- awas, pemandu baru di depan! -

Mar 30, 2011


ingat tak hari pertama kita memandu kereta baru. aku masih ingat. mungkin jugak orang lain.apa perasaannya? bangga, ya. gemuruh pun iya jugak.

semalam aku berbual dengan seorang kawan. dia dah lama ada lesen. tapi tak pernah memandu kereta sendiri. baru-baru ni, dia dihadiahkan oleh suaminya sebuah kereta. jadi 'terpaksa' lah dia memandunya. terutama untuk ke tempat kerja. katanya, dia sangat susah hati sepanjang minggu pertama ini. bukan penat dari segi fizikal, tetapi sangat letih dari segi mental.


lagipun menjadi pemandu di ibu kota KL ni bukanlah mudah bagi pemandu baru. masalah memandu satu hal. mengikut laluan jugak mestilah betul. dengan jalan yg bersimpang siur & banyak kenderaan, jammed, ianya adalah satu cabaran besar kepada pemandu.


itu belum lagi cerita masalah meletak kereta. masa belajar memang tak sama dengan keadaan sebenar. tiang pancang menjadi panduan. dan kita boleh ambik masa sikit untuk memarkir. dalam dunia sebenar, tidaklah semudah itu. terutama bila nak buat reverse parking atau side parking. makanya, cara paling mudah cari ruang kosong paling jauh dari kenderaan lain. itupun kalau ada....


jangan terkejut kalau aku katakan yg ada kalangan kawan-kawan yg sudah memandu bertahun-tahun masih tak mahir undurkan kereta...ada jugak yg tak pernah praktikkan reverse parking seperti yg dia belajar dulu. atau ada yang pandu kereta semata-mata dari rumah ke tempat kerja sahaja. untuk ke tempat lain mereka akan gunakan khidmat 'pemandu'.


tapi, itu semua masa mula-mula je. lepas tu, dah pandai sikit. mulalah berani laju sikit. berani hon kereta depan yg perlahan. cilok kanan, cilok kiri. nak parkir pun, boleh berebut-rebut siapa yang dulu.


jadi, aku berikan beberapa tips pada kawanku itu. pertama, kita perlu konfiden. jangan cepat panik, walaupun tersalah jalan. pedulikanlah orang nak hon ke atau apa saja. perlahan sikit tak mengapa. lama-kelamaan, dengan masa & tempoh memandu lebih lama, kemahiran dan keyakinan akan semakin meningkat.


kebanyakan pemandu boleh memandu kenderaan, tetapi tak semua daripada pemandu itu mempunyai kemahiran memandu...!

2 refleksi:

rahimin said...

masa mula2 drive dulu, aku rasa pintu pagar rumah aku mcm sempit sgt tk muat masuk kereta...ha ha

tg shaaban said...

walhal lori balak pun boleh masuk pintu pagar tu....ha hah