- alamat misteri -

Apr 6, 2011

katakan kita nak hantar sesuatu pada seseorang. kita perlu tahu alamatnya hendak ditujukan.

kalau kita tak tahu, lebih baiklah tanya empunya badan.

daripada bertanya orang lain atau rujuk di mana-mana, kalau dapat terus daripada orangnya, tentunya lebih baik, lebih sahih & sudah tentunya tepat tak boleh disangkal lagi.

jadi aku pun salinlah daripada alamat yg dihantar secara e-mel oleh empunya badan. kebarangkalaian ianya salah atau silap hanyalah spt sampel DNA yg diuji, 99.9% ketepatannya. sebab nak cepat, aku gunakan khidmat hantaran cepat atau kurier.

ikut bulat-bulat alamat yg diberikan. selang 2 hari kemudian bungkusan yg dihantar dikembalikan semula kepada aku. dihantar semula oleh syarikat kurier. 'sudah pindah' dicatat pada sampul surat.

heran! macam mana boleh sudah pindah sedangkan e-melnya dihantar 2 hari sebelum itu bukannya 2 tahun atau 2 minggu lepas. dalam kehairanan itu aku semak di enjin pencarian internet. tak jumpa jugak alamat yg dinyatakan.

adakah ianya tidak wujud? pelik sungguh.


kemudian aku suruh seorang staf di tempat aku hantarkan ke alamat tersebut. kali ini dia buat secara hantaran tangan, bukan pos. terus saja secara fizikalnya ke sana, tiada perantaraan.

sekali lagi heran! alamat itu salah, tempat itu tak wujud...


aku cuba hubungi tuan punya badan. melalui e-mel...masih tak berbalas. hantar sms pun, jugak takde balasan...


misteri dan sungguh mengherankan!

0 refleksi: