- cerita hantu ping pong -

Apr 8, 2011


na na na na na....sini ada hantu...! begitu lirik yg dilagukan dalam irama rock yg riang ria. begitu ironi. cerita hantu dikaitkan dengan keseraman, ketakutan, kegelapan, dan dalam suasana sunyi. tapi dalam filem 'sini ada hantu' digarap dengan nada penceritaan yg berbeza. taklah best sangat tapi memang berpijak di bumi nyata, cerita hantu yg pernah kita dengar. atau orang puteh kata 'urban legend'.
ok jugakla, sekrang ni ada astro first yg tayang filem melayu yg masih baru. bayar rm15 dah boleh tonton di rumah. satu famili, berulang kali pun tak mengapa (kalau ceritanya menarik la...). dan selamat jugak duit aku daripada melayan budak-budak ni untuk ke cineplex. seronok juga menonton 'ngangkung' dengan komedi seramnya. atau menonton filem mamat khalid yg kelakar melalui 'hantu kak limah balik rumah' dgn watak awie 'husin', usop wilcha, pak jabit, kak limah, cik nin & abi hurairah. atau filem box office 'khurafat' arahan yg berunsur suspense thriller/seram tapi asyik-asyik berkisar dalam 'mimpi' atau bayangan saja sebenarnya.

tapi, aku lebih minat nak cerita pasal filem 'sini ada hantu'. walaupun tak lah berkualiti atau best sangat tapi penceritaan 3 ceritanya tentang - hantu asrama, hantu pokok pisang dan hantu nombor ekor - memang biasa disampaikan secara lisan sejak bergenerasi. apatah lagi berkaitan hantu asrama yg popular itu. tak salah aku katakan hantu asrama sesungguhnya masih wujud hingga sekarang!


tanyakan pada mereka yg pernah tinggal di asrama sekolah. atau sedang tinggal di asrama, nescaya mereka ada cerita masing-masing pasal hantu yg 'kononnya' berkeliaran di asrama ini. tanyalah mana-mana sekolah yg berasrama penuh atau separa asrama. ada saja cerita masing-masing bukan? mula-mula kita dengar cerita hantu daripada senior yg menyampaikannya. cerita itu kemudian ditokok tambah atau dicantikkan lagi oleh yg mendengarnya, atau pengalamn secara peribadi oleh mereka yg 'kononnya' pernah berdepan atau dikacau oleh hantu asrama.


ingat tak cerita hantu jepun berkawad tengah malam buta? hantu yg mengacau di tandas waktu malam dengan menggegarkan pintu tandas? pernah kena himpit-himpit hingga tak boleh bernafas waktu tidur? atau cerita kawan yg tidur sebelah kita yg kita borak-borak sebelum tidur sebenarnya berada di kampung pada hujung minggu? waktu balik dari kelas prep ada yg terdengar bunyi hilaian hantu? itu cerita 'legenda' yg biasa dan hampir sama di asrama. diceritakan oleh senior & disambut oleh junior atau freshie, dan kemudiannya terus disebarkan kepada 'generasi' seterusnya.


ya, aku masih ingat cerita hantu main ping pong bukan di asrama sekolah tetapi di asrama penginapan semasa di U dulu. ceritanya aku, zam, lee, zali selalu main ping pong waktu malam. sebab sebelah petang dikuasai oleh 'pemain profesional' yg mewakili kolej atau bebudak cina yg boleh buat forehand & smash terbang. mereka bukan tandingan kami. jadi, kami ambik peluang main waktu malam. bila orang lain sibuk studi. kami beza sikit, studi lepas main ping pong, sekitar jam 12:00 mlm ke atas. kami berempat akan turun. pakai selipar & jeans je. kalau ikutkan peraturan memang tak boleh, tapi kami ada kabel yg baik iaitu pak guard hashim. kengkadang, bila dia mengantuk, dia pun akan join sekejap main dengan kami. sambil suruh salah seorang daripada kami ganti tugasnya sebagai guard....atau pastikan supervisornya tak datang buat rondaan atau spot check.


tapi kami main ping pong bukanlah setiap malam. cuma malam hujung minggu saja. malam itu malam jumaat, pak guard hashim kerja shif malam macam selalu. waktu itu dah jam 1:00 pagi. tiba-tiba dia terdengar ada orang main ping pong dalam dewan. mula-mula dia heran jugak, sebab dewan tu berkunci, dan kalau siapa-siapa nak main kena ambik kunci daripada dia. lagi pulak biasanya kami saja yg main masa begitu. jadi, dengan rasa heran & ingin tahu ditambah lagi memang sudah tugasnya, dia pun menyiasat. lampu terpasang. bunyi bola ping pong terdengar dengan jelas. bunyi orang ketawa & bercakap cuja kedengaran tapi tak jelas butirannya.


bila dibuka saja pintu dewan, pak guard hushim tergamam. tiada siapa pun di dalamnya. cuma cahaya lampu terpasang. meja ping pong di tengah dewan, kosong tanpa seorang pun di sana. longgar lutut pak guard hashim. hantu apakah yg berada di situ tadi. kisah benar ini diceritakan sendiri oleh pak guard hashim pada kami berempat, selepas tiga hari berikutnya. kerana pak guard hashim demam 'terkejut'. dan hujung minggu itu kami mencari-carinya untuk dapatkan kunci dewan nak main ping pong. hanya pada hari isnin, pak guard hashim kembali bertugas. lalu menceritakannya pada kami. dan hanya isteri & kami saja yg disampaikannya cerita ini. dia bimbang kalau cerita ini tersebar, warga kolej mungkin warga kampus akan gempar dan berada dalam ketakutan terutama siswi.


sejak itu, kami 'berehat' sekejap daripada main ping pong. tetapi sementara saja. sebulan selepas itu, kami kembali menyambung aktiviti. dan pak guard hashim juga sesekali, join kami. mungkin ada hantu yg sengaja nak menguji & menyakat pak guard hashim.....


kisah hantu ping pong ini, menjadi gurauan kami berempat hingga sekarang, setiap kali ada peluang berjumpa atau berhubung. tapi kami sudah putus hubungan dengan pak guard hashim. mungkin jugak, dia pun dah bersara sekarang ni. menceritakan kisah hantu ping pong ini kepada cucunya....

1 refleksi:

rahimin said...

ha ha hanti ping pong pun ade...
yg aku tau 'hantu bola' ramai!