- resensi. . . 27 -

Apr 26, 2011





Judul: Pilihan Raya Malaysia ke-12: Isu dan Pola Pengundian

Editor: Joseph M. Fernando, Zulkanain Abd Rahman & Suffian Mansor

Terbitan: Penerbit Universiti Malaya/2011

Sinopsis


Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 (PRU12) yg diadakan pada 8 mac 2008 merupakan peristiwa bersejarah (historical watershed) cukup bermakna dan membawa erti tersendiri kepada arena politik malaysia secara keseluruhannya. buat pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun, selepas malaysia mencapai kemerdekaan, barisan nasional hanya mampu membentuk kerajaan dengan kemenangan majoriti mudah, bukannya menguasai 2/3 kerusi parlimen. dengan kata lain PRU12 memberi kejutan besar atau tsunami politik yg membawa implikasi besar dan tersendiri kepada hala tuju politik malaysia sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun akan datang. kemerosotan bilangan kerusi sama ada parlimen atau dewan undangan negeri yg dikuasai oleh BN selepas PRU12 menimbulkan banyak tanda tanya. antara persoalan tersebut ialah setakat mana persekitaran politik sedia ada berupaya membawa perubahan radikal yg mengejutkan banyak pihak termasuklah pengundi, calon dan parti bertanding. apakah keadaan yg menyebabkan pengundi mengalihkan sokongan mereka kepada pakatan politik PKR-DAP-PAS dalam PRU12? seperkara lagi sejauh manakah media alternatif berguna dan memainkan peranan membekalkan maklumat mengenai politik malaysia kepada pengundi khasnya pengundi muda dan pengundi di bandar? kesemua persoalan ini menjadikan PRU12 sebagai suatu tema yg menarik dan mencabar untuk dianalisis. buku ini memuatkan tulisan sekumpulan 10 orang ahli akademik daripada jabatan sejarah, universiti malaya. perbincangan dalam setiap bab dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu latar belakang politik negeri berkenaan sebelum PRU12; persediaan calon, cara berkempen, isu dan parti bertanding; dan analisi keputusan PRU12 di negeri berkenaan. kepelbagaian sumber dan pendekatan yg digunakan dalam buku ini penting bagi memberikan analisis dan tafsiran yg seimbang serta menyeluruh berkaitan dengan PRU12.


0 refleksi: