Penyokong tegar

Jan 25, 2010


penyokong tegar atau die hard fan atau kipas-susah-nak-mati bukanlah seteru hingga membawa pergaduhan, bertumbuk atau tak bertegur sapa. ini cuma kerana minat mendalam terhadap sesebuah pasukan. dalam kes kawan-kawan aku yang lebih terdedah pada liga perdana inggeris walaupun tak dinafikan kami jugak mengikuti perkembangan di primera liga sepanyol atau serie a itali.

kumpulan besar penyokong tegar ini berkisar pada tiga pasukan utama man utd., liverpool dan arsenal. sejak beberapa tahun kebelakangan dgn duit jutawan minyak abramovich & mourinho telah mengangkat chelsea dalam kelompok tersebut.

usik-mengusik, menyakat (banter), mengutuk sesama kami sudah menjadi asam garam. sebenarnya tidak ada kesan mendalam pun. cumanya sesekali yang kalah kena kutuk, habis kuat pun sakit hati aje, tidaklah membawa kepada perselisihan faham atau lebih teruk kepada putus kawan. sesekali yang kalah jugak kena belanja makan atau minum jika kami berkumpul atau menonton bersama seperti di kedai mamak atau port lain.

tapi sejak liverpool semakin tenggelam 'suasana' agak suram musim ni. antara musim terburuk bagi mereka. kerana penyokong liverpool antara yang paling tegar di kalangan kami biarpun sudah hampir 20 tahun tidak memenangi gelaran liga. kadang-kadang aku kagum jugak dengan 'kesetiaan' mereka. kadang-kadang seakan-akan kesetiaan yang sedikit membuta tuli. kesian pun ada bila kesetiaan mereka hanya berakhir dengan kehampaan setiap kali habis musim. mereka nampaknya lebih selesa bercerita tentang sejarah daripada memperkatakan kemampuan pasukan mereka musim ini (team kesayangan kamal, acik, lee, kitan, jimi, diman, miji dll.) penyokong inilah paling handal buat provokasi pada penyokong team lain. tapi sedihnya, sejak kebelakangan ini ajak mereka tengok bola live pun lebih selesa duduk di rumah. sms provokasi penyokong team lain pun tidak lagi dibalas, malah bila mereka menang sekalipun, mereka dah tak tahu macam mana nak raikannya.

arsenal dengan bintang 'import' & aksi menyerang mereka dengan imaginasi wenger selalunya mendapat pujian. namun dapat pujian saja tidaklah sama dengan dapat piala. trendnya sejak beberapa tahun ini penyokong arsenal ramai pada awal musim hinggalah pertengahan musim kemudian mulai beransur hilang pada penghujung musim bersama tenggelamnya cita-cita yang asyik menjadikan alasan pemain muda, tunggu musim depan mereka akan matang, proses transisi yang entah sampai bila dapat menyamai pencapaian pasukan impian yang pernah mereka cipta pada era henry, bergkamp, petit & viera dulu (the invincibles). lebih-lebih lagi ketandusan kejuaraan peringkat lebih berprestij, liga juara-juara eropah (team kesayangan remy, alan, sudin, TD, pacai, shukri dll)

kehadiran ancelloti nampaknya menaikkan semula semangat penyokong chelsea yang sejak ketiadaan maourinho, semakin tenggelam. pasukan yang kaya raya ini yang mengumpulkan bintang seluruh dunia dikatakan feberet musim ini. tapi tak ramai yang menyokong team ni sebab dianggap tak ada 'tradisi' & reputasi seperti pasukan lain. di kalangan kawan akupun cuma dozan & kimi yang dikenal pasti sebagai penyokong tetapi tidaklah setegar yang lain, sebab nampak goyah je.

pasukan lain musim ni yang tampak mencabar musim ni spt manchester city, aston villa & spurs tidak pulak ada di kalangan kawan-kawan aku yang 'berani' mengaku mereka sebagai penyokong tegar. mungkin bila pasukan mereka juara nanti barulah ada yang mengaku.

team man utd memang ramai peminat tegar. tapi penyokong team lain selalu jeles katanya kami penyokong gila glamour. musim ini sepatutnya adalah musim 'berkuburnya' kegemilangan man utd dengan ketiadaan ronaldo & tevez. lagi pulak ramai pemain yang injured. tapi setiap musim man utd sentiasa mencabar hingga ke hujung musim & ada saja piala yang 'tersangkut' dalam laluannya. bukan seperti sesetengah team yang terkulai layu di pertengahan jalan. bagi aku pulak kalau menang aku gembira. kalau kalah macam biasa aje sebab dah selalu sangat jadi juara. sesekali bagilah peluang pada team lain pulak...he he. takdelah sampai tak lalu makan atau bad mood 2-3 hari macam kawanku penyokong tegar yang lain - apek, jijim, faris, azril, rahimin, zizi, black, jojo, latip, ganesh, duan, riki, cupin dll.

5 refleksi:

fazerilnazwan said...

lu elok jadi penulis atau wartawan sukan la bro...
tepat sekali analisis ini.

GLORY, GLORY MAN UNITED...!

suriahoney said...

i skrg sokong real madrid plak, ikut cristiano ronaldo...!

tdevaraj said...

Real Madrid dengan barisan bintangnya masih semput dengan Barcelona.
Yang terbaik hanyalah Arsenala

suriahoney said...

arsenal takde player yg hensem

rahimin said...

die-hard-fan = kipas susah mati,

kelakar...