- mc -

Mar 24, 2011

kepala aku, hari ni pening-pening lalat.
rasa nak demam pun ada. sakit kerongkong dan tekak gatal-gatal.
walaupun batuk taklah teruk sangat. buat masa ni masih boleh bertahan.
belum sampai tahap memerlukan ambik mc lagi...

cerita pasal mc teringat pulak peristiwa 2 tahun lepas.
aku demam, tak kebah-kebah hampir 4 hari.
bila pergi klinik, doktor kata demam biasa.
padahal dia tanya aje, "incik sakit apa?"
lepas tu letak termometer dlm mulut.
setakat demam biasa dapat satu hari mc. lepas tu takkan hari-hari nak ke klinik 'perbaharui' mc. walaupun doktor ada pesan suruh datang balik ke klinik kalau demam masih tak baik.

jadi, aku tabahkan hati & gagahkan kudrat yg ada untuk pergi kerja jugak.
walaupun tak 100 persen sihat. jadi tumpuan kerja pun tergaanggu & produktiviti pun terjejas...heh heh.
tapi memang betul lah, kalau badan dah tak sehat, buat kerja apa pun serba tak kena, serba tak menjadi.

jadi. pada hari ke-4 demam tu, aku sekali lagi ke klinik.
kali ini bukan klinik yg sama. pergi klinik lain, cuba doktor lain pulak.
doktor ni, tanya simptom. sebab masa tu H1Ni tengah 'popular'.
mujur aku takde simptom tu.
lepas tu dia tengok tangan aku. katanya ada ruam.
dia tengok 'bahagian' lain. dia syaki aku ada simptom denggi!
alamak...macam mana doktor & klinik yg sebelum ni tak boleh kesan.
katanya, tahap serius jugak ni. aku kena periksa darah, untuk mengesahkannya.

selepas darah diuji. memang sahlah aku kena demam denggi.
seminggu berikutnya, hari-hari aku kena diambil darah. untuk tengok tahap platelet.
selama seminggu jugak aku berulang alik ke klinik.
selama seminggu jugak aku mc.
perasaan risau tu usah, ceritalah. cuma aku cuba pelbagai ikhtiar lain seperti minum banyak air, minum 100 plus, minum sup ketam, minum air rebus daun (apa entah tak ingat, yang pahit nak mampus!). pendek kata, semua petua sedara bagi, kawan bagi, jiran bagi, aku telan aje.
iyalah sebab nak cepat sembuh. berapa kali jugak aku termuntah, tak usah ceritalah.
oleh sebab tu aku taklah sampai masuk wad. lagipun pada masa tu memang musim demam denggi, jadi mereka yg 'benar-benar' serius je yg dimasukkan ke wad hospital.
walaupun kepala aku dah sedikit biul, badan lemah & tak selera makan, tapi itu sebenarnya taklah tahap serius lagi sampai terlantar & kena dimasukkan air ke dalam badan. ataupun dimasukkan ke rawatan rapi untuk dipantau 24 jam.
sebab demam denggi ni tak da ubatnya yg khusus.
pakar perubatan belum lagi menemukannya.

berbalik pada badan yg tak berapa nak sihat ni.
carilah doktor & klinik yg boleh dipercayai.
balik kerja nanti, aku nak ke klinik.
taubat dah, aku tak pergi lagi ke klinik yg doktor kata aku demam biasa aje tu dulu, walhal aku kena denggi yg serius.
kalau aku terus pegang nasihatnya, nescaya aku takde dah hari ni, dan tulis blog pasal aku pening-pening lalat ni...

0 refleksi: