kami nak makan, bukan nak 'dengar' tv

Aug 20, 2009

aku balik kerja agak lewat smlm. lebih tepat lps solat maghrib di surau ofis. ada kerja mendesak yg perlu dibereskan. tiba di rmh dlm 8:30. lepas mandi & bersiap lbh kurang, aku ajak wifey & anak2 keluar mkn. kali ini saja nk cuba mkn di sebuah kedai mkn lain, bukan yg biasa kami kunjungi. sbb setiap kali melalui kedai mkn tu ternmpk ramai org & bnyk kereta. tentulah andaiannya kedai tu popular. kalau popular pastinya makanan yg dihidang sedap, bnyk pilihan, bersih, servisnya cepat atau harganya berpatutan.
semasa nk memesan makanan, kami dapati volume tv (ada 2 tv) terlalu kuat. tambah lg disambung pd speaker besar (ada 4) yg diletakkan diempat penjuru kedai. olh sbb volume tv yg kuat, menyukarkan kami utk memesan makanan. suara kami ditenggelamkan volume tv. lebih buruk lg pramusaji (waiter) yg mengambil pesanan pun terpinga2 tk dpt dengar dgn jelas. beberapa kali dia bertanya "apa?", "tk dengarla...boleh ckp kuat sikit tk?", "boleh ulang sekali lg tak...". hanya dgn nada suara yg hampir separuh menjerit, barulah dia dpt menulis pesanan dgn betul.
kami berasa kurang selesa & rimas dgn gangguan volume tv tu. nk tk nk terpaksala jgk tunggu pesanan. lgpun perut dh lapar. aku dh mula rasa 'tersilap' pilih kedai ni. mujur kami tk menunggu lama. hidangan cepat disaji. namun siaran tv terus mengganggu kami. semasa mkn saluran tv menyiarkan rancangan tentang gay. menemuramah 'gay terlampau' yg bangga dgn tabiat buruk mrk. apa tujuan pendedahan ni pun aku tk tahu. sekadar sensasi, pastinya. lebih tk selesa lg bila yg turut sama menonton ialah kanak2. erol bertanya pd ku "gay tu apa papa?"....aku segera mengalih tajuk "nasik goreng pattaya erol mkn tu sdp tak? papa nk skt...".
selain gangguan volume tv seolah2 berada di sebuah konsert tu, gangguan jgk dtgnya dr kucing. yep, kucing yg sudah jadi 'tradisi' kedai mkn org melayu. aku pun tk tahu kenapa. kedai mkn mamak tkda plk kucing. bukan seekor, 3-4 ekor yg mengiau & merayu spy diberikan sedikit makanan. ada kucing yg lebih berani cuba melompat naik ke kerusi & meja kami mkn.
aku 'arahkan' anak2ku segera mkn. aku plk mintak pekedai tu halau kucing tu ke tmpt lain. alasanku, anak2ku takut kucing. walhal sebenarnya, anak2ku sgt menyukai kucing. dlm perjlanan pulang slps mkn, aku katakan pd wifey, itulah kali pertama & terakhir kita mkn di situ". wifey angguk, setuju. kami nk mkn, bukannya nk 'dengar' tv.

0 refleksi: