Sepanjang jalan kenangan - soalan bocor!

Jan 26, 2010

study smart itulah yang aku amalkan semasa belajar dulu. kawan-kawan sekelas atau seasrama tahu yang aku bukanlah seorang ulat buku. aku jugak bukanlah daripada kalangan paling pintar di sekolah. nak dikatakan aku mat studi (gelaran ulat buku masa aku sekolah dulu) atau kaki library jauh sekali. tapi result yang aku dapat biasanya 'mengejutkan' rakan-rakan lain & jugak cikgu.
cara aku belajar ialah dengan belajar mengikut topik. daripada setiap topik itu aku akan tekankan pada topik yang paling penting. kepentingan sesuatu topik boleh dilihat daripada kekerapannya ditanyakan melalui soalan peperiksaan. jadi aku cuma studi dan fahamkan topik yang penting sahaja. topik yang kurang penting jugak aku baca, tetapi untuk pengetahuan umum atau tambahan sahaja.


nak dijadikan cerita, menjelang peperiksaan akhir tahun, rakan sekelas, su & nani bertanyakan aku berkaitan soalan yang dijangka keluar. kalau dulu mereka gelar soalan spot atau soalan ramalan untuk subjek sejarah & geografi. sebabnya dua subjek tu memang 'makanan' aku. jadi aku pun buatlah jangkaan topik yang bakal keluar siap dengan skop & set soalan lagi. su & nani pun catatkan pada buku nota mereka.

entah macam mana, su & nani yang baik hati itu telah mengongsikan soalan ramalan tadi kepada beberapa kawan mereka yang lain. maka tersebarlah cerita atau khabar angin di asrama & sekolah bahawa berlakunya soalan bocor. aku jugak ada mendengarnya, tapi buat tak endah saja. hinggalah pada hari peperiksaan, secara kebetulan 3/4 daripada soalan untuk subjek sejarah hampir sama dengan soalan ramalan yang aku berikan pada su & nani. makanya gemparlah sekolah dengan soalan bocor yang menjadi kenyataan bukannya sekadar khabar angin lagi. dalam masa sama juga wujud rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang mengambil peperiksaan terutama pelajar yang tinggal di luar asrama. kononnya soalan bocor telah 'menguntungkan' pelajar asrama & ini tidak adil kepada mereka.

hal ini dibawa kepada pengetahuan cikgu. malah cikgu sejarah, sendiri berasa terkejut dengan persamaan soalan ramalan dengan soalan yang disediakannya bila mendapat 'salinan' soalan itu daripada beberapa pelajar yang mengadu. maka mesyuarat guru telah dipanggil. pertama, untuk menyiasat kesahihan berlakunya soalan bocor & kedua, mencari dalang yang menyebarkan soalan bocor.

sudah pasti aku berasa serba salah. begitu jugak su & nani. kami bertiga telah dipanggil oleh pengurusan sekolah. aku diminta menjelaskan dari mana sumber soalan bocor tersebut. aku cuba terangkan duduk perkara sebenar. malah aku disokong oleh kenyataan su & nani. namun pihak pengurusan nampaknya lebih percaya khabar angin, lalu membuat keputusan memberi amaran keras pada aku. oleh sebab ketiadaan bukti terutama dengan penjelasan guru sejarah, aku tidak dikenakan hukuman lebih berat.

arahan jugak dibuat oleh pihak pengurusan bahawa peperiksaan ditunda seminggu daripada tarikh asal. soalan peperiksaan semua subjek dirombak semula kerana kemungkinan penyebaran soalan bocor. peperiksaan subjek yang sudah berlangsung perlu diduduki semula dengan set soalan yang baru. kecewa dengan keputusan & ketidakpercayaan pengurusan sekolah & guru, aku menjadi tawar hati untuk menduduki peperiksaan seterusnya. sebaliknya hanya bersikap sambil lewa kerana ramai mata yang melihat aku sebagai orang yang bersalah.

walaupun ramai rakan yang memberi sokongan moral. terutama su & nani yang mengaku akan kesilapan mereka, aku berasa terhukum, malu & ibarat orang bersalah. result kali ini paling buruk bagi aku. hakikatnya, pihak pengurusan sekolah tidak sedar akan kesilapan keputusan terburu-buru yang dibuat. pertukaran & pindaan set soalan sebenarnya telah mengganggu kajian & sorotan para guru sendiri dalam menjangkakan soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan sebenar.

***

dalam peperiksaan sebenar, lebih separuh soalan subjek geografi & sejarah menepati soalan ramalan topikal yang aku berikan pada su & nani itu. aku mendapat A dalam kedua-dua subjek. su & nani jugak mendapat A dalam subjek sejarah.

4 refleksi:

tdevaraj said...

nasib baik TS tak kena tahan bawah OSA.

rahimin said...

boleh ajar anak2 ko study smart...not just study hard

tg shaaban said...

apa buleh buat, cikgu lbh percaya gossip & khabar angin...

nota:
nani - kini cikgu
su - kerja di sykt kewangan di KL

editor kampung said...

study smart pun seorg yg smart jgk.
kalau tak, tak menjadi jugak.
kalau dpt score A, memanglah smart.
khabar angin selalunya tak betul walaupun ada segelintir yg betul. tapi masih ramai ug lebih percaya khabar angin dpd yg betul...