manual

Jan 8, 2010

"kalaulah hidup kita ini dibekalkan dengan manual..." ayat tergantung itu dtgnya dr seorang profesor sewaktu aku belajar di U dulu.
aku segera teringatkan manual yg dibekalkan bersama setiap kali kita beli barangan spt peralatan elektrik, elektronik ataupun kereta. sbg panduan. termasuklah troubleshooting.
itulah sebenarnya yg dimaksudkan olh profesor itu. kalaulah kehidupan kita di dunia ini, setiap org diberikan manual bagaimana dia perlu menjalani hidup ini. bagaimana menyelesaikan masalah (terutama masalah kewangan...he he). hidup kita kan jadi lebih mudah. segala perancangan teratur dgn baik.

tapi soalnya kalau sudah semua org ada manualnya sendiri, hidup ini takdalah sebrang cabaran. terlalu mudah. terlalu simple, hingga jadi membosankan. otak yg ada pun akan jadi beku, malas berfikir. ya lah, apa nak susah2, manual kan ada?

nak bercinta...boleh guna manual. nak selesaikan kenakalan anak pun ada manual. nak setelkan masalah di tempat kerja pun ada manual. nk berdepan dgn boss pun ada manual. nak elak jammed pun ada manual. pendeknya, manual sbg kunci menangani masalah dlm setiap apa yg dilakukan dlm hidup ini. bosan bukan?

semalam dlm satu program tv yg aku tonton, seorang wataknya mengeluh panjang bila berdepan dgn masalah yg berat utk ditangani. lalu terpacullah ayat "kalaulah hidup kita ini ada manual..."

lalu aku segera teringatkan kata2 profesor aku dulu tu. serta segala kemungkinan & komplikasi yg bakal muncul dpd penggunaan manual itu secara fizikal & psikologinya. bagiku, lebih baik tak payah...

3 refleksi:

rahimin said...

entri tuan bangsawan ini buatkan aku terfikir sejenak!

editor kampung said...

manual hanyalah utk panduan aje. bukan penyelesai segala masalah. manual yg paling baik ialah pengalaman. setiap apa yg kita lalui dlm kehidupan akan memberikan kita pengalaman utk berdepan sebarang cabaran dlm perjalanan hidup yg mendatang...

tg shaaban said...

min,
'kalau' dan 'jika' tak boleh dijadikan pegangan.

editor kg,
setuju dgn pendapat sdr.