- bola sepak junior -

Apr 4, 2011


sejak setahun dua ni, memang adalah sikit peningkatan dalam bola sepak peringkat antarabangsa. jadi juara sukan sea. lepas tu, layak ke pusingan kalah mati di sukan asia dan paling menyerlah bila jadi juara AFF. dulu, kita selalu kalah dengan thailand & indon di peringkat regional. walhal dulu pasukan kita digeruni hingga peringkat asia. zaman chin aun, mokhtar dll.

tapi seingat aku, kalau kejohanan peringkat umur atau peringkat junior, dulu pun pasukan boleh tahan, kuat jugak. tapi kemudian bila pasukan kebangsaan merudum, pasukan junior pun turut sama tenggelam. thailand masih dianggap gergasi peringkat regional. sama macam takraw, kalau nak menang apa-apa piala, kena kalahkan thailand dulu.

semalam aku sempat tengok rancangan soccer kids di tv3. kalau tak silap dah musim ke-3. sekumpulan kanak-kanak bawah umur, dilatih seperti dalam sebuah akademi bola sepak oleh jurulatih profesional. mengadakan latihan kemahiran dan taktikal setiap hari. sebagai sebuah rancangan tv realiti mereka dinilai dan sesiapa yg tidak mematuhi standard akan tersingkir. sebelum mereka menyertai akademi, terpaksa menjalani pelbagai ujian, uji bakat & sebagainya.

okeylah, walaupun aku tak ikuti sepenuhnya rancangan tv ni tetapi aku tahu serba sikit tentangnya. bagi aku, ianya rancangan yg bagus. kalau di luar, kita ada sekolah sukan bola sepak spt di bukit jalil & bandar penawar, sekurang-kurangnya ini alternatif lain kepada pemain muda bole sepak yg berbakat. jika dibimbing mereka boleh maju ke depan.

jadi minggu ni, entah kenapa aku tertarik nak tengok di tv. sebelum ni aku tak ambik tau atau tak berapa minat nak tengok. puncanya minggu ni, skuad soccer kids dibawa ke chonburi, thailand untuk sesi perlawanan pershabatan peringkat antarabangsa yg pertama. bertemu pemain pasukan kelab chonburi junior. pasukan ini bukanlah calang-calang pasukan. ianya merupakan juara bahagian timur thailand, pernah menjadi juara peringkat junior kebangsaan dan antara pasukan junior terkuat di thailand.

jadi, inilah peluang aku nak tengok sejauh mana kekuatan pasukan junior negara jiran itu. apakah team soccer kids berupaya menyaingi mereka? aku agak pesimis akan peluang mereka. kalau dapat bersaing pun dah cukup bagus.

tetapi aku dikejutkan dengan permainan & kualiti pemain secara individu dalam team soccer kids ini. mereka bukan saja menguasai perlawanan, malah membelasah pasukan lawan yg sebaya itu dengan kemenangan besar 5-0.

aku dapat perhatikan wajah jurutalih team lawan yg semasa temu ramah sebelum perlawanan itu begitu konfiden, bertukar merah padam dalam temu bual sebaik habis perlawanan. mungkin malu dengan kekalahan tak diduga itu.

aku cuma nak nyatakan, bahawa bola sepak di malaysia sebenarnya masih subur dan banyak anak muda yg berbakat, mahir dan berpotensi. cuma tidak diketengahkan atau tidak dibimbing dengan cara yg betul. atau bidang akademik lebih diutamakan daripada sukan.

2 refleksi:

editor kampung said...

ramai yg berbakat, tetapi biasanya bakat itu tak dikembangkan di peringkat lebih tinggi. atau separuh jalan sahaja kerana perlu membuat pilihan, sama ada utk terus belajar atau jadi pemain profesional. boleh ke hidup sbg profesional di m'sia. jawabnya boleh. tetapi, jangka hayat kerjaya mereka singkat sekitar usia30an. jadi, apa selepas itu?

tg shaaban said...

ya, pandangan yg bernas.
hantarkan pemain berbakat secara ke kelab profesional di luar negara, atau hantar mereka utk diuji bakat. dpd situakan ada yg 'nurture' & bimbing mereka secara lebih teratur & cepat maju.