah nak menang, tiba-tiba saat-saat akhir boleh kalah. orang bercinta sakan, tetapi akhirnya putus di tengah jalan. mana tak frust!

macam manalah aksi kita gamaknya? adakah macam ni gaya frustnya...istilah baru frust mencangkung!

eh...itu bukan sir alex tapi wenger...

- serupa tapi harga tak sama -

kenapa harga air mineral tak sama. satu, sebab ia ikut jenama. kedua, ikut di mana ia dijual atau dibeli.



kalau beli di pasar raya besar, mungkin boleh dapat murah kalau beli secara pukal. hari tu, masa jalan-jalan kat 'mid veli' (ikut stail erin...) eril kata dia dahaga. walaupun aku kata tunggula, kejap lagi kita pergi lunch, beli air sekali. tapi dia dah rasa tak tahan, dahaga sangat. bukan dia nak beli air 'pelik' sangat. nak beli air mineral je katanya.



aku pun berikan duit rm10 suruh dia beli air. dia pun pergilah dengan ditemani erol. sementara aku tunggu, di kedai kasut sebab wifey tengah membelek-belek kasut. tak lama kemudian, erol & eril sampai. termengah-mengah dengan sebotol air mineral yg sudah separuh diminum. eril pun memulangkan baki duit rm10 yg aku beri tadi. bakinya rm6. aik....! menimbulkan sikit tanda tanya padaku.



"beli kat mana air mineral ni...? tanyaku sambil masih memegang duit baki.


eril pun tunjuk arah kedai dia beli air mineral tu.


"emmm...patutla" aku tak komen apa-apa.


kenapa aku tak hairan harga sebotol air mineral sampai rm4? sebab eril beli di


STRUDELS.



mujur juga aku berikan dia duit rm10 tadi, kalau aku bagi rm2 tentu, botol air mineral pun takde...

- sikap kita, sikap orang... -

Apr 15, 2011

petang itu. aku baru pulang dari kerja. seperti biasa aku letak kereta depan rumah. sebaik saja aku menutup pintu kereta, ada bunyi dentuman. kereta bergegar dilanggar sesuatu. seorang budak yg menunggang basikal melanggar kereta aku.


kemudian dia bingkas bangun & mengayuh semula basikalnya.

"jalan punya lebar, kereta aku kat tepi ni yg kau langgar..." aku merungut.

tak jauh dari situ, emak budak itu yg juga jiran aku, turut berada berhampiran. mungkin kononnya, mengawasi anaknya. tapi dalam masa sama, leka berborak di telefon. dia nampak dengan jelas, kejadian yg berlaku depan matanya. dia bukan menegur atau memarahi anaknya. jauh sekali nak mintak maaf atas kesalahan anaknya, kepada aku.

tapi sebaliknya, dia ketawa berdekah-dekah. entah apa yg lucu, agaknya.

kereta aku sedikit tercalar. hati aku pun turut sama tercalar. aku langsung tak faham perangainya.

aku cuma perhatikan gelagatnya. langsung tak endah. seolah-olah tak ada apa-apa yg berlaku sebentar tadi. anaknya terus dibiarkan bermain basikal. dia pula terus berada di tepi jalan itu 'mengawasi' anaknya.


aku tak faham. langsung tak faham...!

- selamat hari jadi, eril... -


eril dah besar sekarang. 11 tahun, tapi dia cepat matang. betullah ramai yg kata anak yg sulung cepat matang.


rajin mengemas rumah, rajin buat homework, orang pertama yg menyahut bila dipanggil ialah, eril. tapi kerap jugak merajuk, sebab kami selalu minta dia mengalah dengan adik-adiknya. yg paling aku respek, eril dah boleh mengajar adik-adiknya mengaji quran. dia sedar, sebagai yg sulung, sentiasa bersikap protective akan adik-adiknya


selamat hari jadi....eril.

- pilih kelas pendidikan seni atau... -

Apr 14, 2011

lepas maghrib semalam, aku ditemani eril & erin ke pasar malam. rancang nak beli ala kadar aje, tapi macam selalu, akhirnya bawak balik sarat kedua-dua tangan dengan bungkusan makanan. ada rangka ayam, nasi ayam, kebab, mihun sup, kuey tiau (sampai sekarang aku tak pasti ejaan mana yg tepat - kueh tiau, kuey teauw...he he), nasi kerabu, keropok lekor, jagung bakar.....


habis makan, aku pun rehat nak tengok tv. erin datang mendekati, dengan muka orang bersalah. "papa, cikgu suruh bawak gunting, kertas putih, kad manila dengan gam..." suaranya macam pengumuman pramugari air asia, membacakan senarai daripada sekeping kertas.


"hmmm...bila nak beli? kan hari tu dah beli gunting dengan gam, dah habis ke?" aku layan tak layan je, kekenyangan & kesenakan perut.

"esok ada pendidikan seni..." jelas erin perlahan, macam tak terkeluar aje suaranya dari tekak.

"laaaa....esok nak pakai malam ni baru bagitau. tadi balik pasar malam tak cakap. boleh singgah kedai..." aku mula membebel. sesekali membebel apa salahnya kan. lagipun malas nak keluar balik. nak tukar baju tidur. erin diam saja. macam budak nakal di sekolah berdepan guru disiplin. matanya hanya terkelip-kelip. dia tau, dia yang salah.


waktu tu dah jam 9:00 lebih. aku kena buat keputusan segera. sebelum kedai tutup. mahu saja aku abaikan kalau fikir pasal lecehnya nak tukar pakaian, nak memandu ke kedai, dengan perut yg kenyang. tapi memikirkan rasa kasihan dan keprihatinan seorang ayah (ceewaah...) nak tak nak, aku turutkan jugak.


semasa memandu ke kedai, aku diam saja. erin masih dengan muka bersalahnya. aku tuju terus ke kedai alat tulis. mujur semuanya ada di situ. pusat sehenti lah kiranya. one stop center. kalau pergi kedai runcit, belum tentu semua bahan nak dibeli tu ade. atau pergi ke mydin, giant, tesco, malam-malam begini pun banyak masa terbuang. nak cari semua bahan yg nak dibeli di gedung yang besar dan nak beratur membayar di kaunter.


dalam perjalanan balik. barulah erin berani bersuara.

"kalau dah beli esok bolehlah masuk kelas pendidikan seni. kalau tak, kena masuk kelas lain..." erin buka cerita.

"kelas lain...kelas apa?" tanyaku ingin tahu.

"kelas darab. kira-kira hafal darab...kali satu sampai 12" erin menjelaskan dengan cara yg tak berapa jelas. tapi aku dapat tangkap maksudnya. kelas hafal sifir.

"kena denda la tu..." aku buat kesimpulan.

"ar argh..." erin mengiyakan.


maknanya kalau aku tak turutkan kehendak erin tadi, esok tentu dia didenda. dalam hati aku, itu mungkin kaedah psikologi yg diguna pakai oleh cikgunya. dalam masa sama mungkin juga boleh disalah tafsir sebagai kata dua atau ugutan dalam bentuk skala kecil.. tapi tak mengapalah aku fikir aspek yg positif saja...

- teka teki -

Apr 13, 2011

bila ada orang tanyakan aku bila tahun atau bila tarikh aku kahwin. aku akan bagi dia teka teki untuk mereka dapatkan jawapannya sendiri

tahun yg sama man utd menang treble.malah tarikhnya 3 hari selepas man utd menang champions league di nou camp, barcelona. clue yg dah terang lagi bersuluh.

tapi tahun ni nampak gayanya boleh menang treble lagi. kalau gitu, dah tak boleh pakai dah teka teki tu lagi.

sorry la joe - penyokong tegar chelsea & abg drogba....

- karnival tu apa? -

dulu orang berpesta-pestaan. sebut saja pesta - bunyinya meriah, ramai, sesak, bising. atau bak kata orang sekarang 'happening'. pesta pantai, pesta konvo, pesta hiburan, pesta bola merdeka - yg sekarang dah berkubur, pesta pulau pinang yg popular suatu waktu dulu - aku pernah naik kereta api kelas 3 dari KL semata-mata kerana gahnya pesta itu dulu.

itu dulu, sekarang acara pesta-pestaan dah agak ketinggalan. kecuali psta buku antarabangsa KL masih mengekalkannya. tak tahu kenapa, mungkin lebih sesuai untuk pameran & jualan buku, agaknyalah. kena tanya penganjur...


sekarang dah naik taraf kononnya lebih tinggi lagi. pesta dah dinaikkan jadi karnival. karnival jom heboh yg popular itu misalnya, karnival belia negara, karnival flora, karnival jubli emas, karnival merdeka, karnival tahun baru. entah siapa yg memulakannya. terus jadi trend atau ikut-ikutan. karnival kononnya lebih gah, lebih meriah, lebih besar, lebih hebat, lebih bingit, lebih ramai, lebih sesak. tentunya lebih banyai gerai, lebih ramai peserta, lebih banyak program tak kiralah sukan atau hiburan, lebih banyak penaja.


seperkara yg pasti kalau nak buat sebarang acara terutama yg kononnya besar seperti karnival ini, yang penting ialah promosi atau hebahan yg meluas. supaya ramai pengunjung yang datang. kalau boleh bukan saja yg dekat atetapi juga yg jauh. bukan setakat penduduk tempatan tetapi juga orang luar.


kalau takde promosi, atau setakat gantung kain rentang tepi jalan, jangan haraplah orang datang ramai-ramai apalagi berduyun-duyun. terutama kalau pertama kali dianjurkan, belum dikenali. kalau sediakan banyak gerai pun, takde yg menyewa tentu nampak kosong aje kan. orang yg datang pun bila tengok lengang aje, terus patah balik atau tawar hati nak berdada lama di situ. mungkin jangkaan penganjur agak tinggi. sebab itu tak kurang daripada 100 ruang gerai disediakan. tapi yg disewa mungkin tak sampai 30. tentu nampak macam tak menarik atau tak meriah. kalau kebanyakan gerai hanya jualbarangan mainan dan pakaian saja macam takde kepelbagaian. lebih baik pergi 'karnival pasar malam'.


padang atau dataran dibiarkan kosong. takde sebarang acara atau aktiviti. bukankah lebih baik kalau ada acara sukaneka, futsal, main layang-layang, paint ball. sekurang-kurangnya menarik penyertaan & orang yg nak beraktiviti.


semua itu, adalah 'kisah benar' pengalaman aku semasa berkunjung ke 'karnival dataran nilai' yg berlangsuang 8-10 april lepas. setahu aku sempena acara perasmian, dataran yg baru siap dibina hujung tahun lepas. aku jangkakan ramai yg datang, sesak dan susah nak letak kenderaan. tapi itu tak berlaku pun sebab tak ramai orang. lebih ramai penyewa gerai atau peniaga daripada pengunjung yg datang! aku berada di situ pun sekitar 20 minit dan yg aku beli hanyalah selipar erin berharga rm8. yg pastinya tak ramai yg tahu akan karnival ini. aku tahu pun sebab hari beberapa hari sebelum tu ternampak kain rentang di tepi jalan berkaitan karnival ini. lagipun memang hari-hari aku melalui jalan berhampiran dataran itu yg memang strategik lokasinya dan ternampak pekerja sedang memasang khemah beberapa hari sebelum itu. kalaulah aku ada bukti bergambar...

Champions League Quarter Finals - 2nd leg


man utd 2 - chelsea 1

(agg 3- 1 man utd)


shakhtar donetsk 0 - barcelona 1

(agg 6-1 barcelona)



soccernet.com

- siri bercakap dengan erin. . . 4 -

Apr 12, 2011

drama 'trilogi cinta' yg diminati erin sudah tamat. dia semacam 'kehilangan' sesuatu. tepat jam 10:00 hari ahad & isnin, dia tidak lagi menghadap tv seperti rutinnya 2 bulan kebelakangan. malam tadi dia asyik 'mengacau' aku yg leka dengan berinternet.

"tak besh la, trilogi cinta da habish..." kata erin dengan nada kehampaan.


"kan ada cite baru ganti dia. tak best ke?" aku cuba bagi cadangan yg bernas.


"lagi pun sekarang ni kan ada AF. hari-hari ada kat tv. erin tak suke tengok ke..." aku lontarkan pandangan untuk dijadikan pilihan oleh erin. kesian jugak rutin dia dah lari sebab sesuatu yg dia minat sudah tiada di kaca tv lagi.


"lagi la tak besh...AF tu..." bertambah kecewa pula nada suara erin bila aku sebut AF.


"kenapa pulak...kan baru start...?" aku cuba pancing.


"iyalah....baru start. tapi tak besh..."erin macam marah sikit. "baru start memang macam tu. nanti lelama bestla..." aku cuba pujuk.


"iya la....orang minat laeka. baru sekali nyanyi dah kuar..." erin menyatakan kekecewaannya.


patutlah dia kata tak best. tak minat tengok. pelajar AF yg dia minat, awal-awal lagi dah tersingkir rupa-rupanya!


"takpelah. nanti papa telefon uncle rosyam, suruh dia buat sambungan trilogi cinta..." aku cakap dengan nada bersungguh-sungguh dan penuh emosi. he he.....

- ikut-ikutan -

"banyak ketawa, pendek umur..." kata seorang cikgu semasa di sekolah dulu. "ini bukan saya yg kata tapi hadis nabi..." tambahnya, mengukuhkan kenyataan tadi. aku cuba memahami, tapi dalam diam membenarkan kata-kata cikgu itu. iyalah, dia kan guru, lebih tahu daripada aku, lebih pandai & lebih tinggi ilmunya, tak payahlah disanggah. meski ada sekelumit keraguan bersarang di hati.


"senyum itu sedekah..." selalu kita dengar ungkapan itu. kalau sedekah, tentunya dapat pahala. tak salah kalau kita senyum selalu. kalau takde duit untuk disedekahkan, sedekah sahajalah dengan senyuman.


ungkapan itu bukanlah bidalan atau kias ibarat orang melayu. ianya dikatakan juga adalah hadis nabi. itulah yg difahamkan kepada kita. sehinggalah pada satu hari, dalam satu kuliah semasa di universiti dulu, seorang pensyarah lulusan universiti terkemuka di mesir dengan phD - sekarang berjawatan profesor - menyatakan 'senyum itu sedekah' memanglah hadis, tetapi merupakan hadis 'dhaif'.


sekali lagi, aku hanya mengiyakannya. itu memang bidang kepakaran dia. seorang pensyarah berkelulusan tinggi, takkan nak sanggah. aku pernah juga tanyakan hal ini pada beberapa orang dalam bidang agama, tetapi jawapan mereka sedikit berbeza-beza. bagi aku biarlah yg arif sahaja mengupasnya. cuma, apa yg aku cuba disampaikan di sini ialah soal tafsiran, bukan salah atau benarnya.


kadang-kadang kita terima saja bulat-bulat apa yg disampaikan. sedangkan tak salah jika kita rujuk pada sumber lain atau pendapat orang arif yg lain. tidaklah kita jadi sekadar ikut-ikutan.

- kita sebenarnya tak pernah berpisah... -

Apr 11, 2011

terkadang ada waktu-waktunya kita terkenang kawan lama. kawan yg sama-sama membesar di sekolah dulu. sama-sama buat kerja sekolah. sama-sama makan di kantin. sama-sama ponteng kelas. saat-saat indah bersama. saat suka duka dimarah cikgu. saat gembira meraikan keputusan periksa yg baik. saat kesedihan pada hari akhir persekolahan.

kita cuba bayangkan wajah mereka dulu. bagaimanakah agahnya wajah mereka sekarang. mungkin pernah berselisih bahu, tapi oleh sebab saling tidak mengenali lagi, kita tak bertegur sapa. ada orang yg iras wajahnya tidak banyak berubah. ada yg berbeza langsung daripada dulu. rambut mungkin menipis atau memutih. tubuh kurus keding dulu, mungkin kini mungkin sudah berisi dan melebar.


sesekali terdetik di hati mendoakan kesejahteraan mereka, walaupun tak tahu di mana mereka berada pada waktu ini. kalau boleh, kita harap diketemukan seperti dulu-dulu. mungkinkah? atau sekadar mimpi dan anganan indah yg dicipta semata-mata minda dikuasai nostalgia? alangkah baiknya dapat menjalinkan semula dan ikatan persahabatan bertaup semula selepas lama terpisah? kita tak tahu di mana mereka, bagaimana menghubungi mereka, bertanya kepada kawan yg lain, merisik khabar di angin lalu? ada ketika timbul rasa pasrah, itu hanyalah mimpi yg takkan jadi kenyataan. atau kenangan lalu itu cuma mimpi indah yg tak mungkin berulang. semakin hari berlalu, semakin hari beredar semakin jauh & semakin pudar impian untuk kita kembali mentautkannya.


satu lagi persoalan bermain di benak fikiran, apakah mereka juga mengenang kita? adakah mereka tercari-cari kita, menyambung tali persahabatan yg sekian lama terputus dek masa dan jarak?adakah kita sahaja yg terkenang sdangkan orang itu tidak pun mengingati lagi malah tak pernah pun terdetik untuk berusaha atau bertanyakan khabar berita kita?


entah apa mimpinya seorang kawan sekolah dulu, yg aku jumpa kembali kira-kira 2 tahun lepas, kemudian kembali menyepikan diri. tiba-tiba terbuka hati, memanjangkan nombor kawan lama lain yg memang aku tercari-cari. mungkin tuhan membuka hatinya berbuat demikian. mungkin juga teringat pesanku, jika terjumpa kawan lama jangan lupa beritahu aku. sekurang-kurangnya no telefon pun sudah menjadi seribu rahmat. dan...itulah yg dilakukannya. hajatku kesampaian juga rupa-rupanya.


maka bertautlah kembali silaturahim yg terputus sekian lama. seorang kawan baik sejak kecik, sama-sama bersekolah sejak sekolah rendah. seorang lagi kawan baik semasa di asrama. syukur aku panjatkan, kami dipanjangkan usia, kalaupun tidak bertemu atau bersua secara berdepan sekurang-kurangnya bertemu di udara lewat di telefon dan mendengar suara pun cukup membahagiakan dan menyejukkan hati. suara sebenarnya tak banyak berubah. gaya percakapan pun tak banyak berubah. cuma rupa, entah bagai manalah agaknya.


rupa-rupanya, mereka juga seperti aku. memanjatkan kesyukuran atas pertemuan semula. mereka juga seperti aku, merisik khabar melalui teman-teman lama. berharap suatu hari nanti akan dapat berhubung semula. mereka juga berkata suara aku tidak berubah. mereka juga sesekali bernostalgia tentang masa lampau. rupa-rupanya, tali persahabatan kami tidak pernah putus. kenangan sesama kami tak pernah padam.


kepada azam, terima kasih banyak-banyak, mempertemukan kami semula. kalau ada pertemuan nanti, alhamdulillah. kalau tiada pun, dengar suara pun sudah cukup bermakna. tak sedar air mata bergenang sepanjang kami berbual di telefon, bertanya khabar, berkirim salam. aku dapat rasakan, mereka juga begitu. dari sebak suara leman dan getar suara jali, aku tahu mereka juga merasa apa yg aku rasakan. kerinduan lebih 15 tahun, terungkap sudah.

- trilogi cinta -

sebuah drama bersiri yg ditayangkan oleh tv1 dengan pelakon utamanya rosyam nor. aku selalu komen kepada wifey, yg merupakan peminat setia drama melayu, kenapa rosyam asyik nak jadi hero je, lebih-lebih lagi dalam drama yg diterbitkan syarikat produksinya sendiri. kadang-kadang dia berlakon sebagai orang bujang yg sedang bercinta sakan. macam tak berapa sesuai. tetapi biasanya wifey akan mempertahankannya.
malam tadi aku diberitahu ianya ialah episod akhir 'trilogi cinta', selepas sejak berbulan-bulan ditayangkan. malah ada siaran langsung, rancangan khas menjemput penulis skrip, pengarah & pelakon utama sebelum episod akhir ditayangkan...hebat!


memang jarang juga drama di tv1 mendapat sambutan begitu hangat selalunya di tv3. ya, aku tak berapa minat menonton drama melayu. adalah sekali dua, tengok juga kalau ketandusan program yg nak ditonton. tapi tahulah serba sikit latarnya, kerana aku ada baca di fb, blog & ruangan hiburan di akhbar. ianya adaptasi atau diangkat daripada novel yg popular.


sebenarnya, drama ini berjaya bagi aku kerana menarik jumlah penonton yg besar. malah menarik peminat baru iaitu erin.

erin dalam usia 8 tahun begitu mengikuti drama itu saban waktu ditayangkan. terutama sejak beberapa minggu kebelakangan ini. dia begitu teruja, setiap kali hari ahad dan isnin, jam 10 malam. dia akan pastikan siaran tidak diubah. dan lebih penting pastikan dia tak tidur awal. dia akan siapkan kerja sekolahnya tanpa perlu di suruh. dia akan bersiap mengaji quran tanpa perlu diingatkan. tak seperti hari lain. ini sebenarnya 'propaganda' yg dimainkannya supaya tidak ada halangan untuknya bila berada depan tv tepat jam 10 malam menonton 'trilogi cinta'.

minggu lepas erin tak tentu arah kerana mamanya buka siaran langsung ABPBH yg bertembung dengan waktu siaran drama itu. jadi, aku terpaksa memberi laluan tv yg satu lagi yg 'dikhaskan' untuk program sukan terutama bola sepak. mujur juga rumah kami ada dua set tv.

malam tadi, erin kelihatan sedikit muram. dia masuk ke bilik ketika aku menonton siaran langsung bola EPL. "papa, trilogi cinta dah habis. shahrul dah mati...tak bestla dah habis" keluhan dilontarkannya, dengan nada hampa.

"nanti ada sambungan kot...." aku cuba pujuk.

- 15,000 kaki di udara

Apr 8, 2011


- yg tak buat kerja engkau, yg kena marah aku... -

ada pengarang, marah-marah pada aku, sebab penilaian manuskripnya lambat...ada pengarang, marah-marah pada aku, sebab royaltinya belum dapat...ada pengarang, marah-marah pada aku, sebab bukunya belum siap dicetak...ada pengarang, marah-marah pada aku, sebab cover design bukunya tak cantik...ada pengarang, marah-marah pada aku, sebab bukunya tak laku...ada pengarang, marah-marah pada aku, sebab bukunya tak ada dijual di kedai buku...

ada pembeli, marah-marah pada aku, sebab dah bayar online lama, tapi buku tak dapat-dapat...ada pembeli, marah-marah pada aku, sebab harga buku mahal sangat...ada pembeli, marah-marah pada aku, sebab kualiti cetak buku tak elok...


ada orang, marah-marah pada aku, sebab sebut harga cetak tinggi sangat...ada orang, marah-marah pada aku, sebab kerja cetak tak siap ikut jadual...


engkorang punya kerja, aku yg kena marah...pengarang marah, pembeli marah, semua orang marah...


diorang tak marah engkorang, tapi diorang marah aku!!!

- cerita hantu ping pong -


na na na na na....sini ada hantu...! begitu lirik yg dilagukan dalam irama rock yg riang ria. begitu ironi. cerita hantu dikaitkan dengan keseraman, ketakutan, kegelapan, dan dalam suasana sunyi. tapi dalam filem 'sini ada hantu' digarap dengan nada penceritaan yg berbeza. taklah best sangat tapi memang berpijak di bumi nyata, cerita hantu yg pernah kita dengar. atau orang puteh kata 'urban legend'.
ok jugakla, sekrang ni ada astro first yg tayang filem melayu yg masih baru. bayar rm15 dah boleh tonton di rumah. satu famili, berulang kali pun tak mengapa (kalau ceritanya menarik la...). dan selamat jugak duit aku daripada melayan budak-budak ni untuk ke cineplex. seronok juga menonton 'ngangkung' dengan komedi seramnya. atau menonton filem mamat khalid yg kelakar melalui 'hantu kak limah balik rumah' dgn watak awie 'husin', usop wilcha, pak jabit, kak limah, cik nin & abi hurairah. atau filem box office 'khurafat' arahan yg berunsur suspense thriller/seram tapi asyik-asyik berkisar dalam 'mimpi' atau bayangan saja sebenarnya.

tapi, aku lebih minat nak cerita pasal filem 'sini ada hantu'. walaupun tak lah berkualiti atau best sangat tapi penceritaan 3 ceritanya tentang - hantu asrama, hantu pokok pisang dan hantu nombor ekor - memang biasa disampaikan secara lisan sejak bergenerasi. apatah lagi berkaitan hantu asrama yg popular itu. tak salah aku katakan hantu asrama sesungguhnya masih wujud hingga sekarang!


tanyakan pada mereka yg pernah tinggal di asrama sekolah. atau sedang tinggal di asrama, nescaya mereka ada cerita masing-masing pasal hantu yg 'kononnya' berkeliaran di asrama ini. tanyalah mana-mana sekolah yg berasrama penuh atau separa asrama. ada saja cerita masing-masing bukan? mula-mula kita dengar cerita hantu daripada senior yg menyampaikannya. cerita itu kemudian ditokok tambah atau dicantikkan lagi oleh yg mendengarnya, atau pengalamn secara peribadi oleh mereka yg 'kononnya' pernah berdepan atau dikacau oleh hantu asrama.


ingat tak cerita hantu jepun berkawad tengah malam buta? hantu yg mengacau di tandas waktu malam dengan menggegarkan pintu tandas? pernah kena himpit-himpit hingga tak boleh bernafas waktu tidur? atau cerita kawan yg tidur sebelah kita yg kita borak-borak sebelum tidur sebenarnya berada di kampung pada hujung minggu? waktu balik dari kelas prep ada yg terdengar bunyi hilaian hantu? itu cerita 'legenda' yg biasa dan hampir sama di asrama. diceritakan oleh senior & disambut oleh junior atau freshie, dan kemudiannya terus disebarkan kepada 'generasi' seterusnya.


ya, aku masih ingat cerita hantu main ping pong bukan di asrama sekolah tetapi di asrama penginapan semasa di U dulu. ceritanya aku, zam, lee, zali selalu main ping pong waktu malam. sebab sebelah petang dikuasai oleh 'pemain profesional' yg mewakili kolej atau bebudak cina yg boleh buat forehand & smash terbang. mereka bukan tandingan kami. jadi, kami ambik peluang main waktu malam. bila orang lain sibuk studi. kami beza sikit, studi lepas main ping pong, sekitar jam 12:00 mlm ke atas. kami berempat akan turun. pakai selipar & jeans je. kalau ikutkan peraturan memang tak boleh, tapi kami ada kabel yg baik iaitu pak guard hashim. kengkadang, bila dia mengantuk, dia pun akan join sekejap main dengan kami. sambil suruh salah seorang daripada kami ganti tugasnya sebagai guard....atau pastikan supervisornya tak datang buat rondaan atau spot check.


tapi kami main ping pong bukanlah setiap malam. cuma malam hujung minggu saja. malam itu malam jumaat, pak guard hashim kerja shif malam macam selalu. waktu itu dah jam 1:00 pagi. tiba-tiba dia terdengar ada orang main ping pong dalam dewan. mula-mula dia heran jugak, sebab dewan tu berkunci, dan kalau siapa-siapa nak main kena ambik kunci daripada dia. lagi pulak biasanya kami saja yg main masa begitu. jadi, dengan rasa heran & ingin tahu ditambah lagi memang sudah tugasnya, dia pun menyiasat. lampu terpasang. bunyi bola ping pong terdengar dengan jelas. bunyi orang ketawa & bercakap cuja kedengaran tapi tak jelas butirannya.


bila dibuka saja pintu dewan, pak guard hushim tergamam. tiada siapa pun di dalamnya. cuma cahaya lampu terpasang. meja ping pong di tengah dewan, kosong tanpa seorang pun di sana. longgar lutut pak guard hashim. hantu apakah yg berada di situ tadi. kisah benar ini diceritakan sendiri oleh pak guard hashim pada kami berempat, selepas tiga hari berikutnya. kerana pak guard hashim demam 'terkejut'. dan hujung minggu itu kami mencari-carinya untuk dapatkan kunci dewan nak main ping pong. hanya pada hari isnin, pak guard hashim kembali bertugas. lalu menceritakannya pada kami. dan hanya isteri & kami saja yg disampaikannya cerita ini. dia bimbang kalau cerita ini tersebar, warga kolej mungkin warga kampus akan gempar dan berada dalam ketakutan terutama siswi.


sejak itu, kami 'berehat' sekejap daripada main ping pong. tetapi sementara saja. sebulan selepas itu, kami kembali menyambung aktiviti. dan pak guard hashim juga sesekali, join kami. mungkin ada hantu yg sengaja nak menguji & menyakat pak guard hashim.....


kisah hantu ping pong ini, menjadi gurauan kami berempat hingga sekarang, setiap kali ada peluang berjumpa atau berhubung. tapi kami sudah putus hubungan dengan pak guard hashim. mungkin jugak, dia pun dah bersara sekarang ni. menceritakan kisah hantu ping pong ini kepada cucunya....

- UCL quarter finals - 1st leg -

Apr 7, 2011


barcelona 5 - shakhtar donetsk 1


chelsea 0 - man utd 1


soccernet.com

- isi atau kulit jadi pilihan -

kalau nak beli buku, kata orang jangan tengok kulitnya. rekaan grafik kulit yg menarik saja belum menjamin buku tersebut baik. adakalanya judul saja menarik, tetapi isi kandungannya, bagai hampas.


dalam masa sama, kalau judul tak menarik perhatian, atau rekaan grafik kulit tak menarik, macama mana nak tarik pembaca atau pembelinya? betul juga. kalau judul buku panjang berjela, terlalu umum atau hambar tentunya pembaca, pembeli & peminat buku, hanya melihatnya sekilas pandang saja. atau rekaan grafik kulit yg buruk, stereotaip dan warna yg kusam, tentunya akan diketepikan daripada senarai pilihan untuk dibeli apalagi untuk dibaca.


sama jugak halnya kalau kita nak menonton wayang. nak tengok poster yg gempak, tajuk filem yg hebat, apa genrenya - aksi, komedi atau seram -, siapa pelakonnya terutama hero atau heroinnya, pengarah yg sudah terbukti hebat, paling tidak pun trailer filem yg mengujakan. itu belum lagi ambik kira jalan ceritanya. kalau yg klise atau yg itu-itu juga, rasanya tak pergilah. selain itu ada yg ambik sikap tunggu dulu. nak baca reviu filem dulu, rekod pecah panggung ke tidak atau sekurang-kurangnya komentar daripada kawan atau mereka yg sudah menontonnya.

itulah kuasa kita sebagai pembeli, pengguna dan penonton.


nak beli barangan keperluan pun kita dipengaruhi banyak perkara. ada yg memandang aspek siapa pengeluar produk, iklan yg dipromosikan oleh media, ada yg bergantung pada bungkusan, penampilannya, ada yg tertarik bentuk dan saiznya. walaupun produknya sama. malah memilih untuk membeli sebotol kicap pun turut dipengaruhi banyak faktor. selain faktor paling utama iaitu kualiti dan harganya.


begitu juga bila nak beli kereta. kita ambil kira hal jenama, reka bentuk, nilai jual semula, harga, khidmat selepas jualan, populariti, modelnya, kuasa cc enjinnya, malah yg lebih terperinci seperti kemasan dalaman sama ada kulit atau fabrik tempat duduknya, aksesori tambahan, sedan atau 4wd, atau suv atau mpv. tentu sekali kemampuan kita membelinya berkait dengan harga dan perbandingan model kereta yg nak kita pilih dengan model lain di pasaran.


berbalik pada soal memilih. sebenarnya banyak pengguna atau pembeli masih dipengaruhi oleh penampillan produk yang nampak secara luaran, atau fizikalnya atau keterampilannya. jadi kalau nak jual buku, rekaan kulitnya mestilah menarik. reka bentuk kereta perlu sedap mata memandang yang menjadi daya tarikan. nak beli beras pun kita tengok pek atau bungkusannya.


itu belum lagi kita sentuh soal pilihan hati mencari pasangan atau memilih jodoh. lagilah banyak perkiraannya. lagi banyak pilihan, lagilah banyak kriteria yg perlu dibanding bezakan. tapi berbalik pada soal pokok, isi atau kulit?

- alamat misteri -

Apr 6, 2011

katakan kita nak hantar sesuatu pada seseorang. kita perlu tahu alamatnya hendak ditujukan.

kalau kita tak tahu, lebih baiklah tanya empunya badan.

daripada bertanya orang lain atau rujuk di mana-mana, kalau dapat terus daripada orangnya, tentunya lebih baik, lebih sahih & sudah tentunya tepat tak boleh disangkal lagi.

jadi aku pun salinlah daripada alamat yg dihantar secara e-mel oleh empunya badan. kebarangkalaian ianya salah atau silap hanyalah spt sampel DNA yg diuji, 99.9% ketepatannya. sebab nak cepat, aku gunakan khidmat hantaran cepat atau kurier.

ikut bulat-bulat alamat yg diberikan. selang 2 hari kemudian bungkusan yg dihantar dikembalikan semula kepada aku. dihantar semula oleh syarikat kurier. 'sudah pindah' dicatat pada sampul surat.

heran! macam mana boleh sudah pindah sedangkan e-melnya dihantar 2 hari sebelum itu bukannya 2 tahun atau 2 minggu lepas. dalam kehairanan itu aku semak di enjin pencarian internet. tak jumpa jugak alamat yg dinyatakan.

adakah ianya tidak wujud? pelik sungguh.


kemudian aku suruh seorang staf di tempat aku hantarkan ke alamat tersebut. kali ini dia buat secara hantaran tangan, bukan pos. terus saja secara fizikalnya ke sana, tiada perantaraan.

sekali lagi heran! alamat itu salah, tempat itu tak wujud...


aku cuba hubungi tuan punya badan. melalui e-mel...masih tak berbalas. hantar sms pun, jugak takde balasan...


misteri dan sungguh mengherankan!

- jangan pernah taasub -

Apr 5, 2011

aku tak pernah taasub pada seseorang. tapi rasa hormat aku letakkan pada tempat sewajarnya. kalau aku minat bola sepak, aku sedikit fanatik pada satu-satu team, meminati satu dua pemainnya. tapi aku taklah taasub hinggakan kalau team bola itu main macam bangkai, aku tetap mempertahankan. kritikan adalah untuk membina semula kebangkitan mencapai standard tinggi yg dihasratkan. atau pemain itu sudah beralih arah sebab sudah diumpan dengan duit dripada kelab lain, biarlah dia pergi. atau dia mula mengabaikan kemahiran & mengorbankan kemampuannya dengan disiplin goyah & kualiti yg meleset kerana sudah cukup gah dengan nama atau ganjaran yg diperoleh.


aku sedar sebagai pekerja, perlulah menghormati & mematuhi arahan ketua atau majikan. selagi tidak bercanggah dengan etika kerja & polisi yg ditetapkan. selagi ketua itu menjalankan tanggungjawabnya selari dengan peranan yg diamanahkan kepadanya, selagi itu aku menghormatinya sebagai ketua, meski sesekali kita ditegur atau dimarahi. bukan taasub tetapi itulah tanggungjawab sebagai pekerja kepada ketua atau majikannya. namun, jika ketua sudah menyimpang daripada objektif & laluan yg harus diikut, sambil menukar kepentingan semua menjadi kepentingan peribadi, maka dia perlulah disanggah. tidak lagi harus dihormati.


kalau aku menghormati pemimpin, ianya sekadar rasa hormat. membawa ke arah kebaikan & kesejahteraan masyarakat yg dipimpinnya. kalau pemimpin itu berbuat onar atau membelakangi prinsip kepimpinan, membelakangi agama & meninggalkan nilai peribadi baik, maka wajarlah aku tidak lagi menghormatinya. malah mungkin lebih daripada itu, membencinya. biarlah orang lain yg taasub itu mempertahankannya. aku tidak pernah taasub, jadi kalau benar aku katakan benar. kalau salah, dia harus kembali kepada kebenaran, bukan terus menerus hidup dalam kepalsuan demi kelangsungan hayatnya sebagai pemimpin. bertaubatlah, jangan jadi pendusta! kelak akan dimurkai & dilaknat Yang Maha Berkuasa.

- bola sepak junior -

Apr 4, 2011


sejak setahun dua ni, memang adalah sikit peningkatan dalam bola sepak peringkat antarabangsa. jadi juara sukan sea. lepas tu, layak ke pusingan kalah mati di sukan asia dan paling menyerlah bila jadi juara AFF. dulu, kita selalu kalah dengan thailand & indon di peringkat regional. walhal dulu pasukan kita digeruni hingga peringkat asia. zaman chin aun, mokhtar dll.

tapi seingat aku, kalau kejohanan peringkat umur atau peringkat junior, dulu pun pasukan boleh tahan, kuat jugak. tapi kemudian bila pasukan kebangsaan merudum, pasukan junior pun turut sama tenggelam. thailand masih dianggap gergasi peringkat regional. sama macam takraw, kalau nak menang apa-apa piala, kena kalahkan thailand dulu.

semalam aku sempat tengok rancangan soccer kids di tv3. kalau tak silap dah musim ke-3. sekumpulan kanak-kanak bawah umur, dilatih seperti dalam sebuah akademi bola sepak oleh jurulatih profesional. mengadakan latihan kemahiran dan taktikal setiap hari. sebagai sebuah rancangan tv realiti mereka dinilai dan sesiapa yg tidak mematuhi standard akan tersingkir. sebelum mereka menyertai akademi, terpaksa menjalani pelbagai ujian, uji bakat & sebagainya.

okeylah, walaupun aku tak ikuti sepenuhnya rancangan tv ni tetapi aku tahu serba sikit tentangnya. bagi aku, ianya rancangan yg bagus. kalau di luar, kita ada sekolah sukan bola sepak spt di bukit jalil & bandar penawar, sekurang-kurangnya ini alternatif lain kepada pemain muda bole sepak yg berbakat. jika dibimbing mereka boleh maju ke depan.

jadi minggu ni, entah kenapa aku tertarik nak tengok di tv. sebelum ni aku tak ambik tau atau tak berapa minat nak tengok. puncanya minggu ni, skuad soccer kids dibawa ke chonburi, thailand untuk sesi perlawanan pershabatan peringkat antarabangsa yg pertama. bertemu pemain pasukan kelab chonburi junior. pasukan ini bukanlah calang-calang pasukan. ianya merupakan juara bahagian timur thailand, pernah menjadi juara peringkat junior kebangsaan dan antara pasukan junior terkuat di thailand.

jadi, inilah peluang aku nak tengok sejauh mana kekuatan pasukan junior negara jiran itu. apakah team soccer kids berupaya menyaingi mereka? aku agak pesimis akan peluang mereka. kalau dapat bersaing pun dah cukup bagus.

tetapi aku dikejutkan dengan permainan & kualiti pemain secara individu dalam team soccer kids ini. mereka bukan saja menguasai perlawanan, malah membelasah pasukan lawan yg sebaya itu dengan kemenangan besar 5-0.

aku dapat perhatikan wajah jurutalih team lawan yg semasa temu ramah sebelum perlawanan itu begitu konfiden, bertukar merah padam dalam temu bual sebaik habis perlawanan. mungkin malu dengan kekalahan tak diduga itu.

aku cuma nak nyatakan, bahawa bola sepak di malaysia sebenarnya masih subur dan banyak anak muda yg berbakat, mahir dan berpotensi. cuma tidak diketengahkan atau tidak dibimbing dengan cara yg betul. atau bidang akademik lebih diutamakan daripada sukan.

- bagai rusa masuk kampung -

ibarat menunjuk arah jalan kepada yang sesat. ini pepatah baru yg aku cipta sebaik pulang dari rawang, sabtu lepas.

belok kiri, jumpa simpang tiga, belok kiri, jalan terus jumpa lampu trafik belok ambik kiri, nampak stesen minyak sebelah kanan, jalan terus, jumpa sekolah, lepas sekolah masuk simpang kiri....

mudah saja bagi si penunjuk arah.

terutama bila kita bertanya kepada orang tempatan. atau orang yg dah biasa melalui jalan tersebut. kita pun visualkan dalam peta minda dalam kepala otak. belok kiri, lepas tu jumpa simpang tiga di depan, belok kiri lagi dan jalan terus...

tetapi dalam pada itu, penunjuk arah tak katakan berapa jaraknya dari situ ke simpang tiga. sebelum simpang tiga ada simpang dua, ada simpang lain yg kecik masuk lorong. berapa jauh pulak simpang tiga dengan lampu trafik. lebih parah, lepas lampu trafik, ada lagi rupa-rupanya satu lagi lampu trafik, tak ke haru dibuatnya...

bila sampai sana, stesen minyak ada dua atau tiga. yg mana satu shell atau petronas atau caltex?jumpa sekolah. ada beberapa sekolah di situ. sekolah cina dan sekolah kebangsaan yg ke dalam sikit daripada jalan raya.

sudahnya, kita memandu dengan teragak-agak. tambah pulak waktu malam yg gelap. pemandu di belakang pun hon kita yg asyik membrek. memang salah kita pun, menyusahkan orang lain.

aku rasa, ramai antara kita pernah mengalami peristiwa atau situasi seumpama itu.

sebab itulah ada ibarat berbunyi, 'bagai rusa masuk kampung'. yang sebenarnya lebih tepat dan lebih 'manis' dalam menggambarkan ibarat yg aku reka sendiri itu 'ibarat menunjuk jalan kepada yg sesat'.

itu sebabnya kalau kita tanya orang di tepi jalan, mereka akan jawab " saya pun tak tahu lah incik..." atau "saya pun bukan orang sini..." sebagai jalan selamat, jalan mudah.

mungkin memang mereka pun benar-benar tak tahu, ataupun tak nak 'menyesatkan' kita lebih jauh, sebab mereka sendiri pun tak berapa mahir selok belok di situ, atau tak berapa pasti tempatnya dengan tepat.

kan sekarang ni dah ada gps atau google map atau apa saja soft ware atau gajet, yg boleh digunakan sebagai penunjuk arah. jadi guna sajalah.

paling tidak, kalau sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan...he he.

maksudnya, kalau sesat nak ke mana-mana, patah balik rumah aje la.....

- harga atau nilai pemberian? -

Apr 1, 2011


apa hadiah yg nak diberi sebagai tanda penghargaan sekali gus perpisahan? yg lebih penting sama ada hadiah atau cenderahati itu sesuai atau tidak. ada orang kata, buat jamuan makan-makan lebih sesuai. sebab makan-makan adalah feberet orang malaysia. tapi ada yg tak setuju, kata mereka seolah-olah kita 'meraikan' kepergian itu.

cukupkah hanya dengan sekeping kad tanda terima kasih dan penghargaan kita. jika ditafsirkan sebaliknya, ianya terlalu kecil & terlalu murah. dalam masa sama, kita selalu dengar orang berfalsafah mengatakan, yg penting bukan harga pemberian itu tetapi nilai pemberian itu. jadi, walau hanya sekeping kad cuma, itu lebih bernilai berbanding material yg cuma sekadar nanti dijadikan hiasan.


selain itu, ada jugak yg mencadangkan, kalau nak bagi hadiah perpisahan berilah barangan yg dia akan guna selalu. contohnya mug (kalau boleh yg ada tulis nama kawan-kawan/rakan sekerja atau tarikh khidmat), jam, pen, buku, plag, trofi, bingkai gambar dsb. jadi, bila guna barangan itu tak kiralah di mana atau masa bila pun, mereka akan kenang kembali detik indah bersama kita.


tapi hadiah itu selalunya diberi kepada kawan atau staf yg berhenti mengikut 'cara yg baik'. misalnya, berpindah ke tempat kerja lain, tamat tempoh kontrak, mencapai umur bersara. kalau dia diberhentikan, dipecat atau bagi notis 24 jam, biasanya takdelah dapat apa-apa pun. walaupun dah 10 tahun kerja di tempat yg sama.


maknanya, tafsiran setiap orang adalah berbeza-beza. ada yg kata sesuai tetapi tak sesuai pula kepada yg lain. ada yg boleh terima tetapi ada pula yang tak berapa sudi menerima. murah sangat rasa tak sampai hati, mahal sangat membazir pulak. bagi aku yg penting ialah keikhlasan pemberian itu. dan bagaimana orang itu menilaikan pemberian yg diterima. ada orang tak kisah pun, ada jugak yg berasa kecil hati kerana tak dihargai.


tapi kalau kita diberi hadiah berupa pakaian sebagai tanda penghargaan dan perpisahan, bagaimana agaknya? dan pakaian yg diberikan itu pulak, tak menepati saiz kita? apa kita nak buat? bagi pada orang lain tak patutlah sebab itu hadiah yg diberikan khas untuk kita pakai. simpan dalam almari? sekadar menambah sesak dan sendat.atau bingkaikan untuk perhiasan? tak pernah dibuat orang...


takpelah. kita perlu berfikiran positif. kalau pakaian itu saiznya lebih besar, terpaksalah kita besarkan saiz badan. tapi kalau saiznya lebih kecil, kenalah diet... dalam kes ini, itulah yg terjadi pada aku, baru-baru ini.


hah...ambik, kena diet la kalau nak pakai hadiah baju baru yg jenamanya terkenal & harganya boleh tahan mahal tu. esok, aku nak joging semula...dah lebih sebulan berehat sebab kasut joging koyak. he he he... alasan!