- berapa lama lagi? -

Mar 21, 2011

kelab bola sepak yg kaya raya spt real madrid, man utd, chelsea (dgn duit minyak abramovich) & baru-baru ni manchester city (milik pak arab) untuk kuatkan team mereka, akan beli pemain handalan. mereka sanggup beli pemain tersebut dengan harga paling tinggi di pasaran.

pemain termahal di dunia ialah ronaldo (real madrid) lebih 80 juta pound. baru-baru ni torres dibeli oleh chelsea dengan harga 50 juta pound. malah liverpool beli andy carrol yg taklah sehandal mana dengan harga 35 juta pound. kalau dah beli begitu mahal, tentunya mereka diharapkan memberi pulangan hasil pelaburan itu. kalau striker, mereka mestilah jaringkan banyak gol. kalau pertahanan, mereka mesti menjadikan pasukan mereka tak banyak bolos.

tujuan akhirnya ialah untuk menjadi juara dalam pertandingan. membolot trofi yg dipertandingkan. mencipta sejarah dan menjadi kelab yg tersohor serta dihormati di seluruh dunia. selain itu juga dapat menjana kewangan dengan jualan tiket dan penajaan. untuk jadi yang terbaik mereka perlu bersaing tambahan pula sekarang ini persaingan amat kompetetif. begitu jugak dengan pengurus pasukan bola. mereka dibayar gaji lumayan atas kepakaran & pengalaman. jika team mereka gagal, merekalah orang pertama yg akan dipecat. kecualilah anda sir alex ferguson yg boleh bertahan lebih 22 tahun. yg lain setakat 5 tahun tu pun dah kira cukup bagus...

begitu juga dengan sesebuah kompeni dalam bidang perniagaan. objektifnya untuk terus berkembang maju. untuk mengaut sebanyak mana keuntungan. untuk itu, mereka perlu bersaing dengan pesaing dalam industri yg juga dalam bidang atau produk yg sama. ada yang memajukan R & D utk meneroka produk atau teknologi baru. ada yg mengambil pekerja mahir atau terlatih. ada juga yg 'membeli' pekerja mahir dari kompeni pesaing mereka. tujuannya untuk jadi sebaik mungkin.

kalau mereka dah beli pekerja, sudah tentulah tawaran yg diberikan juga, lumayan. ganjaran berkali ganda, mungkin. tetapi akhirnya, hasil daripada 'pelaburan' mereka ke atas pekerja itu diharapkan berbaloi. jika tidak, buat apa bayar -mahal-mahal, mengabihkan bogheh yo...!

biasanya pengurusan tertinggi dibayar gaji paling lumayan dalam hierarki sesebuah kompeni. jika kompeni itu gagal mencapai matlamatnya (dlm kata lain, keuntungan) mereka inilah yg selalunya jadi kambing hitam. menjadi korban paling awal, dipecat atau diminta melepaskan jawatan. tetapi ada jugak yg seberapa lama yg boleh mahu terus bergayut di puncak itu. walaupun sedar keupayaan & prestasi mereka tak sepadan dengan pulangan usaha mereka. oleh itu, pelbagai helah atau madu yg cuba ditabur untuk terus kekal.

sedangkan dia sepatutnya sedar, orang bawahannya berusaha keras bekerja untuk menampung gajinya. mungkin gajinya sahaja boleh membayar 20 orang pekerja peringkat bawahan. kepada yg berkenaan, bawak-bawaklah bermuhasabah...

0 refleksi: