- anugerah yg tiada pemenang -

Apr 24, 2011

aku dijemput untuk menghadiri satu majlis anugerah di sebuah hotel 5 bintang di KL. sudah tentulah ada majlis makan-makan sekali. kalau buat di tempat yg gah, sudah pasti anugerah yg nak disampaikan juga berprestij. anugerahnya di peringkat nasional, memilih yg terbaik antara yg terbaik.


kalau dalam industri hiburan, dah banyak anugerah dianjurkan. tujuannya memang baik, mahu mengangkat yg terbaik. bila mahu pilih yg terbaik, maka ramainya yg mahu menghasilkan produk yg terbaik. bersaing untuk mencipta mahakarya masing-masing. sekali gus bila semua orang menghasilkan produk yg terbaik sahaja, maka melonjakklah industri ke tahap yg tinggi dengan kualiti yg mencapai piawai antarabangsa.


tapi kerap kali soal pemberian anugerah cuba dikomersialkan. akhirnya bukan yg terbaik yg dinobatkan sebagai terbaik. tapi yg paling popular. ukuran popular dijadikan tanda aras sebagai terbaik. tapi jangan pula kita abaikan, bahawa yg terbaik tak semestinya tidak popular. ada kalanya yg popular juga adalah yg terbaik. eh, berpusing-pusing pula persoalan yg nak disampaikan ini....


kerap kali juga berlakunya isu rumah siap pahat berbunyi. ada pihak yg tak puas hati, si anu atau karya itu yang menang. bukan yang ini. itu tak dapat tidak untuk menghalangnya. ada pendapat masing-masing, ada kayu ukur masing-masing. mencemuh yg menang, cuba mengangkat yg kalah. walhal memang sudah adat bertanding, ada kalah menangnya. yg kalah bukannya tak baik tetapi ada yg lebih baik daripadanya.


majlis anugerah yg aku hadiri ini berkaitan buku & penulisan. aku difahamkan, ada enam anugerah yg dipertandingkan. tapi pada majlis ini hanya dua sahaja yg disampaikan kepada pemenang. manakala empat lagi dimaklumkan tiada pemenang. kerana alasannya, tiada yg boleh diangkat sebagai terbaik. wah, tinggi benar ukuran yg ditetapkan hinggakan juri atau panel pemilih sanggup mengetepikan pencalonan dengan mengisyhtiharkan tiada sebarang pemenang.


tetapi apa yg aku risik-risik daripada sumber yg sangat dipercayai, ada sesuatu yg berlaku di belakang tabir. hinggakan timbul isu bantah-membantah, tuduh menuduh, wujudnya bias, pilih kasih, boikot-memboikot. kaedah kompromi terbaik demi menyelamatkan maruah penganjur & menjaga air muka semua pihak, maka jalan keluar yg diambil ialah mengisyhtiharkan tiadanya pemenang atau tiada yg terbaik....kononnya.


berbaliklah kepada tujuan asal mana-mana anugerah. untuk meraikan yg layak menang, menggalakkan penghasilan karya penulisan, untuk mendorong persaingan menghasilkan yg terbaik. macam manalah kita nak bertanding di peringkat antarabangsa apalagi peringkat global kalau di peringkat nasional pun dikatakan tiada yg layak diangkat sebagai terbaik. kalau benarlah ada isu di sebalik tabir, ianya amat malang sekali. sampai bilalah agaknya akan muncul pemenang nobel laurette dari negara kita agaknya...


akhirnya, majlis anugerah itu hanyalah sekadar majlis makan-makan dan mengikuti persembahan halwa mata & telinga. sedangkan yg patut diraikan tidak muncul. maka jadilah penyampaian anugerah tak ubah sebagai acara selingan bukannya acara kemuncak. memang janggal rasanya...

3 refleksi:

Ary ariasputera said...

apa bole buat.. itulah nasib penulis kita..

bangsawan nilai said...

payah nk cari juri/panel yg neutral & tdk bias...yg jadi mangsanya pengkarya/penulis

rahimin said...

ape benda, buat anugerah tk bagi anugerah...!