- adegan sebabak di pejabat pos -

Apr 22, 2011

mujur juga sekarang ni dah banyak perkhidmatan online untuk bayar bil atau depositkan duit. sekurang-kurangnya pun kalau tak de kemudahan internet kita guna mesin. tak payah dah nak beratur atau tunggu giliran di kaunter. masa pun dapat dijimatkan. itu belum cerita bab kepayahan nak memarkir.


khidmat kaunter pun dah semakin dikurangkan. terutama di bank, hanya urusan tertentu saja dibuat di kaunter. staf yg menguruskan kaunter jugak semakin kurang. tetapi yg memerlukan semakan dokumentasi masih memerlukan khidmat kaunter terutama di jabatan kerajaan. mungkin sekarang ni pekerja di kaunter dah lebih 'mesra pelanggan'. mereka sudah dilatih akan peri pentingnya hal sedemikian.


kalau dulu petugas kaunter ni, nak nampak mereka senyum pun payah. ada yg bibir muncung macam ikan julung-julung. ada wajah seperti pemungut hutang along, macam nak makan orang. ada yg muka kelat macam tak mandi seminggu. nak ucap terima kasih pun payah, macam ada emas dalam mulut, kalau buka mulut, emas tu akan jatuh bertabur.


aku ingatkan 'zaman kegelapan' itu sudah berakhir. dah seronok dah, hanya berurusan dengan mesin atau komputer yg tak punya perasaan atau emosi. lebih mudah berurus tanpa perlu bersemuka. tapi tengah hari semalam, oleh sebab nak buat urusan pos, kena jugakla berurusan di kaunter.


berikut ialah skrip adegan sebabak penuh kemesraan di kaunter pos:


mula-mula aku ambik nombor giliran pada mesin. ada ramai orang lain yg sedang menunggu giliran untuk khidmat kaunter. tetapi kemudian ternampak kaunter pos laju/bungkusan di bahagian tepi pejabat pos itu. lalu aku terus saja ke kaunter itu.


pekerja pos: (berdiri dan hanya memandang aku tanpa bersuara sambil menunjukkan isyarat mengangkat dagunya - kau nak apa? - mungkin)


aku: err...saya nak buat pos laju (dengan muka cuak....)


pekerja pos: dah isi borang...? (mengambil tempat duduknya, sambil menulis sesuatu & tidak berpaling pada aku pun)


aku:...dah... (sambil mengeluarkan borang yg dah siap diisi)


pekerja pos: (tak berkata apa-apa, lalu bangun pergi ke bahagian belakang...)


aku: (bediri tegak macam patung kat kedai baju)


pekerja pos: (mengambil tempatnya semula. membaca borang & mengambil bungkusan yg aku dah letakkan atas kaunter. kemudian dia, memprosesnya menggunakan komputer)


dalam pada itu muncul seorang awek di belakangku.


awek: kalau nak beli envelop pos ekspres, kat sini ye?


tak tahu kenapa awek tu tak tanya pekerja pos? mungkin aku lebih hensem...atau dia cuak tengok pekerja pos tu tengah 'sibuk' dengan muka yg macam baru lepas gaduh dengan bini.


aku: ya...(jawabku pendek. entah kenapa aku memandai-mandai je jawab. sebab sebelum ni, ada orang yg beli envelop tu di kaunter yg sama. sebab tu aku konfiden je jawab).


pekerja pos: (terus tunduk menjalankan tugasnya) sain.. (sambil menghulurkan borang yg aku isi tadi. tertinggal tandatangan. aku pun sain saja. kemudian pekerja pos tadi menyambung proses kerjanya).


tiba-tiba muncul seorang mamat mencelah di sebelah aku.


mamat: incik, nak beli setem kat sini boleh ke? (katanya teragak-agak...)


pekerja pos: ambik nomborla... tak pandai baca ke...! (terkeluar suara garaunya. mamat tadi terus beredar. sambil merungut sesuatu yg aku tak berapa dengar)


aku dan awek tadi saling berpandangan. sambil kedua-dua kami sama-sama menggelengkan kepala.


pekerja pos: 13.36 sen...(sambil tunduk tanpa memandang ke arah aku). akupun hulurkan duit rm15 padanya. dan baki dipulangkan bersama salinan borang tadi.


aku: terima kasih (ucapku separuh ikhlas).



pekerja pos: (diam membisu...)


aku pun beredar. dalam hati aku timbul seribu satu macam persoalan. mengapa sikap sebegini, masih ada...mengapakah tiada kemesraan antara kita...hu huu

2 refleksi:

safwansaifuzzaman said...

ala bese la 2...spatutnya..pekerja kerajaan mane leh wat cam2..kate rkyt didahulukan mane ade...kalo pekerja kerajaan pown cam2.....buat lah surat hntr kat tmpt 2 gtwu tntg pekerja terbabit kan sng

sha'aban ben moestapha said...

pos dah diswastakan, tapi sikap masih mcm tu jugak. slogan tu dah betul dah, tp pelaksanaannya...tak sampai.