- karnival tu apa? -

Apr 13, 2011

dulu orang berpesta-pestaan. sebut saja pesta - bunyinya meriah, ramai, sesak, bising. atau bak kata orang sekarang 'happening'. pesta pantai, pesta konvo, pesta hiburan, pesta bola merdeka - yg sekarang dah berkubur, pesta pulau pinang yg popular suatu waktu dulu - aku pernah naik kereta api kelas 3 dari KL semata-mata kerana gahnya pesta itu dulu.

itu dulu, sekarang acara pesta-pestaan dah agak ketinggalan. kecuali psta buku antarabangsa KL masih mengekalkannya. tak tahu kenapa, mungkin lebih sesuai untuk pameran & jualan buku, agaknyalah. kena tanya penganjur...


sekarang dah naik taraf kononnya lebih tinggi lagi. pesta dah dinaikkan jadi karnival. karnival jom heboh yg popular itu misalnya, karnival belia negara, karnival flora, karnival jubli emas, karnival merdeka, karnival tahun baru. entah siapa yg memulakannya. terus jadi trend atau ikut-ikutan. karnival kononnya lebih gah, lebih meriah, lebih besar, lebih hebat, lebih bingit, lebih ramai, lebih sesak. tentunya lebih banyai gerai, lebih ramai peserta, lebih banyak program tak kiralah sukan atau hiburan, lebih banyak penaja.


seperkara yg pasti kalau nak buat sebarang acara terutama yg kononnya besar seperti karnival ini, yang penting ialah promosi atau hebahan yg meluas. supaya ramai pengunjung yang datang. kalau boleh bukan saja yg dekat atetapi juga yg jauh. bukan setakat penduduk tempatan tetapi juga orang luar.


kalau takde promosi, atau setakat gantung kain rentang tepi jalan, jangan haraplah orang datang ramai-ramai apalagi berduyun-duyun. terutama kalau pertama kali dianjurkan, belum dikenali. kalau sediakan banyak gerai pun, takde yg menyewa tentu nampak kosong aje kan. orang yg datang pun bila tengok lengang aje, terus patah balik atau tawar hati nak berdada lama di situ. mungkin jangkaan penganjur agak tinggi. sebab itu tak kurang daripada 100 ruang gerai disediakan. tapi yg disewa mungkin tak sampai 30. tentu nampak macam tak menarik atau tak meriah. kalau kebanyakan gerai hanya jualbarangan mainan dan pakaian saja macam takde kepelbagaian. lebih baik pergi 'karnival pasar malam'.


padang atau dataran dibiarkan kosong. takde sebarang acara atau aktiviti. bukankah lebih baik kalau ada acara sukaneka, futsal, main layang-layang, paint ball. sekurang-kurangnya menarik penyertaan & orang yg nak beraktiviti.


semua itu, adalah 'kisah benar' pengalaman aku semasa berkunjung ke 'karnival dataran nilai' yg berlangsuang 8-10 april lepas. setahu aku sempena acara perasmian, dataran yg baru siap dibina hujung tahun lepas. aku jangkakan ramai yg datang, sesak dan susah nak letak kenderaan. tapi itu tak berlaku pun sebab tak ramai orang. lebih ramai penyewa gerai atau peniaga daripada pengunjung yg datang! aku berada di situ pun sekitar 20 minit dan yg aku beli hanyalah selipar erin berharga rm8. yg pastinya tak ramai yg tahu akan karnival ini. aku tahu pun sebab hari beberapa hari sebelum tu ternampak kain rentang di tepi jalan berkaitan karnival ini. lagipun memang hari-hari aku melalui jalan berhampiran dataran itu yg memang strategik lokasinya dan ternampak pekerja sedang memasang khemah beberapa hari sebelum itu. kalaulah aku ada bukti bergambar...

0 refleksi: