Terima kasih cikgu, kerana mengingatkan

Jan 14, 2010

sudah banyak kali aku menghadiri majlis yg diadakan di sekolah. sama ada waktu aku bersekolah dulu hinggalah sekarang sbg bapa kpd anak yg bersekolah.
spt biasa kalau ada majlis akan ada ucapan.
namun kebanyakan ucapan sama ada pengetua, guru, vip yg dijemput atau pengerusi pibg, kebiasaannya bernada sama. tentang disiplin, berkaitan mendidik anak2, tanggungjawab ibu bapa & guru dsb. pendek kata, temanya tdk lari dpd berkisar berkaitan itu. ringkasnya, stereotaip aje.
jadi aku berasa tertarik dgn ucapan pembukaan yg disampaikan olh seorang guru penolong kanan sekolah erin, semasa sesi pembukaan minggu transisi utk pelajar tahun satu.
temanya lain dpd yg lain. cara dia menyampaikan ucapannya, aku tengok turut menarik hati kebanyakan ibu bapa yg hadir.

antara yg dibangkitkannya ialah sambutan ibu bapa terhadap majlis yg dianjurkan oleh pihak sekolah.

"bila acara utk tahun satu kita adakan, ramai mak bapak yg hadir. hingga penuh dewan. kerusi pun tak cukup. saya harapkan sampai anak di tahun enam pun beginilah semangat ibu bapak & jumlah kehadiran serta sambutan mrk. tapi kalau mengikut pengalaman, mak bapak hanya teruja bila anak2 mereka di tahun 1 saja, yg baru masuk sekolah. tapi bila mrk dah masuk tahun 4 atau 5 misalnya, anak2 tersebut dianggap sudah besar. majlis utk mereka pun ibu bapak tak hadir. sementelahan pulak bila mrk masuk ke sekolah menengah, lagilah ibu bapak langsung tak nampak muka bila sekolah adakan sebarang acara. saya harap jangan sesekali dibuat begitu. "

"kalau ada anak2 yg lebih besar di sekolah yg sama, pasti akan berasa terpinggir atau kecik hati krn mak bapak mrk lebih tumpukan pd adik mereka. atau kita mak bapak tak hadir dlm acara yg mereka sertai bila dianggap sudah 'besar'. harapan saya, kekalkan semangat hari ini. kalau anak kita tahun 1 hari ini, penuh dewan. bila mereka tahun 6 nanti ada acara yg dianjurkan pihak sekolah, saya harap, penuh jugalah dewan diisi oleh mak bapak mereka yg hadir hari ini".

ya, memang tepat sekali kata2 guru itu. memang tepat kena pd batang hidung ibu bapa yg mendengarnya. malah menyedarkan mereka hakikat yg mereka sendiri akui & harus terima dgn hati terbuka. tak heranlah bila di akhir ucapan, guru penolong kanan itu mendapat tepukan yg gemuruh sekali.

3 refleksi:

rahimin said...

memang betula pa yg dibangkitkan oleh cikgu tu.
memang betul jugak yg ucapan majlis di sekolah biasanya stereotaip aje. bosan.

editor kampung said...

kadang2 kita terlupa utk melihat perkara dlm kerangka lebih luas. kita tumpukan pd anak2 pada masa mereka masih kecil. sebaik saja mereka kita rasa 'sudah besar', kita biarkan mereka & kurangkan perhatian pd mrk. memang benar & bernas ingatan cikgu itu...

suriahoney said...

tak semua cikgu itu cikgu dlm erti kata sebenar (cewah falsafah)
jgn mara cikgu...