- jangan pernah taasub -

Apr 5, 2011

aku tak pernah taasub pada seseorang. tapi rasa hormat aku letakkan pada tempat sewajarnya. kalau aku minat bola sepak, aku sedikit fanatik pada satu-satu team, meminati satu dua pemainnya. tapi aku taklah taasub hinggakan kalau team bola itu main macam bangkai, aku tetap mempertahankan. kritikan adalah untuk membina semula kebangkitan mencapai standard tinggi yg dihasratkan. atau pemain itu sudah beralih arah sebab sudah diumpan dengan duit dripada kelab lain, biarlah dia pergi. atau dia mula mengabaikan kemahiran & mengorbankan kemampuannya dengan disiplin goyah & kualiti yg meleset kerana sudah cukup gah dengan nama atau ganjaran yg diperoleh.


aku sedar sebagai pekerja, perlulah menghormati & mematuhi arahan ketua atau majikan. selagi tidak bercanggah dengan etika kerja & polisi yg ditetapkan. selagi ketua itu menjalankan tanggungjawabnya selari dengan peranan yg diamanahkan kepadanya, selagi itu aku menghormatinya sebagai ketua, meski sesekali kita ditegur atau dimarahi. bukan taasub tetapi itulah tanggungjawab sebagai pekerja kepada ketua atau majikannya. namun, jika ketua sudah menyimpang daripada objektif & laluan yg harus diikut, sambil menukar kepentingan semua menjadi kepentingan peribadi, maka dia perlulah disanggah. tidak lagi harus dihormati.


kalau aku menghormati pemimpin, ianya sekadar rasa hormat. membawa ke arah kebaikan & kesejahteraan masyarakat yg dipimpinnya. kalau pemimpin itu berbuat onar atau membelakangi prinsip kepimpinan, membelakangi agama & meninggalkan nilai peribadi baik, maka wajarlah aku tidak lagi menghormatinya. malah mungkin lebih daripada itu, membencinya. biarlah orang lain yg taasub itu mempertahankannya. aku tidak pernah taasub, jadi kalau benar aku katakan benar. kalau salah, dia harus kembali kepada kebenaran, bukan terus menerus hidup dalam kepalsuan demi kelangsungan hayatnya sebagai pemimpin. bertaubatlah, jangan jadi pendusta! kelak akan dimurkai & dilaknat Yang Maha Berkuasa.

0 refleksi: