Sampai bila-bila

Jan 21, 2010

semakin meniti perjalanan hidup yang panjang ini, semakin banyak peristiwa yang dilalui, yang ditempuh, yang dialami, yang terkesan di hati.
ada peristiwa yang membangkitkan kemarahan.
ada cerita sedih yang sukar luput daripada ingatan.
ada kejadian pahit yang jika dikenang menambah kepedihan.
ada pengalaman manis yang kalau boleh mahu dilalui berkali-kali dalam hidup.
ada peristiwa yang mahu dikekalkan di sudut hati sebagai nostalgia yang tak mahu dilupakan.
ada peristiwa yang mahu dilontar dan dibuang jauh, mahu diluputkan terus daripada ingatan.

pernah antara kita mengatakan kepada kawan baik bahawa "kita akan berkawan sampai bila-bila...". tapi bila perpisahan terjadi, jarak memisahkan, waktu tidak mengizinkan. kita sukar mempertahankan nilai persahabatan & keakraban yang pernah kita lalui bersama. lantaran itu kawan baik kita dulu, kita rasakan semakin jauh bagai orang asing yang tak pernah kita kenal. hanya saat-saat manis bersama dulu yang mampu dikenang. itupun makin hari makin kabur...

aku pernah mengatakan "aku takkan maafkan kau sampai bila-bila!" pada seseorang. lantaran sakit hati atas perbuatan yang dilakukan ke atas diriku. kalau boleh tak mahu melihat kelibatnya lagi. malah mendengar namanya saja sudah membuatku mual. namun bila usia semakin dewasa, emosi tidak lagi menguasai diri. pada waktu-waktu yang tenang & bersendiri. persepsi terhadap orang itu mula berubah. hati jadi lembut. dan akhirnya memaafkan orang itu walaupun bukan secara berdepan tetapi tulus dalam hati.

seorang kawan pernah berkata pada ku "aku sanggup kerja di sini sampai bila-bila". kerana katanya dia berasa senang & tenang di tempat kerjanya, dia suka rakan sepejabatnya, lokasi pejabatnya, gembira bekerja dengan majikan yang baik hati. biarlah gaji cukup makan, dia akan kekal bekerja di situ. tetapi beberapa tahun kemudian mengubah pendiriannya. semata-mata kerana ditawarkan gaji lumayan, jawatan tinggi. walaupun lokasi pejabatnya di tempat jin bertendang & katanya di tempat baru itu rakan sekerjanya tidak berapa mesra.

rakan sekerjaku serik dengan servis buruk pengangkutan awam. walaupun sudah bertahun-tahun menggunakannya. waktu menunggu yang panjang. jadual perjalanan yang tak dipatuhi. sesak dalam pengangkutan awam & sesak yang ditempuh di jalanan. semua itu membuatkannya tawar hati, dek pengalaman pahitnya hampir setiap hari. sehinggalah katanya pada satu hari padaku "taubat dah aku takkan naik pengangkutan awam lagi, sampai bila-bila!". yang aku ingat patah katanya itu, sehari selepas dia beli dan memiliki kereta sendiri...

ada jugak kenalan yang pernah berkata "aku takkan kahwin lagi sampai bila-bila" selepas kematian suaminya. baginya, suaminya adalah segala-galanya. lelaki terbaik yang pernah dikenalinya. tak mungkin ada pengganti & dia pun tak sanggup menggantikannya. namun tak sampai setahun kemudian, aku dengar berita yang kenalanku itu berkahwin lagi. tulisnya dalam sms selepas aku bertanyakan kebenaran berita itu, "hidup mesti diteruskan, kenangan hanyalah sebuah sejarah".

7 refleksi:

rahimin said...

ada yang terkena batang hidung aku sendiri.
tepat sekali entri ni...

tg shaaban said...

manusia mudah lupa...

suriahoney said...

sampai bila-bila...
i tetap cun,

jgn mrh abg bangsawan

tdevaraj said...

yang kekal sama hanya Tuhan
yang lain berubah
baik jadi buruk
buruk jadi baik
merCUN jadi abu
muda jadi tua
tua kembali muda?

suriahoney said...
This comment has been removed by the author.
suriahoney said...

nenek i still cun ape...
jgnla jeles

tdevaraj said...

la la laa la
su su susuk
la la laa la