hargailah kami sebagai pembayar gaji anda...!

Aug 30, 2009

Surat ni aku hantar slps berbincang dgn sekumpulan ibu bapa lain yg tdk puas hati dgn pengumuman taska yg bercuti panjang & ditutup sempena hari raya. dahlah aku tension tk dpt cuti thn ni. dtg plak surat yg 'sesedap rasa'. hrpnya ini, membuka mata tuan punya taska tu spy tk buat sbrg keputusan dgn sewenang-wenang.
28 Ogos 2008

Pengurus
Taska ** ****
** *, ******* ****
****** ******
****** Nilai

Puan,

Penutupan Taska Sempena Hari Raya

Dengan ini kami merujuk perkara di atas dan surat puan bertarikh 26 0gos 2009.

Kami mewakili kumpulan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Taska ** **** ingin menyatakan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan tindakan pengurusan taska membuat keputusan berkaitan penutupan sempena Hari Raya.

1. Majoriti ibu bapa yang menghantar anak mereka ke taska puan terdiri daripada ibu bapa yang bekerja. Jika pihak taska bercuti panjang di manakah kami nak hantar mereka terutama anak kecil dan bayi? Bukan semua ibu bapa dapat bercuti hari raya terutama pekerja swasta.
2. Pengurusan taska adalah berasaskan perniagaan (business oriented)kerana ibu bapa dikenakan bayaran untuk perkhidmatan yang diberi. Dalam perniagaan, soal perkhidmatan kepada pelanggan (ibu bapa) mesti diberi keutamaan bukannya soal cuti kakitangan. Sepatutnya pihak pengurusan taska mengambil daya usaha membuat giliran cuti pekerja mereka bukannya memberikan cuti sembilan hari sekali gus untuk semua.
3. Kami bekerja atau makan gaji. Sama juga seperti pekerja taska. Bezanya cuma dalam bidang yang berlainan. Pastinya tidak logik kalau sesebuah syarikat ditutup semata-mata untuk kakitangannya cuti hari raya. Sekurang-kurangnya pasti ada satu atau dua pekerja yang perlu berada di pejabat. Taska juga ibarat sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan(service). Kami faham, semua orang mahu bercuti hari raya, tetapi wajarkah cuti untuk sembilan hari?
4. Pada awal tahun ini, pihak taska menaikkan yuran. Ibu bapa faham dan maklum kerana kos pengurusan yang semakin meningkat. Kami akur dan tidak membantah. Sepanjang bulan puasa, taska ditutup awal. Kami akur, walaupun sesetengah daripada kami, terpaksa terkejar-kejar mengambil anak-anak sebelum jam 6:15 petang. Kali ini pihak taska mahu bercuti panjang untuk berhari raya pula. Adakah pihak kami terpaksa mengikut ‘arahan’ taska setiap masa? Apakah hak kami selaku pihak yang membayar sebagai pelanggan? Sepatutnya pihak taska membuat survey terlebih dahulu untuk mendapat maklum balas ibu bapa sebelum membuat keputusan.
4. Jika pihak pengurusan taska mahu meneruskan keputusan menutup taska untuk cuti raya, kami mahukan agar yuran untuk bulan depan dipotong RM100-RM150 kerana bebanan dan kesulitan yang kami terpaksa tanggung dalam tempoh tersebut.

Makluman, tindakan dan perhatian puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Yang benar,


Wakil Kumpulan Ibu Bapa Bekerja
******* *****
******* ******
******* ****
*********

0 refleksi: